Friday 13 December 2013

APAM NASI

Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera
 
Selalu makan apam nasi? Pernah terfikir untuk memasak sendiri? Saya selalu makan (kene beli dan bayar sendiri oke) di kantin sekolah sewaktu kami mengeteh pada petang hari. Kadang-kadang saya akan bungkus dan bawa naik ke bilik guru sebagai cemil-cemilan semasa menanda buku. Memang tak puas bila mengadapnya.


Kali ini saya nak share satu lagi resepi yang mudah dan In Syaa Allah menjadi. Resepi ini memang fofular. Kalau buat sendiri memang berbaloi-baloi dan jimatla duit poket. Saya jumpa resepi ni di rumah Kak Yatie . Banyak juga resepi dari blog ini yang menjadi rujukan saya di dapur.
K.yati izinkan saya share resepinya di sini ye. Memang sedap sangat dan Alhamdulillah telah dapat dipanjang-panjangkan resepi ini kepada rakan-rakan di tempat kerja.
Apam Nasi/ Apam Beras
Bahan-bahannya.
Sumber: k.yatie
Oleh: Che'gu Mama


  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 1/2cwn gula pasir
  • 2 1/2 cwn air
  • 2 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam
Cara-cara
  1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
  2. Setelah hancur, campur gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.


Saya masak dengan menggunakan pengukus dari jenama tupperware ni sebab saya  hanya buat separuh adunan. Kes malas nak keluarkan pengukus.. Bukan nak promote barangan tupperware tau. Saya hanya membeli bukan menjual cuma nak berkongsi satu lagi kegunaan hardware kita di dapur..

...:Sharing is caring:...



No comments:

Post a Comment