Assalammualaikum wbt
Beberapa hari lepas mengidam pulak nak makan kek coklat. Bila en.suami suggest nak beli je rasa macam tekak ni tak nak terima pula. Mengada betul tekak mak yong ni kan... hahaha
Oleh kerana bahan membaking semua memang sedia ada di rumah, saya cuma beli coklat M&M paket kecik dan coklat cloud nine konon-konon nak tabur kat atasnya...
Masa beli barang-barang ni pun dah terasa-terasa keenakkan kek kukus yang moist di anak tekak. Namun, dek kemalasan yang melanda akhirnya bahan-bahan tersebut tersimpan seminggu.
Semalam, saya gigihkan diri untuk membancuh bahan utamanya. Bila dah siap, sekali lagi dilanda kemalasan, akhirnya bahan utama saya simpan dalam peti sejuk.
Pagi tadi, si kakak sibuk bertanya semalam nampak mama dah siap masak kek, mana keknya?... aduhai anak.... Saya keluarkan bahan utama kek, panaskan sekejap, kemudian ayak bahan kering dan jerang air kukusan.
Dalam tempoh tidak sampai sejam kek saya sudah pun terhidang. Bukan susah sebenarnya nak buat kek ni, perlukan kerajinan sahaja...hahaha...
Sekali lagi saya masih menggunakan resepi yang sama yang mana saya ambil dari Myresepi. Untuk resepi sila klik di sini .
♥♥Aku bukanlah orang yang hebat, tapi aku mau belajar dari orang yang hebat. Aku adalah orang biasa tapi aku ingin menjadi orang yang luar biasa. Dan aku bukanlah orang yang istimewa, tapi aku ingin membuat seseorang jadi istimewa...♥♥
Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts
Sunday, 15 March 2015
Tuesday, 19 November 2013
KEK COKLAT MOIST VERSI KUKUS dengan TOPPING MELELEH
Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera
Alamak dah bersawang rumah saya ni tak sempat nak hapdet entry...banyak betul keje ek. kan cikgu ni. Bukan macam cikgu dulu2. Petang lepas balik sekolah sempat gi menyawit. cikgu sekarang kualiti hidup pun dah tak seindah dulu2. Semua nak online tapi sistem lembap ya ampun. Bangun pagi buta mengadap pbs online berjam2. Kot waktu tu solat tahjud solat ke solat taubat ok gak...huhuhu..
Tetiba saya membebel dek oii. Tapi petang ni saya rindu nak jengah ke sini. Alhamdulillah keje2 'mengonline' pbs dan 'memprint' dah setel pagi tadi. Itu tugas hakiki. Memang kena didahulukan baru jadi cikgu berintegriti...wakaka..
Ok..saya nak share resepi senang tahap pejam mata. Asalnya saya buat kek kukus ni sebab nak menghabiskan barang2 lebih buat kuih raya ari tu. Tapi tak sangka pula ramai yang berkenan dan saya pun tergatal tangan mengambik order..
Ohoi..saya bukan pandai sangt okeh. Selalu masak campak2 je tau. Tapi dah rezeki jangan ditolak beb. Pening saya memikirkan nak jual berape hengget. Last2 dalam bekas kecik2 tu 100gm saya jual Rm3 je. Dapatla untung sikit. Tapi kat luar orang jual hingga Rm5. Ada iolls kesah... .....Niat saya pada asalnya bukan nak berjualan pun. Cuma suka2 je..
Ok puan-puan mari kita semak resepi yang senang tahap pejam mata ni...amik dari myr
Kek coklat kukus mudah..
Sumber: reyna254
Oleh: Che'gu Mama
Bahan-bahan ( loyang 20cm )
Bahan A
- 1 cawan serbuk koko ( tak kisah jenama apa pun )
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan minyak masak
- 1/2 cawan susu pekat
- (Bahan A perlu dimasak sekejap didalam periuk dengan api yang kecil agar semua bahan sebati dan perlu disejukkan terlebih dahulu.)
Bahan B
- 11/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh bikarbonat
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh esen vanilla
- 3 biji telur (suhu bilik)
Cara-cara:
- Pukul telur sampai betul2 kembang (lebih kurang 5 minit ++) kemudian masukkan bahagian A.
- Masuk esen vanilla. Pukul sampai sebati.
- Masuk bahagian B sedikit demi sedikit. (seelok2nya tepung, bikarbonat dan baking powder diayak bersama terlebih dahulu). kacau sebati selama 5 minit ++
- Masukkan adunan dalam loyang dan ikat dengan beg plastik. Boleh juga pakai kertas foil. Papepun pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan.
- kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu..). Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa
- Untuk bekas kecik tu saya kukus dalam 15 minit. Untuk satu adunan dapatla 10 bekas anggaran berat 100gm. Amacam? Ada yang dah pasang niat nak berniaga kek coklat kukus? Hu3
- angkat ... tunggu sejuk baru boleh potong. kalau rajin boleh letak topping. Lepastu taburla dengan coklat rice atau buah-buahan yang digemari..
Kan..da cakap senang je kan. Selamat mencuba.
Update 11-12-13
Bila saya dok belek2 resepi ni baru saya terperasan yang saya belum masukkan resepi topping melelehnya tu..Ok jom tengok resepi yang saya ambil dari rumah k.nor Secubit Garam tu yang memang ikhlas dan tak lokek berkongsi resepi yang best-best. Saya minta izin untuk copy resepi akak di sini ye..
Resepi coklat ganache
Sumber: k.nor67
Oleh : Che'gu Mama
Bahan-bahan:
300 gm coklat masakan ~ dipotong kecil
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter
300 gm coklat masakan ~ dipotong kecil
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1/4 cawan air panas
Cara-cara:
- Panaskan susu cair dan susu pekat dgn kaedah double boiler.
- Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair.
- Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lg hingga cair.
- Curahkan 1/2 dr ganache atas kek yg masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek.
- Biarkan lebih kurang 15 - 30 min supaya ganache tadi meresap ke dalam kek.
- Panaskan kembali lebihan ganache td (kaedah double boiler) dan masukkan air panas.
- Kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek tadi.
- Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais.
- Boleh juga dinikmati ketika suam2 panas..
* mmg agak banyak ganache yg dihasilkan sbb nak kena siram 2x atas kek tu nanti utk menghasilkan kek yg super duper moist ^__^
Nota kaki: beberapa perkataan tidak sesuai digunakan untuk tujuan latihan penulisan.
Sunday, 30 June 2013
JUADAH UNTUK JIRAN-JIRAN
Assalamualaikum wbt.. dan selamat sejahtera
Seperti yang telah saya niat sebelum ni sebaik sahaja saya sembuh dari demam denggi saya nak masak-masak sikit untuk diagih-agihkan kepada jiran-jiran sebagai tanda syukur...
Saya ni tak lah pandai sangat masak tapi bolehlah sekadar untuk santapan en.hubby dan anak-anak..huhuhu..so, ni jelah yang dapat saya kongsikan dengan jiran-jiran sebelah-sebelah rumah di sini.
Saya ni tak lah pandai sangat masak tapi bolehlah sekadar untuk santapan en.hubby dan anak-anak..huhuhu..so, ni jelah yang dapat saya kongsikan dengan jiran-jiran sebelah-sebelah rumah di sini.
![]() |
ada blended orange cake, roti jala, pulut kuning, kari daging, bubur putih merah, nasi ayam goreng dan kerabu epal hijau..
Seperti biasa saya akan rujuk laman sesawang kegemaran saya iaitu Myresepi untuk mendapatkan resepi-resepi yang sedap dan dijamin menjadi..
Tapi macam biasa la kan.. saya akan tokok tambah mengikut tekak dan barang-barang yang ada di dapur ni...
RESEPI (1) Blended Orange Cake By: che'gu mama Sumber rujukan: Kak Fida Bahan-bahan ( loyang 9 inc )(saya pakai cup cake saiz sederhana dapat dalam 16pcs)
Cara-cara:
1.Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di
tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan
kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
2. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
3. Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.
Cara saya: Masukkan 3/4 adunan dalam bekas muffin kemudian taburkan mix fruit. saya penah jugak tabur kepingan badam yang telah dibakar sikit terlebih dahulu. kadang-kadang saya tabur coklat chips...bakar dalam oven dengan suhu 160 api atas bawah ye adik2.. saya bakar selama 25 minit. apa-apa pun bergantung kepada jenis oven masing-masing jugak ye..walllaa....kompem jadi..
RESEPI (2)
ROTI JALA
By: che'gu mama
Bahan-bahan
Cara-cara:
RESEPI (3)
PULUT KUNING
By : che'gu mama
Sumber : Cik Mat Gebu
Cara membuatnya :-)
RESEPI (4)
BUBUR PUTIH MERAH (BERAS)
By: che'gu Mama
Bahan-bahan:
Cara-cara
RESEPI (5)
KARI DAGING Bahan-bahan ( Anggaran 10-15 orang. )
Cara-cara
Walla...semua sedap-sedap. Haa amek kau berderet resepi yang sedap-sedap dalam satu entry ni. Untuk resepi nasi ayam goreng dan kerabu epal saya akan masukkan dalam entry akan datang ye...
Kepada yang sudi selamat mencuba.... |
Subscribe to:
Posts (Atom)




