Sunday 30 June 2013

JUADAH UNTUK JIRAN-JIRAN

Assalamualaikum wbt.. dan selamat sejahtera

Seperti yang telah saya  niat sebelum ni sebaik sahaja saya sembuh dari demam denggi saya nak masak-masak sikit untuk diagih-agihkan kepada jiran-jiran sebagai tanda syukur...

Saya ni tak lah pandai sangat masak tapi bolehlah sekadar untuk santapan en.hubby dan anak-anak..huhuhu..so, ni jelah yang dapat saya kongsikan dengan jiran-jiran sebelah-sebelah rumah di sini.



 
ada blended orange cake, roti jala, pulut kuning, kari daging, bubur putih merah, nasi ayam goreng dan kerabu epal hijau..

Seperti biasa saya akan rujuk laman sesawang kegemaran saya iaitu  Myresepi untuk mendapatkan resepi-resepi yang sedap dan dijamin menjadi..

Tapi macam biasa la kan.. saya akan tokok tambah mengikut tekak dan barang-barang yang ada di dapur  ni...


RESEPI (1)

Blended Orange Cake
By: che'gu mama
Sumber rujukan: Kak Fida 


Bahan-bahan ( loyang 9 inc ) 

(saya pakai cup cake saiz sederhana dapat dalam 16pcs)

  • 1 bji buah limau
  • 1 cawan minyak (saya guna minyak jagung)
  • 2 cawan gula halus
  • 3 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum*/ saya guna tepung naik sendiri
  • 1 sb baking powder* ( *diayak bersama ) / saya abaikan sebab guna tepung naik sendiri 
  • mix fruit (saya tambah untuk tabur kat atas kek)

Cara-cara:
1.Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.                

2. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.                                                          
3. Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak. 

Cara saya:
Masukkan 3/4 adunan dalam bekas muffin kemudian taburkan mix fruit. saya  penah jugak tabur kepingan badam yang telah dibakar sikit terlebih dahulu. kadang-kadang saya tabur coklat chips...bakar dalam oven dengan suhu 160 api atas bawah ye adik2.. saya bakar selama 25 minit. apa-apa pun bergantung kepada jenis oven masing-masing jugak ye..walllaa....kompem jadi..
RESEPI (2) 

ROTI JALA

By: che'gu mama

Bahan-bahan 
  • Dua cawan tepung gandum
  • sebiji telur (dikocok sedikit)
  • 1 cawan air 
  • sedikit pewarna kuning
  • 4 sb susu segar/ susu cair / santan
  • secubit garam 

Cara-cara:
  1. Satukan tepung, telur, pewarna kuning, susu dan garam. Kendian tuang air sikit-sikit sambil gaul adunan.
  2.  Agak-agakla masa letak air tu ye..jangan pekat sangat. 
  3. Masukkan adunan dalam blender dan blend sekejap dalam 3 minit. Tuang dalam bekas. Ambil acuan menjala tu dan test adunan yang kita buat tadi. kalau agak pekat, sila tambah air. Nanti tak boleh keluar masa menjala pulak.
  4. Panaskan non stick pan (akak ada kuali leper yang selalu mak-mak kita buat menjala tu, tapi sejak adunan melekat2..memang dah tak pandang lagi kuali tu. pakai non stick pan je. lagi senang)
  5. Lenserkan sedikit minyak menggunakan berus daun pandan (3 helai daun pandan yang di lipat dua kemudian bahagian tengah tu kita ikat dengan getah.Bahagian bawah dia pulak kita siat dua.paham tak?   hehe )
  6. Ambil sedikit adunan dan tuang ke atas kuali tadi. Jangan lama sangat dalam 2-3 minit cukup. Nak tau bahagian tepi dia dah terangkat. oke le tu..
  7. Angkat dan gulung. Ada orang suka buat lipat. Terpulang ..
  8. Dah siap.

RESEPI (3)

PULUT KUNING
By : che'gu mama
Sumber : Cik Mat Gebu 


 Bahan-Bahannya :-)
  • 850 g beras pulut
  • 3 inci kunyit hidup, atau 2 camca teh serbuk kunyit
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 cawan santan + 1 1/2 camca teh garam, kacau rata
  • 1 helai daun pandan, disimpul

Cara membuatnya :-)

  1. Kupas kunyit hidup (jika menggunakan kunyit hidup), cuci dan tumbuk, campur 1 camca teh air dan perah jusnya. Cuci beras pulut dan rendam, campur asam gelugor dan jus kunyit @ serbuk kunyit tadi. Gaul rata dan biar terendam 8 - 9 jam.
  2. Kemudian toskan pulat tadi, keluarkan asam gelugor, letak daun pandan dan kukus 10 minit. Kemudian alihkan pulut yang 1/2 masak tadi ke dalam bekas lain. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil digaul hingga santan habis. Gaul hingga sebati bersama pulut dan kukus balik 15 - 20 minit.
  3. Bila masak, balik2kan pulut dan jika tiada lagi pulut yang mentah, boleh dialihkan ke dalam bekas lain. Hidangkan bersama rendang ayam, kari atau lauk2 kegemaran 
RESEPI (4)

BUBUR PUTIH MERAH (BERAS)
By: che'gu Mama
Bahan-bahan:
  • 11/2 cawan beras
  • 1/2 kotak santan segera
  • 2 ketul gula nesan
  • dua helai daun pandan dibasuh dan simpul
  • satu liter air 
  • 1 senduk gula pasir   
  • Garam secukup rasa

Cara-cara
  1. Masak beras dan air sampai kembang. 
  2. Sementara itu. masak gula nesan dengan sedikit air dan masukkan daun pandan yang telah disimpul. Kendian bila gula dah mencair, angkat dan tapis. 
  3. Bila beras yang dimasak tadi dah kembang, masukkan santan kacau2 lagi. Ambil sedikit bubur yang dah siap tadi dan letak dalam mangkuk. masukkan garam. Ikut citarasa. Jangan banyak sangat..kang masin sangat pulak.
  4. Dalam periuk tadi masukkan air gula. Tambah gula kalau belum terasa kemanisan yang dikehendaki. yang penting jangan sampai manis potong kaki tau...masukkan sedikit garam. biar rasa dia lemak-lemak manis gitu...kacau lagi sampai bubur pekat. 
  5. Dah siap boleh hidang. ikut suka nak makan masa panas-panas atau disejukkan terlebih dahulu. 
  6. Cara hidang: ambil 2 senduk bubur merah, tuang dalam bekas, kemudian letak satu sudu bubur putih di tengah-tengahnya...Walllaa.....

RESEPI  (5)
 
KARI DAGING
Sumber : Lynn  
Oleh : Che'gu Mama
 

Bahan-bahan ( Anggaran 10-15 orang. )

  • 1 ½ kg daging
  • 125 ml minyak
  • 5 labu bawang – di cincang halus
  • 12 ulas bawang putih – di cincang halus
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2.5 cm kulit kayu manis
  • 4 biji buah pelaga ( ambil bijinya )
  • 4 tangkai daun kari
  • 70 g rempah kari daging – di campur dgn 125 ml air – jadikan pes
  • 1liter santan cair
  • 500 ml santan pekat
  • 3 biji ubi kentang besar ( di kupas dan di hiris kasar )
  • garam secukupnya              

Cara-cara

  1. Potong daging setebal 1 cm dan selebar 5 cm.
  2. Panaskan minyak di dalam periuk.
  3. Tumis bawang, bawang putih dan rempah yang lain hingga keperangan.
  4. Bubuh daun kari dan pes kari. Masak atas api perlahan sehingga wangi.
  5. Tuangkan sedikit santan cair ke dalamnya jika rempah melekat pada periuk.
  6. Campurkan daging dan kacau sampai airnya agak kering.
  7. Masukkan pula santan cair dan biar menggelegak. Kemudian tutup periuk dan renehkan selama ½ jam atau hingga daging empuk.
  8. Bubuh pula kentang dan masak sampai empuk.
  9. Akhir sekali masukkan garam dan santan pekat , gaul sehingga sebati. Apabila kari menggelegak semula angkat dari api.
Walla...semua sedap-sedap.  Haa amek kau berderet resepi yang sedap-sedap dalam satu entry ni. Untuk resepi nasi ayam goreng dan kerabu epal saya akan masukkan dalam entry akan datang ye...


