Showing posts with label Manik lace. Show all posts
Showing posts with label Manik lace. Show all posts

Tuesday, 9 September 2014

LACE 3D yang gojes

Assalamualaikum.....


Lama sangat tak menjenguk ke sini.... Hahaha.. terima kasih pada yang sudi berkunjung ke blog yang suam-suam kuku ni.. 

Kali ni nak share hasil keras tangan lace 3d yang sedang meletops. Pertama kali saya tengok lace ni pada koleksi baju raya butik Dreemika yang femes tu. Memang tak berkelip la mata memandang. Subhanallah cantik sangat.. selang beberapa bulan kemudian saya jumpa kat instagram ada orang jual lace ni.. wah pucuk dicita ulam mendatang... Walaupun harga sekuntum bunga lace 3d ni RM 2.50 saya rasa masih berbaloi sebab cantik sangat. 




Close up lace 3d yang dijahit pada hujung baju kurung moden butik Dreemika





Koleksi baju raya butik Dreemika yang super super gojes tu... 



Nampak ayu je gitu bila dah dijahit di baju atau tudung. Lagipun senang nak menjahitnya. Susun dan jahit terus atas fabrik. Kalau nak lagi berseri tambahkan sedikit manik atau labuci... 





Saya jahit bunga lace 3d pada bahagian tangan dan dihujung baju kurung moden milik cikgu Akmal yang sentiasa ceria dan comel.. 




Ok la ini sahaja coretan kali ini. Pada yang nak bertanya di mana akak dapatkan lace 3d yang gojes ni silalah tinggalkan email atau no phone di bahagian komen di bawah.. 

Daa ❤❤❤

Tuesday, 1 July 2014

TIPS -TIPS MENJAHIT MANIK LACE

Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera..


Alhamdulillah bertemu lagi ramadhan pada kali ini. Bulan yang mulia dan perlu dipenuhi dengan amalan2 yang mulia..

Tak nak taip panjang - panjang.  Nak kongsi gambar-gambar hasil air tangan saya.. puas hati bila perkataan pertama yang keluar dari mulut customer saya......"cantik.."



Saya nak kongsi beberapa tips untuk yang baru-baru nak berjinak dalam menjahit manik ni. Berdasarkan pengalaman saya ye.. untuk makluman saya  memang tak pernah belajar memanik ni secara formal. 

1) Jika berhajat nak menjahit lace di bahagian lengan baju, beli 3 suku meter sahaja. 
2) Saya lebih selesa membeli lace secara terus di kedai. Selain boleh matching terus dengan kain, kita boleh lihat sendiri spesifikasi lace tersebut. 
3) Gunalah pearl jenis glass pearl atau abs sahaja. Mahal sikit tak apa daripada pearlnya mencair hingga merosakkan baju bila dibasuh secara dry cleaning. (berdasarkan pengalaman iolls ye.... )



Sampai di sini dulu.. Dalam entry akan datang saya akan kongsikan kedai manik online yang super gojes yang selalu saya serbu. Selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh kesabaran.

Happy beading all... ♡♡

Sunday, 4 May 2014

MANIK LACE #3

Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera



Entri kali ini mengenai jahitan manik dan renda dibaju kurung moden dari fabrik cotton yang cantik berwarna royal blue milik regular customer akak merangkap rakan sekerja. Menjahit lace dan manik di atas kain cotton memang menyeronokkan akak sebab mudah menyiapkannya.Tapi, maafla memang lambat nak disiapkan bila mana sakit M melanda..hikhikhik...

Lihat jelah ye hasil keras tangan akak ni. Bukan pandai sangat pun, tapi cukupla sekadar mengisi masa yang tak berapa nak terluang ni. 

Kali ni, beliau meminta akak menjahit lace di bahagian hujung lengan tangan,




Bahagian dada dengan perincian manik jurai-jurai dibahagian hujungnya. Di sini saya telah menggunting dan menyusun bunga-bunga lace mengikut citarasa saya mengelilingi bahagian leher baju. Walaupun empunya badan bertudung, tetapi masih mahukan hiasan yang mewah di situ. Berhati-hati semasa memotong lace dan matikan hujung bahagian yang telah dipotong dengan api. 




