Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera..
Rindu nak berceloteh di sini, berkongsi resipi dan cerita... In Syaa Allah.. akan kembali dengan pelbagai perkongsian ilmu yang bermanfaat. ( dah lama tak update, tak tahu nak tulis apa. 🙈)
♥♥Aku bukanlah orang yang hebat, tapi aku mau belajar dari orang yang hebat. Aku adalah orang biasa tapi aku ingin menjadi orang yang luar biasa. Dan aku bukanlah orang yang istimewa, tapi aku ingin membuat seseorang jadi istimewa...♥♥
Showing posts with label cerita akak. Show all posts
Showing posts with label cerita akak. Show all posts
Tuesday, 6 September 2016
Friday, 14 February 2014
MANIK CRUMBLE JENTAYU #3 di b.a.w.a.l Aidijuma
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera..
Kegilaan saya terhadap tudung bawal aidijuma ni makin menjadi-jadi pulak. Memang best kan bila pakai tudung bawal. Senang diurus dan yang penting tak habis musim...
Tudung b.a.w.a.l aidijuma - cetusan idea Datin Norjuma ni memang terbaek!!. Cuma keluhan saya ialah sejak akhir-akhir ni kualiti kain dah kurang sikit berbanding koleksi sebelumnya..
Memang target utama pemakai tudung ni dalam kalangan pelajar IPT. Tapi macam saya yang memang bawal lover ni, nak juga menyelit-nyelit. Harga memanglah tersangat berbaloi. Untuk yang dah berduit poket sendiri memang mampu sangat tapi dinasihati jangan sampai membazir pulak ye..Berpada-padalah dalam berbelanja.
Antara koleksi bawal aidijuma yang ada dalam simpanan saya ialah bawal plain. Harganya memang berbaloi2. Rm7 sahaja oke..tapi saya ni memang tergatal tangan..akhirnya jadilah projek crumble jentayu di tudung bawal ni..
Bila mula pakai ke tempat kerja ramaila yang bertanya..maafla ye.. yang ni tak ada di pasaran. Saya buat sendiri.. huhuhu.. Andai ada yang sudi untuk turut mencrumblekan tudung bawal plain, jangan ragu- ragu ye untuk cuba menDIY mana-mana yang patut. Semuanya tak mustahil selagi kita nak berusaha. Kalau tepek-tepek batu kristal yang sew on pun dah cantik..
Tengok model tudung saya ni..memang macam retis oke. Hahaha..Lain kali jumpa lagi..
Daaa....
Monday, 2 December 2013
BERBUDI PADA TANAH DAPAT TUAI HASILNYA
Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera
Sudah tiga hari bumi Johor Bahru dibasahi hujan..sejuk!!!!!..Tapi saya memanjatkan kesyukuran di waktu pagi tadi sebab benih pokok bendi yang saya semai (ke campak je).. sudah pun bercambah..rasanya saya semai hari Sabtu yang lepas..
Sejak berpindah ke rumah sendiri ni saya agak aktif menanam pelbagai jenis pokok sayuran yang biasa kita guna dalam masakan harian..
Bukan ape pengalaman saya tiga tahun lepas sewaktu baru berpindah ke JB pernah membayar RM0.10 per sehelai daun pandan..tak ke cekik darah namanya tu...ni kes beli sayur di mini marketla kan..
![]() |
| (Pelbagai jenis pokok yang telah saya tanam sejak awal tahun 2013 ) |
Oleh itu saya berazam untuk bercucuk tanam seberapa banyak sayuran yang boleh..ada juga yang yang emak tolong tanam sewaktu beliau datang ke sini..
Teringat kata pepatah berbudi kepada tanah akan dapat hasilnya...sekarang ni nak guna daun pandan, daun kari, daun kucai potong je dari pokok di luar tu..saya ada juga menanam pokok serai, lengkuas, lumau purut, limau kasturi a.k.a limau sambal, cili padi kampung. Semuanya dalam pasu. Tak ada alasan untuk tidak bercucuk tanam selagi penyakit M tidak diatasi..
Lagipun ini juga sebahagian daripada sumbangan kita terhadap alam sekitar dalam usaha melestarikan suasana bumi hijau... (tau tak apa maksud lestari tu pelajar?..... buka kamus sekarang...)
Wah...macam tengah mengajar dalam kelas pulak..
Oklah lain hari saya akan kongsikan resepi dan hasil keras tangan saya ni ye...
Sunday, 30 June 2013
JUADAH UNTUK JIRAN-JIRAN
Assalamualaikum wbt.. dan selamat sejahtera
Seperti yang telah saya niat sebelum ni sebaik sahaja saya sembuh dari demam denggi saya nak masak-masak sikit untuk diagih-agihkan kepada jiran-jiran sebagai tanda syukur...
Saya ni tak lah pandai sangat masak tapi bolehlah sekadar untuk santapan en.hubby dan anak-anak..huhuhu..so, ni jelah yang dapat saya kongsikan dengan jiran-jiran sebelah-sebelah rumah di sini.
Saya ni tak lah pandai sangat masak tapi bolehlah sekadar untuk santapan en.hubby dan anak-anak..huhuhu..so, ni jelah yang dapat saya kongsikan dengan jiran-jiran sebelah-sebelah rumah di sini.
![]() |
ada blended orange cake, roti jala, pulut kuning, kari daging, bubur putih merah, nasi ayam goreng dan kerabu epal hijau..
Seperti biasa saya akan rujuk laman sesawang kegemaran saya iaitu Myresepi untuk mendapatkan resepi-resepi yang sedap dan dijamin menjadi..
Tapi macam biasa la kan.. saya akan tokok tambah mengikut tekak dan barang-barang yang ada di dapur ni...
RESEPI (1) Blended Orange Cake By: che'gu mama Sumber rujukan: Kak Fida Bahan-bahan ( loyang 9 inc )(saya pakai cup cake saiz sederhana dapat dalam 16pcs)
Cara-cara:
1.Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di
tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan
kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
2. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
3. Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.
Cara saya: Masukkan 3/4 adunan dalam bekas muffin kemudian taburkan mix fruit. saya penah jugak tabur kepingan badam yang telah dibakar sikit terlebih dahulu. kadang-kadang saya tabur coklat chips...bakar dalam oven dengan suhu 160 api atas bawah ye adik2.. saya bakar selama 25 minit. apa-apa pun bergantung kepada jenis oven masing-masing jugak ye..walllaa....kompem jadi..
RESEPI (2)
ROTI JALA
By: che'gu mama
Bahan-bahan
Cara-cara:
RESEPI (3)
PULUT KUNING
By : che'gu mama
Sumber : Cik Mat Gebu
Cara membuatnya :-)
RESEPI (4)
BUBUR PUTIH MERAH (BERAS)
By: che'gu Mama
Bahan-bahan:
Cara-cara
RESEPI (5)
KARI DAGING Bahan-bahan ( Anggaran 10-15 orang. )
Cara-cara
Walla...semua sedap-sedap. Haa amek kau berderet resepi yang sedap-sedap dalam satu entry ni. Untuk resepi nasi ayam goreng dan kerabu epal saya akan masukkan dalam entry akan datang ye...
Kepada yang sudi selamat mencuba.... |
Thursday, 20 June 2013
ADUH....DENGGI LA PULAK
Assalamualaikum wbt.. dan selamat sejahtera
Lama tak bersiaran...dugaan Allah kali ni saya terima dengan berlapang dada dan dengan hati yang terbuka. Saya percaya setiap kesakitan yang Dia berikan tu penghapus dosa-dosa kecil..
Hai...kenapa pulak dengan akak ni ye ?..
![]() |
| (hasil google..gambar nyamuk yang dah bawa kesusahan pada saya..) |
Sewaktu menulis entry ni saya baru 90% cure dari
demam denggi. Tak pernahlah saya terfikir nak kena penyakit bawaan vektor ni. Aduh...tapi
percayalah..sesiapa yang dah pernah merasa demam denggi ni.....kalau boleh
dijauhkan daripada demam ni sampai bila2. Syoh2.. Ikuti kupasan lanjut tentang pengalaman saya dan demam denggi ni.
Dah macam edisi khas le pulak ...
Hari pertama Ahad,9 Jun 2013
Saya menghabiskan baki2 cuti sekolah dengan mengajak en.suami dan anak-anak ke UTM. Ada pertandingan equin kebangsaaan dan ada pameran upin ipin. Bukan main seronok si kakak dapat berjumpa upin ipin secara life. Yang penting pengunjung tak ramai. So nak amik gambar puluh kali pun tak apa...lepas tu en.suami mengajak balik ke rumah MIL saya. Dekat jek..lebih kurang selepas magrib kami pun gerak balik ke rumah. Namun, dalam perjalanan balik, en.suami mengajak pulak dinnner di Restoran Singgah Selalu yang terletak di Danga Bay. Macam2 diordernya sampi tak abis makan dan kami bungkus jek makanan tu. Kitorang sampai rumah dalam pukul 8.45 malam. Sebelum tidur malam tu saya dah mula terasa sakit kepala dan sakit belakang badan, tapi saya biarkan aje..mungkin kepenatan seharian berjalan agaknya....
Hari kedua, Isnin, 10 Jun 2013
Dalam pukul 4.00 pagi saya mula terjaga dengan kepala yang berdenyut kuat. Saya pun dah mula berasa seram sejuk. habislah...hari ni baru nak memulakan kerja. Sehingga pukul 8.30 pagi saya mula sakit pinggang yang kuat dan mula muntah-muntah. saya takut miscarriage je..huhuhu.. yelah dah sakit pinggang yang amat. Pagi tu saya pergi ke klinik panel yang dekat je dengan rumah.Sampai di klinik pukul 8.40 pagi tapi dah ramai yang beratur...sudahnya saya dapat nombor 14. Tak tahulah pukul berapa dapat berjumpa doktor. Lebih kurang sejam kemudian saya dah mula tak selesa dan rasa macam nak pitam. Saya call en.suami mintak dia jemput saya di klinik tu dan bawa pergi klinik lain. Saya memang dah tak tahan sangat..So kami pergi ke sebuah klinik di Mutiara Rini..nasib agak baik sebab tak ramai patients masa tu. Doktor bagitahu saya mungkin terkena kencing kotor dan dia bagi injection di punggung nak bagi cepat kurang rasa sakit. dapatlah saya mc dua hari.. yehoo...Tapi sakit pinggang dan lenguh badan ni masih tak berkurangan
Hari ketiga, Selasa 11 Jun 2013
Pagi ni saya masih demam kuat lagi. Semalam sewaktu doktor check temperature saya dalam 38.7.Hari ni pun saya rasa macam sama jugak. Lepas makan ubat badan macam kebah sikit lepas tapi dalam sejam kemudian mula panas balik..aduhai..kepala makin berdenyut2. Nak buat kerja rumah pun tak larat. en.suami balik tengah hari tengok saya masih terbaring dengan bakul baju tepi katil terus dia ajak pergi ke hospital..Hospital pertama yang kami pergi ialah Hosptal KPJ di Jln Abd Samad. Tapi awal-awal lagi bahagian emergency dah inform tak ada bed kalau kene admit. Kami lari pula ke Hospital Pakar Puteri di Larkin. Sempat juga jumpa dengan doktor dan staf yang tak berapa friendly tapi masih lagi diberitahu tak ada bed kalau kene admit. Diaorang cuma boleh bagi ubat je..aduhai... akhirnya en.suami bawa saya ke Hospital Pakar Kempas, masuk je ke bahagian emergency terus doktor masukan ubat ikut lubang dubur,,ouch...cucuk air kat tangan dan amik sampel darah..malam tu, masa kat dalam wad doktor bagitahu saya kemungkinan kena demam viral. Tapi belum dipastikan sebabnya...
Hari keempat, Rabu 12 Jun 2013
Pagi ni doktor ambil sampel darah. Saya mula rasa tak selesa tetapi perasan badan konon-konon dah kuat tanya doktor bila boleh discharge..doktor senyum je..lepas tu baru dia bagitahu saya kena demam denggi....aduh ingatkan memain...wbc saya mula turun ke 180..dia nasihati saya supaya banyak minum air jus buah-buahan, minum air 100 plus dan makan. tapi saya cuma boleh minum 100 plus sahaja. makanan yang masuk kompem keluar balik. tensen saya. dah la botol drip tu dah jadi kawan baik ..bawa ke mana saja. aktiviti saya cuma dalam wad tak pergi kemana pun.. nasib la saya duduk bilik seorang so, tak ada masalah dengan toilet. tau2 jelah bila tangan kene cucuk drip. minum air pun berbotol2..saya cuma pesan kepada en.suami supaya bawakan tosei sebab nasi yang dia bawa pun saya tak lalu nak jamah..
Hari kelima, Khamis 13 Jun 2013
Bacaan wbc saya hari ni turun lagi kepada 130. Aduh...doktor memang dah bagitahu bila demam denggi memang wbc kita akan menurun. So dia nasihat terus minum banyak air, makan ubat dan rehat..Hari ni jugak pegawai dari pejabat kesihatan datang untuk soal selidik saya..wakaka...kalau tak silap en.suami ada bagitahu 500 meter dari rumah kami ada banner mengatakan kawasan tersebut kawasan denggi..macam-macam soalan dia tanya..yelah saya pun tak sangka boleh menjadi salah seorang mangsa si nyamuk aedes ni...kawan-kawan sekolah ada yang datang jenguk saya..terima kasih ye rindu kat kamu semua...
Hari keenam, Jumaat 14 Jun 2013
Alhamdulillah... Bacaan wbc saya meningkat naik hari ni kepada 200..wah....doktor pun tak sangka naik dengan cepat sebab dia jangka akan semakin turun..huhuhu..lepas solat Jumaat saya dah boleh discharge..lega rasanya sebab tak payah pakai drip lagi..makan ubat lagi..tidur malam kena kacau sebab nurse datang nak amik bacaan temperature dan tekanan darah. Doktor bagi saya cuti selama 11 hari...yehoo....dibekalkan jugak dengan segala macam ubat....tapi lain pula jadinya bila balik ke rumah. Saya mula pening-pening dan sakit kepala..aduhai..sesekali muntah juga. Nasib en.suami ada so boleh tolong tengokkan anak-anak. Saya asik baring je sejak balik dari hospital. Badan berasa lesu dan memang tak bermaya.
Hari ketujuh, Sabtu 15 Jun 2013
Kawan-kawan sekolah yang dah tahu saya dah keluar hospital datang melawat di rumah.Saya gagahkan diri melayan tetamu walaupun kepala masih berdenyut-denyut. Hari ni masih muntah-muntah lagi. En.suami cuma belikan anak-anak makan malam dari kedai dan melayan anak-anak. Saya macam biasa masih terdampar kepeningan. Bila dapat peluang dukung si kecik yang masih berusia 10 bulan, mengalir air mata saya sebab anak-anak terbiar. So saya kena kuatkan semangat demi anak-anak. k.long saya yang kebetulan tiba di rumah sebab ada kelas hujung-hujung minggu ni pun ada juga membantu jagakan anak-anak. Ada jugak dia tawarkan diri untuk masakkan sup ketam..tapi saya tolak dengan baik. Makan/minum apa yang saya boleh masuk je.. nanti muntah membazir pulak. Dahlah ketam mahal sekarang ni.