Kepada yang sudi selamat mencuba....


Thursday 20 June 2013

ADUH....DENGGI LA PULAK

Assalamualaikum wbt.. dan selamat sejahtera

Lama tak bersiaran...dugaan Allah kali ni saya terima dengan berlapang dada dan dengan hati yang terbuka. Saya percaya setiap kesakitan yang Dia berikan tu penghapus dosa-dosa kecil.. Hai...kenapa pulak dengan akak ni ye ?.. 

(hasil google..gambar nyamuk yang dah bawa kesusahan pada saya..)
Sewaktu menulis entry ni saya baru 90% cure dari demam denggi. Tak pernahlah saya terfikir nak kena penyakit bawaan vektor ni. Aduh...tapi percayalah..sesiapa yang dah pernah merasa demam denggi ni.....kalau boleh dijauhkan daripada demam ni sampai bila2. Syoh2.. Ikuti kupasan lanjut tentang pengalaman saya dan demam denggi ni. Dah macam edisi khas le pulak ...

Hari pertama Ahad,9 Jun 2013

Saya menghabiskan baki2 cuti sekolah dengan mengajak en.suami dan anak-anak ke UTM. Ada pertandingan equin kebangsaaan dan ada pameran upin ipin. Bukan main seronok si kakak dapat berjumpa upin ipin secara life. Yang penting pengunjung tak ramai. So nak amik gambar puluh kali pun tak apa...lepas tu en.suami mengajak balik ke rumah MIL saya. Dekat jek..lebih kurang selepas magrib kami pun gerak balik ke rumah. Namun, dalam perjalanan balik, en.suami mengajak pulak dinnner di Restoran Singgah Selalu yang terletak di Danga Bay. Macam2 diordernya sampi tak abis makan dan kami  bungkus jek makanan tu. Kitorang sampai rumah dalam pukul 8.45 malam. Sebelum tidur malam tu saya dah mula terasa sakit kepala dan sakit belakang badan, tapi saya biarkan aje..mungkin kepenatan seharian berjalan agaknya....

Hari kedua, Isnin, 10 Jun 2013

Dalam pukul 4.00 pagi saya mula terjaga dengan kepala yang berdenyut kuat. Saya pun dah mula berasa seram sejuk. habislah...hari ni baru nak memulakan kerja. Sehingga pukul 8.30 pagi saya mula sakit pinggang yang kuat dan mula muntah-muntah. saya takut miscarriage je..huhuhu.. yelah dah sakit pinggang yang amat. Pagi tu saya pergi ke klinik panel yang dekat je dengan rumah.Sampai di klinik pukul 8.40 pagi tapi dah ramai yang beratur...sudahnya saya dapat nombor 14. Tak tahulah pukul berapa dapat berjumpa doktor. Lebih kurang sejam kemudian saya dah mula tak selesa dan rasa macam nak pitam. Saya call en.suami mintak dia jemput saya di klinik tu dan bawa pergi klinik lain. Saya memang dah tak tahan sangat..So kami pergi ke sebuah klinik di Mutiara Rini..nasib agak baik sebab tak ramai patients masa tu. Doktor bagitahu saya mungkin  terkena kencing kotor dan dia bagi injection di punggung nak bagi cepat kurang rasa sakit. dapatlah saya mc dua hari.. yehoo...Tapi sakit pinggang dan lenguh badan ni masih tak berkurangan

