Tuesday 19 November 2013

KEK COKLAT MOIST VERSI KUKUS dengan TOPPING MELELEH

Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera


Alamak dah bersawang rumah saya ni tak sempat nak hapdet entry...banyak betul keje ek. kan cikgu ni. Bukan macam cikgu dulu2. Petang lepas balik sekolah sempat gi menyawit. cikgu sekarang kualiti hidup pun dah tak seindah dulu2. Semua nak online tapi sistem lembap ya ampun. Bangun pagi buta mengadap pbs online berjam2. Kot waktu tu solat tahjud solat ke solat taubat ok gak...huhuhu..
Tetiba saya membebel dek oii. Tapi petang ni saya rindu nak jengah ke sini. Alhamdulillah keje2 'mengonline' pbs dan 'memprint' dah setel pagi tadi. Itu tugas hakiki. Memang kena didahulukan baru jadi cikgu berintegriti...wakaka..

Ok..saya nak share resepi senang tahap pejam mata. Asalnya saya buat kek kukus ni sebab nak menghabiskan barang2 lebih buat kuih raya ari tu. Tapi tak sangka pula ramai yang berkenan dan saya pun tergatal tangan mengambik order..

Ohoi..saya bukan pandai sangt okeh. Selalu masak campak2 je tau. Tapi dah rezeki jangan ditolak beb. Pening saya memikirkan nak jual berape hengget. Last2 dalam bekas kecik2 tu 100gm saya jual Rm3 je. Dapatla untung sikit. Tapi kat luar orang jual hingga Rm5. Ada iolls kesah... .....Niat saya pada asalnya bukan nak berjualan pun. Cuma suka2 je..

Ok puan-puan mari kita semak resepi yang senang tahap pejam mata ni...amik dari  myr

Kek coklat kukus mudah..
Sumber: reyna254
Oleh: Che'gu Mama

Bahan-bahan ( loyang 20cm )
Bahan A
  • 1 cawan serbuk koko ( tak kisah jenama apa pun )
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan susu pekat
  • (Bahan A perlu dimasak sekejap didalam periuk dengan api yang kecil agar semua bahan sebati dan perlu disejukkan terlebih dahulu.)
Bahan B
  • 11/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 3 biji telur (suhu bilik)

Cara-cara:

  1. Pukul telur sampai betul2 kembang (lebih kurang 5 minit ++) kemudian masukkan bahagian A.
  2. Masuk esen vanilla. Pukul sampai sebati.
  3. Masuk bahagian B sedikit demi sedikit. (seelok2nya tepung, bikarbonat dan baking powder diayak bersama terlebih dahulu). kacau sebati selama 5 minit ++
  4. Masukkan adunan dalam loyang dan ikat dengan beg plastik. Boleh juga pakai kertas foil. Papepun pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan.
  5. kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu..). Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa
  6. Untuk bekas kecik tu saya kukus dalam 15 minit. Untuk satu adunan dapatla 10 bekas anggaran berat 100gm. Amacam? Ada yang dah pasang niat nak berniaga kek coklat kukus? Hu3
  7. angkat ... tunggu sejuk baru boleh potong. kalau rajin boleh letak topping. Lepastu taburla dengan coklat rice atau buah-buahan yang digemari..
Kan..da cakap senang je kan. Selamat mencuba.

Update 11-12-13

Bila saya dok belek2 resepi ni baru saya terperasan yang saya belum masukkan resepi topping melelehnya tu..Ok jom tengok resepi yang saya ambil dari rumah k.nor Secubit Garam tu yang memang ikhlas dan tak lokek berkongsi resepi yang best-best. Saya minta izin untuk copy resepi akak di sini ye..

Resepi coklat ganache
Sumber: k.nor67
Oleh : Che'gu Mama

Bahan-bahan:
300 gm coklat masakan ~ dipotong kecil
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1/4 cawan air panas

Cara-cara:
  1. Panaskan susu cair dan susu pekat dgn kaedah double boiler.
  2. Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair.
  3. Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lg hingga cair.
  4. Curahkan 1/2 dr ganache atas kek yg masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek.
  5. Biarkan lebih kurang 15 - 30 min supaya ganache tadi meresap ke dalam kek.
  6. Panaskan kembali lebihan ganache td (kaedah double boiler) dan masukkan air panas.
  7. Kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek tadi.
  8. Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais.
  9. Boleh juga dinikmati ketika suam2 panas..


* mmg agak banyak ganache yg dihasilkan sbb nak kena siram 2x atas kek tu nanti utk menghasilkan kek yg super duper moist ^__^


Nota kaki: beberapa perkataan tidak sesuai digunakan untuk tujuan latihan penulisan.

1 comment: