Monday 25 November 2013

BINGKA DURIAN MAGIC PAN

Assalamualaikum wbt  dan selamat sejahtera

Selamat hari Isnin semua.. Dah sarapan? hehe...dah nak masuk lunch pun kan..bila tinggal bertiga je ni saya lebih suka masak yang simple-simple aje..Masak "branch" terus brakfast + lunch. Senang tak payah masak dua tiga kali... yang sebenarnya dilanda penyakit M la ni..


Pernah guna pemanggang ajaib jenama IKAN ni? sangat fofular okeh..tak kiralah apa jenama pun janji fungsinya sama. Menjadikan kita pandai membuat magik di dapur..huhuhu..

Selalu saya gunakan periuk ajaib ini untuk  membakar ikan atau ayam. Tapi kali ni saya gunakan untuk memasak kuih bingka  durian pula. Memang magik dan mudah untuk diselenggara.  Jom kita tengok resepi kuih bakar yang magik ni...saya juga ada berkongsi resepi BINGKA CEMPEDAK di sini

Terima kasih kepada Che Mat Gebu dengan resepinya yang mabeles ni...memang sedap dan yang paling best semasa membakar tu harum je baunya. tapi saya rasa adunan CMG ni mungkin utk pannya yang besar sedikit daripada periuk ajaib saya sebabnya bila adunan mula mengembang, pan saya terbuka sendiri. so next time saya akak adjust sukatan nya supaya ngam2 dalam pan  tu..



Kuih bakar 
Resepi asal : che mat gebu
Diolah dan diubahsuai : Che'gu Mama


Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 2 cawan santan
  • 1 cawan air*
  • 6 helai daun pandan, potong kecil*(*kisar dan tapis jusnya) - ini saya skip sebab nak buat yang original je
  • 2 biji telur gred A
  • Sedikit garam
  • 3 - 4 ulas durian, ambil isinya - saya letak 6 ulas
  • 2 camca besar mentega, cair dan sejukkan (yang ni mat tambah) -  tak letak
  • Sedikit pewarna makanan hijau epal - saya letak sedikit pewarna kuning telur
  • Sebagai hiasan- sedikit bijan jika suka ( saya tak letak sebab tak ada stok ganti dengan badan hancur..boleh gitew???..)
 Cara-Cara
  1. Satukan telur dengan gula, kacau hingga gula hancur. Masukkan santan dan jus pandan, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Masukkan sedikit garam dan pewarna hijau. Gaul rata dan tapis adunan tadi.
  2. Isi durian dilecek hingga halus, masukkan ke dalam bancuhan bersama mentega cair. Kacau rata dan tuang dalam kuali ajaib yang telah dipanaskan atas dapur menggunakan api kecil (panaskan dalam 5 minit). Kemudian tutup kuali tadi.( akak lengserkan permukaan pan dengan sedikit marjerin )
  3. Bakar dengan api kecil selama 40 - 45 minit, bergantung pada anda, jika suka kerak lebih tebal, boleh lamakan sikit waktu membakar. Selepas 20 minit, terbalikkan kuali dan bakar lagi. Bila kuih masak, keluarkan dari kuali dan sejukkan sebelum dipotong...
  4. KAEDAH LAIN :- Anda boleh bakar dalam tin 8 inci x 8 inci yang dialas dengan aluminium foil dan disapu sedikit mentega. Panaskan tin dalam oven 5 minit, kemudian tuang adunan kuih dan bakar selamat 50 minit hingga 1 jam atau hingga masak degan suhu 200C, kalau suka boleh tabur bijan atasnya. Untuk mendapat permukaan kuih yang perang, tukar setting oven anda pada fungsi "GRILL" dan bakar hingga permukaan kuih perang..... 
TIPS:untuk dapatkan potongan kuih yang cantik sila guna pisau plastik..

Kepada yang sudi selamat mencuba....







Sunday 24 November 2013

NASI AYAM SOOO SEDAP SOOO MUDAH

Assalammualaikum wbt...dan selamat sejahtera


Seperti dijanjikan pada n3 yang lepas saya akan memasukkan resepi nasi ayam yang mudah dan sedap (pada tekak kami sekeluarga la kan.. )sebab en. suami memang  penggemar nasi ayam dan agak cerewet bab nasi ayam ni pun cakap sedap..huhuhu...(masuk lif tekan sendiri..) 

Dalam gambar di atas merupakan gambar   nasi ayam yang saya masak bersama ayam goreng berempah. Untuk resepi boleh intai di sini  ye..

Dulu masa dekat kampung memang tak pernah terdedah dengan nasi ayam ni. Emak  memang tak pernah masak nasi ayam. So, saya pun tak berapa pandai nak merasa nasi ayam yang sedap. Berbeza dengan en.suami dari kecil asyik makan nasi ayam. Jadi lidah dia agak peka dengan rasa nasi ayam. 

Oleh itu,  setelah saya  bereksperimen sana sini maka terhasillah nasi ayam yang sedap dan mudah cara penyediaannya. Saya dah buat beberapa kali. Yang penting suami  dan anak-anak  suka.   Banyak kali  GAGAL sebenarnya... Jom kita intai resepinya seperti di bawah ni..

 nasi ayam soo sedap soo mudah
 Ole: Che'gu Mama

Ayam
  • seekor ayam dipotong empat ( saya guna ayam yang dah siap dipotong lebih kurang 6 ketul )
  • 2 inci halia
  • air secukupnya
  • 2 sb serbuk kunyit
  • garam secukupnya

Cara-cara
1. rebus ayam bersama air dan halia dalam periuk. Sukatan air hendaklah melebihi paras ayam. banyak pun tak apa sebab kita perlukan stok ayam untuk masak nasi, sup dan kuah sambal. 
2. Tutup api bila ayam dah empuk. Jangan lama sangat nanti isi ayam tertanggal dari tulang. Dah tak cantik ayamnya..berdasarkan pengalaman la kan
3. Angkat ayam dan toskan. Bila dah agak suam lumur dengan serbuk kunyit dan garam dan goreng seperti biasa. Api kecil dan masak dengan minyak yang banyak. Tak perlu goreng terlalu lama sebab ayam memang dah masak.

 Nasi
  • 3 cawan beras di basuh bersih dan ditoskan.
  • *5 ulas bawang putih 
  • *3 biji bawang kecil 
  • *2 inci halia
  • (* diblend )
  • 4 cawan stok ayam
  • 2 sb marjerin
  • 1 ketul kiub ayam
  • 3 helai daun pandan disimpul 

Cara-cara
1. Cairkan marjerin dalam periuk. kemudian masukkan bahan blend dan tumis sampai naik bau. Kemudian masukkan pula daun pandan.  Pada ketika ini aromanya sangat mengancam ye..sehingga anak sayasyang  sedang bermain dengan tab pun boleh berlari ke dapur dan tanya mama masak apa...sebab harum baunya...keh keh keh
2. Masukkan stok ayam dan kiub ayam. Tutup periuk dan tunggu sehingga  mendidih.  
3. Masukkan pula beras yang dah siap dibasuh tadi serta kacau lebih kurang. 
4. Masak seperti biasa. Kurangkan mengacau nasi nanti berasnya akan patah dan tak cantik.

Sup
  • *4 Ulas bawang  putih 
  • *2 biji bawang kecil 
  • *1 inci halia
  • (*diblend)
  • 1/2 ketul kiub ayam ( tak letak)
  • 1sk rempah sup  ( tak letak)
  • garam secukup rasa
  • sedikit daun bawang dan daun sup yang telah dihiris
  • sedikit bawang goreng 

Cara-cara
1. Tumis bahan blend dengan sedikit minyak hingga naik bau. kemudian masukkan 4 cawan stok ayam. masukkan kiub ayam sekali dan kacau hingga kuah mendidih. tambah garam kalau rasa belum ummphh..
2. Hidangkan dengan hirisan daun bawang dan daun sup bersama bawang goreng yang dibuat sendiri..Aroma bawang goreng yang dimasak sendiri memang mengancam sampaikan en.somi meratah bawang goreng pulak. Saya memang kurang gemar bawang goreng yang ready made tu..

** Sup ni boleh juga dimasukkan kentang dan lobak mengikut citarasa masing-masing. akak tak letak rempah 4 sekawan sebab nakkan rasa sup yang sedang-sedang sahaja..

Sambal 
  • *8 biji lada merah 
  • *5 biji cili padi merah cameron highland (sila abaikan kalau tak suka pedas) tak letak sebab tak ada stok
  • *5 ulas bawang putih
  • *2 ulas bawang kecil 
  • *seinci halia
  • (semua bahan * diblend dengan sedikit air)
  • sesenduk stok ayam
  • 1 sb gula pasir
  • garam secukup rasa
  • 2 sb sos thai

Cara-cara
1. Masak bahan blend dengan stok ayam hingga mendidih. 
2. Masukkan gula dan garam. tutup api dan tuang ke dalam bekas. 
3. Masukkan sos thai dan kacau rata.  Rasakan sedikit. Tambahla mana yang perlu mengikut citarasa masing-masing ye..

Nota kaki: nampak tak banyak bahan bertanda * dan perlu diblend jangan jadi macam saya dulu-dulu blend satu-satu memang la berejam tak siap masak. So saya bagi tips supaya blend sekaligus semua bahan tumis nasi, sup dan sambal. Kemudian barula agak-agak berapa sudu yang perlu digunakan untuk menumis.

Hidangkan dengan hirisan timun dan tomato serta daun salad yang telah dibasuh bersih. Saya pernah juga masak Nasi Ayam Cajun dan Nasi ayam madu. Resepi nasi, sup dan sambal sama. Cuma Bahan perapan ayam sahaja yang berlainan. Nanti kalau ada kesempatan saya akan update pula resepi yang lain-lain tu ye..

kepada yang sudi selamat mencuba saya ucapkan. Kepada rakan-rakan guru di luar sana selamat bercuti sambil menyiapkan tugasan tahun 2014 ye...banyak betul keje kita masa cuti ni kan...huhuhu...

Tahun hadapan johor bercuti jumaat dan sabtu. Alhamdulillah....
Semoga Allah merahmati negeriku...






Friday 22 November 2013

AYAM GORENG BEREMPAH

Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera


Selamat bercuti kepada warga Johor sempena hari keputeraan DYMM Sultan Johor.. 
Makan ape hari ni?. Walaupun kaki masih sakit2.. (akibat beraerobik sakan selama tiga hari dua malam..kursus daa) saya menguatkan semangat untuk menyediakan juadah makan tengah hari seringkasnya. Si kakak nak makan nasi ayam. Tapi papanya request nak makan ayam masak lemak cili api..
Saya bukak esbok tengok apa bahan yang ada. Nampaknya masak nasi ayam jela sebab tak ada stok cili padi.. pokok cili padi yang saya tanam pun belum mengeluarkan hasil lagi...kihkihkih..
Masak nasi ayam lagi senang sebab tak perlu nak masak sayur lagi..
Bagi menampakkan kelainan saya telah menyediakan ayam goreng berempah untuk dimakan bersama nasi ayam tu nanti..Resepi nasi ayam sila klik di sini. Boleh juga dimakan dengan nasi lemak atau pun nasi putih..
Jom tengok resepi best ni..

Ayam goreng berempah 
Oleh : Che'gu Mama

Bahan-bahan
  • 6 ketul ayam buang kulit (saya dah rebus sekejap sebab nak buat stok untuk sup dan nasinya)



Bahan A
  • 5 ulas bawang putih
  • 7 biji bawang kecil
  • 2inci halia 
  • 2 inci lengkuas

Bahan B
  • 4 batang serai dipotong 6 inci
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 sk ketumbar - disangai terlebih dahulu
  • 1sk jintan manis - disangai terlebih dahulu
  • 1 sk gula
  • Sedikit garam
  • 2 sb rempah kari daging adabi 
  • 4 tangkai daun kari. 

Cara2
1. Blender bahan A dengan sedikit air. Blender sampai halus. Tak perlu banyak air sebab bawang akan keluarkan air. Kalau guna blender kering lagi bagus.
2. Tumbuk bahan B.  Perlu banyak tenaga untuk buat ni...kasi eksesais tangan sikit..boleh jugak diblender dengan menggunakan blender kering. Tapi jangan halus sangat nanti tak dapatla tekstur yang berserdak tu..
3. Masukkan bahan A dan B dalam satu bekas. Masukkan juga serbuk kari. Gaulkan rata-rata pada ayam. Perapla lebih kurang sejam. Tapi lagi sedap kalau diperap lama sikit.


4. Panaskan minyak. Guna minyak banyak supaya ayam dapat digoreng terendam. Api biar kecil. Masukkan ayam bersama rempahnya sekali.. lurutkan sekali setangkai daun kari. bila dah agak garing baru diterbalikkan ke sebelah bahagian. Gaul-gaul rempah yang dimasukkan tadi supaya lerai dan masak sekata. Angkat dan toskan dalam tapis supaya lebihan minyak boleh mengalir. 

Sata tak goreng lama sebab ayam memang dah direbus dulu.


Kepada yang sudi selamat mencuba...