Hari ketiga, Selasa 11 Jun 2013

Pagi ni saya masih demam kuat lagi. Semalam sewaktu  doktor check temperature saya dalam 38.7.Hari ni pun saya rasa macam sama jugak. Lepas makan ubat badan macam kebah sikit lepas tapi dalam sejam kemudian mula panas balik..aduhai..kepala makin berdenyut2. Nak buat kerja rumah pun tak larat. en.suami balik tengah hari tengok saya masih terbaring dengan bakul baju tepi katil terus dia ajak  pergi ke hospital..Hospital pertama yang kami pergi ialah Hosptal KPJ di Jln Abd Samad. Tapi awal-awal lagi  bahagian emergency dah inform tak ada bed kalau kene admit. Kami lari pula ke Hospital Pakar Puteri di Larkin. Sempat juga jumpa dengan doktor dan staf yang tak berapa friendly tapi masih lagi diberitahu tak ada bed kalau kene admit. Diaorang cuma boleh bagi ubat
je..aduhai... akhirnya en.suami bawa saya ke Hospital Pakar Kempas, masuk je ke bahagian emergency terus doktor masukan ubat ikut lubang dubur,,ouch...cucuk air kat tangan dan amik sampel darah..malam tu, masa kat dalam wad doktor bagitahu saya kemungkinan kena demam viral. Tapi belum dipastikan sebabnya...

Hari keempat, Rabu 12 Jun 2013
Pagi ni doktor ambil sampel darah. Saya mula rasa tak selesa tetapi perasan badan konon-konon dah kuat tanya doktor bila boleh discharge..doktor senyum je..lepas tu baru dia bagitahu saya kena demam denggi....aduh ingatkan memain...wbc saya mula turun ke 180..dia nasihati saya supaya banyak minum air jus buah-buahan, minum air 100 plus dan makan. tapi saya cuma boleh minum 100 plus sahaja. makanan yang masuk kompem keluar balik. tensen saya. dah la botol drip tu dah jadi kawan baik ..bawa ke mana saja. aktiviti saya cuma dalam wad tak pergi kemana pun.. nasib la saya duduk bilik seorang so, tak ada masalah dengan toilet. tau2 jelah bila tangan kene cucuk drip. minum air pun berbotol2..saya cuma pesan kepada en.suami supaya bawakan tosei sebab nasi yang dia bawa pun saya tak lalu nak jamah..

Hari kelima, Khamis 13 Jun 2013

Bacaan wbc saya hari ni turun lagi kepada 130. Aduh...doktor memang dah bagitahu bila demam denggi memang wbc kita akan menurun. So dia nasihat terus minum banyak air, makan ubat dan rehat..Hari ni jugak pegawai dari pejabat kesihatan datang untuk soal selidik saya..wakaka...kalau tak silap en.suami ada bagitahu 500 meter dari rumah kami ada banner mengatakan kawasan tersebut kawasan denggi..macam-macam soalan dia tanya..yelah saya pun tak sangka boleh menjadi salah seorang mangsa si nyamuk aedes ni...kawan-kawan sekolah ada yang datang jenguk saya..terima kasih ye rindu kat kamu semua...

Hari keenam, Jumaat 14 Jun 2013

Alhamdulillah... Bacaan wbc saya meningkat naik hari ni kepada 200..wah....doktor pun tak sangka  naik dengan cepat sebab dia jangka akan semakin turun..huhuhu..lepas solat Jumaat saya dah boleh discharge..lega rasanya sebab tak payah pakai drip lagi..makan ubat lagi..tidur malam kena kacau sebab nurse datang nak amik bacaan temperature dan tekanan darah. Doktor bagi saya cuti selama 11 hari...yehoo....dibekalkan jugak dengan segala macam ubat....tapi lain pula jadinya bila balik ke rumah. Saya mula pening-pening dan sakit kepala..aduhai..sesekali muntah juga. Nasib en.suami ada so boleh tolong tengokkan anak-anak. Saya asik baring je sejak balik dari hospital. Badan berasa lesu dan memang tak bermaya.

Hari ketujuh, Sabtu 15 Jun 2013

Kawan-kawan sekolah yang dah tahu saya dah keluar hospital datang melawat  di rumah.Saya gagahkan diri  melayan tetamu  walaupun kepala  masih berdenyut-denyut. Hari ni masih muntah-muntah lagi. En.suami cuma belikan anak-anak makan malam dari kedai dan melayan anak-anak. Saya macam biasa masih terdampar kepeningan. Bila dapat peluang dukung si kecik yang masih berusia 10 bulan, mengalir air mata saya sebab anak-anak terbiar. So saya kena kuatkan semangat demi anak-anak. k.long saya yang kebetulan tiba di rumah sebab ada kelas hujung-hujung minggu ni pun ada juga membantu jagakan anak-anak. Ada jugak dia tawarkan diri untuk  masakkan sup ketam..tapi saya tolak dengan baik. Makan/minum apa yang saya boleh masuk je.. nanti muntah membazir pulak. Dahlah ketam mahal sekarang ni.

