Wednesday 29 January 2014

BENDI CELUR

Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera


Pada suatu malam, tiba2 en.suami  bersuara "apa kata kita makan masakan yang sihat pulak lepas ni?"
Saya sengih je..sebab selalunya saya yang  bising orang tu size da bertambah. Dulu baju saiz M. Tapi sekarang...hmmmm...

Jadi bagi memenuhi permintaan en.suami maka saya masakla masakan yang ringkas tapi sihat.. bendi masak begini menjadi pilihan kami. Siap bole meratah gitu je.. memang sedap. Terima kasih pada kak besah atas perkongsian resepi-resepinya yang selalu kena dengan tekak saya.

Bendi celur
Sumber: kak besah
Oleh: che'gu mama

Bahan-bahan ( 3 org )

15 batang kacang bendi muda
6 biji cili api kampung dan 2 tangkai cili merah.
2 sudu makan udang kering - dibasuh, rendam ngn air panas 5 minit then tos kn.
1/2 biji bawang besar - dicincang.
3 sudu makan cuka
garam & gula secukup rasa.
sekeping asam gelugur/asam keping.

Cara-cara

  1. Panaskan setengah periuk air bersama asam keping & 1 sudu teh garam hingga mendidih. 
  2. Masukkan bendi, biar beberapa minit hingga bendi agak lembut. ikut suka masing2 lah ya, nak lembut betul atau separa.(masih rangup) pastu di tos kan. 
  3. Tumbuk cili2 & udang kering, pastu gaulkan bersama bawang cincang, cuka, garam & gula. suaikan rasanya.
  4.  Letakkan bendi dlm pinggan, curahkan sambal ke atasnya.. siap!... senang kan..

Kepada yang sudi selamat mencuba ye... meh cuci mata sekali lagi..


Sunday 26 January 2014

MANIK CRUMBLE JENTAYU #2


Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera..

Bila musim persekolahan bermula memang penuhla jadual iolls ..aduhai..banyak entry tertunggak yang terperam dalam box draft ni. Rindu nak berceloteh. Tapi apakan daya masa sangat terhad. Sambil2 menonton ajl28 ni saya cuba memasukkan entry manik crumble jentayu yang terbaru.



Sila menjamu mata dengan hasil keras tangan saya ni ye.. terima kasih readers sebab nampaknya entry manik crumble ni semakin hangat. 



Jika ada readers yang nak jadikan panduan dan rujukan sangat2 dipersilakan. Memang berbaloi hasil tutorial yang dikongsi secara percuma oleh Mama Deena ni..



Moga lebih luas rezeki beliau dan keluarga..alhamdulillah saya pun dapat juga menambah duit poket. Kalau kita ikhlas berkongsi ilmu In syaa Allah Dia akan buka lebih luas pintu rezeki kita.



Okey dah cukup saya berceloteh. Banyak tugasan hakiki menunggu. Jumpa lagi.

Friday 17 January 2014

BUBUR NASI untuk tekak yang meragam

Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera

 

Kadang-kadang bila tekak meragam terutama bila mana badan lesu memang buburlah yang akan dicari selain penyediaannya yang ringkas. Tapi saya kadang-kadang tak ada apa-apa pun masak macam ni juga. Kes malas nak masak. hehehe... walau apa pun dapur tetap berasap juga kan.. 

Bila badan dah letih dengan anak kecil meragam memang inilah menu sasaran saya. Tapi biasanya saya hanya masak bubur ni bila en.suami outstaion. Kesian pulak nak bagi dia makan masakan macam ni kan..


Biasanya saya akan sediakan lauk ringkas untuk dimakan sekali dengan bubur ni. Tapi kalau ada lebihan lauk hari semalamnya pun boleh juga.. untuk si kecil dan si kakak cukupla dengan telur hancur dan kicap lemak manis..

Bubur nasi 
Oleh : Che'gu Mama


Bahan-bahan (untuk 3 orang makan )
Dua genggam beras wangi
Air secukupnya
1/2 ketul kiub ikan bilis 
Garam secukup rasa
1/2 biji kentang - dipotong dadu
1/3 batang lobak merah - dipotong dadu (saya tak letak )
1/2  inci halia dititik

Cara-cara:
  1. Basuh beras bersih-bersih. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama air secukupnya,kiub ikan bilis, kentang dan lobak. Tabur sedikit garam. 
  2. Renehkan beras hingga menjadi bubur. Boleh ditambah air dari masa ke masa. Tekstur bubur bergantung kepada citarasa masing-masing. Ada yang suka buburnya hancur. saya pula suka yang nampak sebutir-sebutir. 
  3. Tempoh memasak juga bergantung kepada tahap besar api. Biasanya saya akan guna api besar sehingga air mendidih kemudian apabila beras dah mula  mengembang, saya akan tambah air dan kecilkan sedikit api.

Bahan sampingan:
*1/2 biji kentang - dihiris nipis
*sebiji bawang besar - dipotong bulat2
*1 inci halia - hiris nipis2
*Dua genggam ikan bilis dibersihkan
*Segenggam kacang tanah

sebiji telur asin direbus dan dibelah dua - optional
sambal kicap secukupnya - optional 


Cara-cara
Semua bahan (*) di atas digoreng satu persatu.Kemudian boleh dimasukkan ke dalam mangkuk yang sama. kecuali ikan bilis. Bagi mengelakkan ia menjadi lemau..nanti tak best nak makan tak bunyi kruk karak..

Kepada yang sudi selamat mencuba....=)

Thursday 16 January 2014

KACANG BUNCIS GORENG DENGAN TEMPE

Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera

Orang jawa memang tak dapat dipisahkan dengan tempe. kui3.. En.suami saya peminat kacang buncis manakala pn.isterinya pula peminat tegar tempe. Jadi terpaksalah di campurkan kedua-dua ramuan ni sebagai pelengkap anak tekak masing-masing.

saya memang suka masak begini dan kadang-kadang sampai meratah sayur aje. Macam2 ada. Sayur ada lauk pun ada. 


Oke jom kita semak resepi sayur buncis yang menjadi kegemaran kami sekeluarga. 

Kacang buncis goreng dengan tempe
Oleh: che'gu mama 

Bahan-bahan
Secekak kacang buncis disiang bersih2 dan dipotong ikut suka
Sekeping tempe daun dipotong kiub dan digoreng sekejap
Sekeping tauhu juga diporong kiub dan digoreng sekejap
3 ulas bawang kecil dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
Sebiji lada merah dihiris serong - serong
Sebiji lada hijau dihiris serong - serong
1 sb sos tiram 
Garam secukup rasa

* saya ada menambah seketul hati ayam yang telah digoreng dan dipotong kecil-kecil.


Cara - cara :
1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.  Tumis bawang putih dan bawang kecil hingga naik bau.  
2. Masukkan tempe, tauhu dan hati serta sos tiram. Kacau rata. 
3. Masukkan kacang buncis bersama lada serta secubit garam. Gaul sampai sebati. 
4. Seelok2nya kacang jangan terlalu layu. Boleh tutup api dan sedia untuk dihidang. 

Sebenarnya memang tak elok makan organ dalaman. Tapi disebabkan dah lama tak makan dan kebetulan sewaktu en.suami membeli ayam ada pulak yang dalam2 tu jadi saya masukkan juga seketul hati ayam yang digoreng terlebih dahulu. Kalau saya yang membeli ayam memang organ dalaman, kepala, kaki, tongkeng, leher hatta kulit pun saya tak ambil..

Kepada yang sudi selamat mencuba.....