Dihujung kain pula beliau minta saya jahit lace di kedua-dua belahan kain. 



Untuk design seperti ini, saya menggunakan 2.5 meter kain lace. Glass pearl saiz 8mm, 6mm, 4mm dan 3mm. Round transparent dan milky beads colour baby pink..

Untuk harga?..bolehla tit tot tit tot sendiri ye berdasarkan bahan-bahan yang saya dah senaraikan di atas tu. Jangan lupa kos upah sekali..♡♡

Saturday, 8 February 2014

MANIK LACE #2

Assalammualaikum Wbt dan selamat sejahtera

 
Menjahit manik pada lace nampak macam kerja mudah. Tetapi boleh tertusuk jarum ke jari kalau tak berhati-hati. Kadang-kadang kita terpaksa buka semula jahitan yang telah siap bila lihat kejadiannya menyakitkan mata. Belum lagi masuk bab jarum patah sewaktu menjahit. Tambah sakit hati bila benang bersimpul. Tapi itulah cabaran menjahit manik ni. Belum lagi faktor halangan luaran. Contohnya, gangguan anak kecil, kerja - kerja hakiki dan lain-lain.


Sebenarnya kos menjahit lace agak mahal kerana harga lace juga ada pelbagai. Jika mahukan lace seperti di dalam gambar ni harganya mencapai RM30 ++ per meter. Untuk menjahit pada kedua belah tangan cukup 3/4 meter lace. Jika perlukan tambahan hingga ke bawah baju seperti ini saya menggunakan hingga 2 meter lace. Harga belum termasuk manik dan upah jahit. Beaders yang memang dah lama dalam bidang ni tahulah berapa harga upahnya. 


Bagi adik-adik yang baru nak berjinak-jinak dalam bidang jahitan manik ni, kena rajin buat kira-kira sendiri. Biarlah harga yang diletak berbaloi dengan kudrat kita menjahit, memilih sebiji demi sebiji manik yang kecil-kecil tu dan masa yang diperuntukan untuk menyiapkan satu-satu baju. Jangan ambil hati kalau ada pelanggan yang merungut harga yang diletakkan mahal. Jelaskan SOP kita dalam menyiapkan kerja-kerja manik ni..Paling penting pastikan kualiti jahitan setimpal dengan harga ye..

Saya pun tak berapa pandai,  tapi berdasarkan pengalaman yang telah saya kutip sepanjang hampir lapan tahun menjahit manik.   Sekarang ni dalam proses memperlahankan aktiviti menjahit ni bagi menumpukan agenda yang lebih penting. Agenda apakah?? biarlah rahsia...hehehe..

Hingga jumpa lagi..

Tuesday, 6 August 2013

MANIK LACE #1

Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera 

Secara jujurnya ini merupakan antara hasil kerja tangan akak yang terawal dalam menjahit lace. Pening juga nak menyiapkannya. Jadi tak nak tulis panjang-panjang, lihatlah sendiri hasil yang tak seberapa ni..

 

Banyak perkara yang perlu diperbaiki pada masa akan datang. Akak akan terus belajar memperbaiki kelemahan diri dan menambah ilmu dalam bidang jahitan manik ni.



Kepada readers yang sudi nak berkongsi ilmu dan minat ni amatlah dialu-alukan. Kita tak rugi apa-apa pun. Sebaliknya akan bertambah ilmu yang sedia ada. Betul tak? Di sekolah lama dulu akak ada beberapa orang rakan yang selari dengan minat akak ni. Kami siap buat tutorial dan sama-sama ambil upah menjahit baju rakan-rakan sekerja yang lain. Nampaknya di sekolah baru ni, akak belum berjumpa dengan rakan yang sama minat dengan akak.


Selamat menjamu mata. Jumpa lagi...