Hari kelapan, Ahad 16 Jun 2013

Pagi ni saya merengek nak ikut en.suami outsation ke KL. saya bukan nak ke KL tapi nak mintak tumpang sampai ke rumah mak  di Muar. Lagipun saya rasa badan saya belum cukup kuat nak menjaga anak-anak. Nasib en.suami bersetuju..tak jauh mana pun dari rumah emak  ke JB ni dalam 2 jam perjalanan sampailah..Lain pula cerita bila sampai di sana. Badan saya mula gatal-gatal. Merenyam sangat. Tapak kaki dan tapak tangan ni macam membengkak. Saya mintak tolong emak sapukan dengan air yasin satu badan. Gatal sangat. Tengah-tengah malam pun saya boleh terbangun sebab gatal pedih jek badan ni..Siang tu sebelum sampai di rumah emak, saya singgah di pekan Bukit Pasir cari buah tembikai. saya ada menggoogle katanya salah satu penawar demam denggi ni dengan meminum Jus Tembikai. Harga tembikai hari ni sekilo RM2.50. Sewaktu saya beli tadi sebiji RM14.50. Belasah jelah.. janji nak cepat baik..Kalau musim tembikai selalunya 3 biji hanya RM10 sahaja.

Hari kesembilan, Isnin 17 Jun 2013

Badan saya mula ditumbuhi ruam merah yang sekata. Tak ada mata tapi gatal sangat. Pedih bila kena garu..aduhai dugaan sungguh kan kena demam denggi ni...kenapalah saya menjadi insan terpilih tu..kami bersiap-siap nak balik JB semula sebab en.suami kerja pada pagi ni. so lepas subuh kami bergerak pulang. Saya sebenarnya masih belum stabil. dengan badan yang masih gatal-gatal, kepala pun ada pusing-pusing lagi. patutla doktor bagi cuti lama..ingatkan bila dah keluar hospital saya dah okey.. rupenya KO..huhuhu..Cuaca di JB memang teruk sangat sekarang ni Jerebu hokeh...bertambah tak sihat lah saya..

Hari kesepuluh, Selasa 18 Jun 2013

Gatal-gatal dah mula berkurangan, cuma saya dapat rasakan badan saya masih belum stabil. Kepala masih berdengung dengan hidung masih ada berdarah sikit. Yang saya perasan, saya mula datang period masa hari pertama tu, tapi lepas tu darah macam tak nak keluar. Mungkin sebab saya makan ubat dan masuk drip. Hari ni baru darah keluar banyak macam biasa..Mata saya pula terasa gatal sangat..sebab jerebu kot..tak ada kaitan dengan demam denggi..

Hari kesebelas, Rabu 19 Jun 2013

Menjelang malam saya rasa badan saya kembali segar macam biasa. ALHAMDULILLAH. Kepala pun dah tak pening, badan pun dah tak lenguh-lenguh dan sakit-sakit. Rasa macam dah back to normal.. cuma dengung jek sikit....Saya rasa bersyukur sangat. Tapi walau macam manapun air 100 plus
tetap saya minum. Apatah lagi en.suami telah membelikan minuman tersebut satu karton ....saya dah berkira-kira untuk memasak beberapa juadah sebaik sahaja baik daripad demam ni nanti...Janganlah ada anak-anak / kaum keluarga saya yang kena macam saya ni..

So cuti lagi dua hari saya cuma habiskan dengan mengemas-ngemas rumah yang dah macam ribut sebab saya memang tak kisah langsung sepanjang  sakit ni.. hari jumaat ni 21 Jun 2013 saya perlu berjumpa semula dengan doktor untuk diambil  sampel darah lagi..rasanya saya dah cukup sihat hari ni...