Tuesday 19 November 2013

KEK COKLAT MOIST VERSI KUKUS dengan TOPPING MELELEH

Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera


Alamak dah bersawang rumah saya ni tak sempat nak hapdet entry...banyak betul keje ek. kan cikgu ni. Bukan macam cikgu dulu2. Petang lepas balik sekolah sempat gi menyawit. cikgu sekarang kualiti hidup pun dah tak seindah dulu2. Semua nak online tapi sistem lembap ya ampun. Bangun pagi buta mengadap pbs online berjam2. Kot waktu tu solat tahjud solat ke solat taubat ok gak...huhuhu..
Tetiba saya membebel dek oii. Tapi petang ni saya rindu nak jengah ke sini. Alhamdulillah keje2 'mengonline' pbs dan 'memprint' dah setel pagi tadi. Itu tugas hakiki. Memang kena didahulukan baru jadi cikgu berintegriti...wakaka..

Ok..saya nak share resepi senang tahap pejam mata. Asalnya saya buat kek kukus ni sebab nak menghabiskan barang2 lebih buat kuih raya ari tu. Tapi tak sangka pula ramai yang berkenan dan saya pun tergatal tangan mengambik order..

Ohoi..saya bukan pandai sangt okeh. Selalu masak campak2 je tau. Tapi dah rezeki jangan ditolak beb. Pening saya memikirkan nak jual berape hengget. Last2 dalam bekas kecik2 tu 100gm saya jual Rm3 je. Dapatla untung sikit. Tapi kat luar orang jual hingga Rm5. Ada iolls kesah... .....Niat saya pada asalnya bukan nak berjualan pun. Cuma suka2 je..

Ok puan-puan mari kita semak resepi yang senang tahap pejam mata ni...amik dari  myr

Kek coklat kukus mudah..
Sumber: reyna254
Oleh: Che'gu Mama

Bahan-bahan ( loyang 20cm )
Bahan A
  • 1 cawan serbuk koko ( tak kisah jenama apa pun )
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan susu pekat
  • (Bahan A perlu dimasak sekejap didalam periuk dengan api yang kecil agar semua bahan sebati dan perlu disejukkan terlebih dahulu.)
Bahan B
  • 11/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 3 biji telur (suhu bilik)

Cara-cara:

  1. Pukul telur sampai betul2 kembang (lebih kurang 5 minit ++) kemudian masukkan bahagian A.
  2. Masuk esen vanilla. Pukul sampai sebati.
  3. Masuk bahagian B sedikit demi sedikit. (seelok2nya tepung, bikarbonat dan baking powder diayak bersama terlebih dahulu). kacau sebati selama 5 minit ++
  4. Masukkan adunan dalam loyang dan ikat dengan beg plastik. Boleh juga pakai kertas foil. Papepun pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan.
  5. kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu..). Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa
  6. Untuk bekas kecik tu saya kukus dalam 15 minit. Untuk satu adunan dapatla 10 bekas anggaran berat 100gm. Amacam? Ada yang dah pasang niat nak berniaga kek coklat kukus? Hu3
  7. angkat ... tunggu sejuk baru boleh potong. kalau rajin boleh letak topping. Lepastu taburla dengan coklat rice atau buah-buahan yang digemari..
Kan..da cakap senang je kan. Selamat mencuba.

Update 11-12-13

Bila saya dok belek2 resepi ni baru saya terperasan yang saya belum masukkan resepi topping melelehnya tu..Ok jom tengok resepi yang saya ambil dari rumah k.nor Secubit Garam tu yang memang ikhlas dan tak lokek berkongsi resepi yang best-best. Saya minta izin untuk copy resepi akak di sini ye..

Resepi coklat ganache
Sumber: k.nor67
Oleh : Che'gu Mama

Bahan-bahan:
300 gm coklat masakan ~ dipotong kecil
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1/4 cawan air panas

Cara-cara:
  1. Panaskan susu cair dan susu pekat dgn kaedah double boiler.
  2. Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair.
  3. Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lg hingga cair.
  4. Curahkan 1/2 dr ganache atas kek yg masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek.
  5. Biarkan lebih kurang 15 - 30 min supaya ganache tadi meresap ke dalam kek.
  6. Panaskan kembali lebihan ganache td (kaedah double boiler) dan masukkan air panas.
  7. Kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek tadi.
  8. Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais.
  9. Boleh juga dinikmati ketika suam2 panas..


* mmg agak banyak ganache yg dihasilkan sbb nak kena siram 2x atas kek tu nanti utk menghasilkan kek yg super duper moist ^__^


Nota kaki: beberapa perkataan tidak sesuai digunakan untuk tujuan latihan penulisan.