Tuesday 3 December 2013

CUCUR ROTI UDANG

Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera

Selamat pagi semua..pagi ni saya akan kongsikan satu lagi resepi yang memang senang dan sangat sedap. Boleh dibuat santapan sarapan pagi mahupun minum petang..

Resepi ni saya ambil dari mana lagi kalau bukan blogger idola ramai...iaitu Kak Azlita si cantik manis. Saya suka tengok hasil tangan beliau yang meletup tu...Gambar-gambar  dalam blog beliau juga memukau pandangan..ko hado??

Saya banyak kali mencuba resepi beliau dan memang menjadi. Adapun yang tak jadi tu disebabkan saya memang tak pandai la nak mengadun..hik3... Memang banyak ilmu yang telah beliau turunkan dalam blog Masam Manis ni..Sama-samalah kita memanjangkan ilmu yang bermanfaat ini ye.. Kalaupun bukan untuk orang lain tetapi untuk anak-anak kita juga..

Oke tak nak da bebel panjang-panjang..Mari kita semak apa yang patut cara-cara menghasilkan cucur roti yang lembut dan sedap ni..



CUCUR ROTI UDANG

Resepi asal : Merpati66
Sumber rujukan: Azlita masam manis
Diubahsuai oleh : Che'gu Mama

Bahan-bahan:
  • 3-4 keping roti (bahagian atas /bawah yang keras tu pun oke)
  • 10 ekor udang yang dibersihkan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 labu bawang besar dipotong dadu
  • 1 biji lada merah belah tengah dibuang biji dan dihiris nipis
  • 1 pokok daun kuchai dipotong pendek-pendek - saya tambah
  • 1 sk serbuk kari ikan
  • 1 biji telur dikocok terlebih dahulu
  • secubit garam
  • minyak untuk menggoreng


Cara-cara:

1. Carik-carikkan roti kepada bahagian yang kecil dan rendam seketika hingga kembang.
2. Toskan roti tersebut dan campurkan bersama bahan-bahan lain dalam bekas
3. Gaul sebati seperti adunan cekodok
4. Panaskan minyak. Dengan menggunakan senduk leper, rendam sekejap senduk tersebut di dalam minyak panas.
5. Kaut sedikit adunan ke dalam senduk dan rendamkan semula senduk ke dalam kuali.
6. Biarkan adunan tertanggal sendiri sebelum mengulang proses yang sama.
7. Balik-balikkan cucur dan angkat apabila ianya kekuningan.
8. Sedap dimakan panas-panas bersama sos pilihan masing-masing.

NOTA KAKI: sekiranya mahu membuat dalam kuantiti yang banyak dan menjimatkan penggunaan udang, boleh ikut cara saya. Potong udang kecil-kecil. Adunan dijemput dengan tangan yang telah dibasahkan terlebih dahulu dan goreng seperti biasa.. Jangan tercebur tangan ke dalam minyak panas tu sudahlah ye... 

Sekian dulu..untuk yang sudi selamat mencuba...








1 comment:

  1. Sedap tu makan time2 hujan ni...

    ReplyDelete