Saturday 8 June 2013

BIHUN KANAK-KANAK ALA TASKA

Assalamualaikum... dan selamat sejahtera

Bersiaran lagi hari ni... hari ni saya ditemani anak-anak sedara yang datang dari kampung. Mama diaorang ada kelas so saya le yang jadi pengasuhnya tanpa gaji...so pepagi saya dah menggoogle nak masak ape. sebab saya masih berpuasa ganti, so saya decide untuk masak makanan yang boleh dimakan sampai lunch. kira2 branch le tu...

Memandangkan anak dara saya si kakak tu memang cerewet bab2 makan ni..and anak sedara saya yang lagi sorang tu pun sama, tula dulu mengata anak orang.. so hari ni saya bercadang untuk  masak bihun goreng untuk mereka..sumbernya seperti biasa saya ambil dr Myresepi...jom tengok resepinya...

Bihun kanak-kanak
Sumber : cik com
Oleh: Che'gu Mama 


Seperti biasa saya akan derhakakan resepi yang saya dapat mengikut anak tekak saya dan juga bahan-bahan yang available dalam esbok..wahaha..tapi uolls patut cuba resepi ni sebab si kakak yang cerewet bab2 makan ni pun boleh bertambah. Mula2 dia tak nak makan carrot tuh tapi bila akak cakap "ari tu kakak ada minum carrot susu yang mama buatkan?" terus dia makan dengan selera...strategi beb!!!

Okey kita tengok bahan-bahannya..saya rasa bahan-bahan ni memang ada kt umah. kalau tak, pepandailah uolls tokok tambah macam saya...wakaka..janji anak-anak makan habes...


Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • Bihun siap tos. (rendam dgn air paip hingga lembut) saya rendam dengan air panas mendidih sekejap dalam 3-5 minit. tengok jenis bihun yang uolls guna..
  • 2 biji telur
  • 2 biji bawang kecil, dimayang
  • 2-3 sudu besar sos tomato
  • serbuk lada sulah 
  • sedikit carrot - dipotong mancis  ( saya tambah )
  • 2 batang sosej - dihiris bulat-bulat ( saya tambah )
  • garam 

Cara-cara 

  1. Dadar telur pastu gulung dan hiris jalur2 halus
  2. tumis bawang hingga wang. masukkan hirisan sosej dan carrot td. kacau rata2.
  3. masukkan sos tomato & 2-3 das serbuk lada sulah. kacau sekejap
  4. tambah 1/2 cawan air, garam dan masukkan bihun. kacau smpai masak
  5. angkat dan tabur telur hiris tadi. siap utk dimakan!

senang je kan...so selamat mencuba....

Friday 7 June 2013

KL Hop On Hop Off

Assalammualaikum wbt.. dan selamat sejahtera

Alhamdulillah...kali ini saya dapat berjalan-jalan bersama keluarga tercenta sekali lagi. Walaupun en. suami sibuk memanjang. demi cuti sekolah ni en.suami dengan berbesar hati mengapply cuti ganti.. 

Saya hepi sesangat sebab semenjak daripada bulan  Februari agak2nya lah. dah lupa en.suamii bekerja 7 hari seminggu. Tinggal kami tiga beranak menghepi2kan diri sendiri diri di umah...(sedih tak)



So, kebetulan menghantar emak dan abah ke KLIA yang akan mengerjakan umrah  Kami tiga beradik pun mengambil kesempatan untuk berwalking-walking di Putrajaya je pun...atas permintaan anak2 sedara yang nak sangat ke sana. Layan jelah dengan gambar yang tak seberapa ni...




(tengok tu mak jemah dengan anak dara melompat tak hengat...kuikuikui..)

En.suami menjadi ketua rombongan cik kiahnya..hahaha. Walaupun  saya mempunyai seorang kakak yang tinggal di Damansara, tapi  dah sepuluh tahun menetap di ibu kota, jalan-jalan ke Putrajaya pun tak tahu..Dei..apa da... saya pun mengambil kesempatan menitip ke mengetik beberapa keping gambar sebagai kenang-kenangan kami dan anak2...

Kakak yang sulung sudah selamat balik ke rumah di kampung, tinggal kami sekeluarga di rumah kakak di Damansara untuk menghabiskan saki baki percutian di Kuala Lumpur ni.. Lama tak jejak kaki ke sini lepas tamat belajar. dulu saya  belajar di UiTM Shah Alam. 7 tahun dek oiii... Cuma en.suami je yang ulang alik ke sini selalu..

So, lepas menggoogle maka kami saya la mastermindnya pun dapatla idea untuk mengembara KL dengan pakej seperti di bawah ni..




Inilah rupenya pakej yang kitaorang ambil tu..kami park kereta di KL Sentral dan beli tiket kat dalam tu..mula2 pegi kat travel agency tu tauke tu bagitahu  RM38 per person for 24hrs..

Hoii..ingat kitaorang ni orang asing ke. Selepas kami asik tanya macam-macam tetibe tauke tu tanya..

"abang ni orang Malaysia eh?"

.. hei ...pffttt....??!!!! 

So pada hari tu kami telah membeli 2 keping tiket untuk dewasa berharga RM38.00..anak-anak masih F.O.C sebab under age..


Hampir 30 minit menunggu bas di kaunter 11 di KL Sentral, bas pun tiba..wah...double decker gitu. Tapi akak tak naik ke bahagian atas ler..bawak anak kecik. 

Destinasi pertama kami ialah Muzium Negara...lama tak masuk..bertepatan la kali ni tema percutian kami academic visit..Wahhh...ko ade Lebih kurang sejam kat dalam muzium kami pun keluar dan tunggu bas berikutnya tiba...

Wah cuacanye panas banget!! Next destination ialah Taman Rama-rama..jauh jugak saya perlu berjalan kaki dari bus stop yang kitaorang turun tadi. berpeluh ketiak. 


Panas bukan main waktu tu..saya dan en.suami cepat-cepat menamatkan lawatan ke taman rama-rama. Perut pon dah mula berkeroncong, ape lagi..sempatlah menjamu selera di sebuah warung di tepi jalan dekat-dekat bus stop yg kami turun tadi. Ramai betul en.polis turut sama menjamu selera di situ..oh lupa area Bukit Aman memang le...



 
Tengah-tengah syok melayan sayur keladi masak asam, sebuah  bas pun berlalu di depan mata kami...ah..lantakla... janji saya dapat makan sayur keladi tu..nyum2.. kami perlu menunggu hampir sejam jugaklah untuk bas berikutnya untuk ke destinasi seterusnya...





 
Sebelum ke KLCC bas sempat berhenti selama hampir 15 minit di hadapan Istana Negara yang baru di Jalan Duta. Saya dan si kakak sempatla berposing sekejap..en.suami yang sudah keletihan sangat  tidak mahu ikut serta dan sudah pun terlentok  dalam bas beraircond tuh..si adik pun sama..z..z..z





Haa...nampak seronokkan dua beranak tu..kami travel dengan bus hop on hop off Kuala Lumpur. En.suami asyik merungut jek. 

"kalau tak kerana melayan mama memang papa tak nak naik bas ni tau.." 

Gitulah kiranya ayat power yang berulang kali keluar dari mulut dia. wahaha..sayang sungguh en.suami pada isteri dia ni kan...



  
Last destinasi kami ke KLCC...Di sini saya sempat  membeli sepasang sandal hush puppies..ngeh..ngeh...untuk anak-anak pula masing-masing dapat toys baru..si kakak dapat le rembat Barbie sekor....en.suami?...puas kami keliling KLCC last-last tak beli apa pun..




 

Mungkin ini kali pertama dan kali terakhir saya mengambil pakej seperti ini..seronok memang seronok. Tetapi tak tahan sebab penat sangat duduk lama-lama dalam bas. Lebih-lebih lagi masa peak hour time orang balik keje...

Wallaweh...rasa nak termuntah wei...biol kepala..dua jam dalam bas padahal dari KLCC ke KL Sentral je pun..

Jadi kepada sesiapa yang sudi nak mencuba pakej ni, silalah  jangan malu-malu..





Thursday 6 June 2013

AWAL BICARA

Assalamualaikum wbt... dan selamat sejahtera

Setiap apa yang kita lakukan dengan niat yang baik, In Shaa Allah baik juga balasannya.
Sentiasa positif dengan setiap apa yang berlaku ..
sekadar mutiara kata hari ini sebagai pembuka tirai blog yang tak sepertinya