Hari kelapan, Ahad 16 Jun 2013
Pagi ni saya merengek nak ikut en.suami outsation ke KL. saya bukan nak ke KL tapi nak mintak tumpang sampai ke rumah mak di Muar. Lagipun saya rasa badan saya belum cukup kuat nak menjaga anak-anak. Nasib en.suami bersetuju..tak jauh mana pun dari rumah emak ke JB ni dalam 2 jam perjalanan sampailah..Lain pula cerita bila sampai di sana. Badan saya mula gatal-gatal. Merenyam sangat. Tapak kaki dan tapak tangan ni macam membengkak. Saya mintak tolong emak sapukan dengan air yasin satu badan. Gatal sangat. Tengah-tengah malam pun saya boleh terbangun sebab gatal pedih jek badan ni..Siang tu sebelum sampai di rumah emak, saya singgah di pekan Bukit Pasir cari buah tembikai. saya ada menggoogle katanya salah satu penawar demam denggi ni dengan meminum Jus Tembikai. Harga tembikai hari ni sekilo RM2.50. Sewaktu saya beli tadi sebiji RM14.50. Belasah jelah.. janji nak cepat baik..Kalau musim tembikai selalunya 3 biji hanya RM10 sahaja.
Hari kesembilan, Isnin 17 Jun 2013
Badan saya mula ditumbuhi ruam merah yang sekata. Tak ada mata tapi gatal sangat. Pedih bila kena garu..aduhai dugaan sungguh kan kena demam denggi ni...kenapalah saya menjadi insan terpilih tu..kami bersiap-siap nak balik JB semula sebab en.suami kerja pada pagi ni. so lepas subuh kami bergerak pulang. Saya sebenarnya masih belum stabil. dengan badan yang masih gatal-gatal, kepala pun ada pusing-pusing lagi. patutla doktor bagi cuti lama..ingatkan bila dah keluar hospital saya dah okey.. rupenya KO..huhuhu..Cuaca di JB memang teruk sangat sekarang ni Jerebu hokeh...bertambah tak sihat lah saya..
Hari kesepuluh, Selasa 18 Jun 2013
Gatal-gatal dah mula berkurangan, cuma saya dapat rasakan badan saya masih belum stabil. Kepala masih berdengung dengan hidung masih ada berdarah sikit. Yang saya perasan, saya mula datang period masa hari pertama tu, tapi lepas tu darah macam tak nak keluar. Mungkin sebab saya makan ubat dan masuk drip. Hari ni baru darah keluar banyak macam biasa..Mata saya pula terasa gatal sangat..sebab jerebu kot..tak ada kaitan dengan demam denggi..
Hari kesebelas, Rabu 19 Jun 2013
Menjelang malam saya rasa badan saya kembali segar macam biasa. ALHAMDULILLAH. Kepala pun dah tak pening, badan pun dah tak lenguh-lenguh dan sakit-sakit. Rasa macam dah back to normal.. cuma dengung jek sikit....Saya rasa bersyukur sangat. Tapi walau macam manapun air 100 plus
tetap saya minum. Apatah lagi en.suami telah membelikan minuman tersebut satu karton ....saya dah berkira-kira untuk memasak beberapa juadah sebaik sahaja baik daripad demam ni nanti...Janganlah ada anak-anak / kaum keluarga saya yang kena macam saya ni..
So cuti lagi dua hari saya cuma habiskan dengan mengemas-ngemas rumah yang dah macam ribut sebab saya memang tak kisah langsung sepanjang sakit ni.. hari jumaat ni 21 Jun 2013 saya perlu berjumpa semula dengan doktor untuk diambil sampel darah lagi..rasanya saya dah cukup sihat hari ni...
Friday, 7 June 2013
KL Hop On Hop Off
Assalammualaikum wbt.. dan selamat sejahtera
Alhamdulillah...kali ini saya dapat berjalan-jalan bersama keluarga tercenta sekali lagi. Walaupun en. suami sibuk memanjang. demi cuti sekolah ni en.suami dengan berbesar hati mengapply cuti ganti..
Saya hepi sesangat sebab semenjak daripada bulan Februari agak2nya lah. dah lupa en.suamii bekerja 7 hari seminggu. Tinggal kami tiga beranak menghepi2kan diri sendiri diri di umah...(sedih tak)
So, kebetulan menghantar emak dan abah ke KLIA yang akan mengerjakan umrah Kami tiga beradik pun mengambil kesempatan untuk berwalking-walking di Putrajaya je pun...atas permintaan anak2 sedara yang nak sangat ke sana. Layan jelah dengan gambar yang tak seberapa ni...
![]() |
| (tengok tu mak jemah dengan anak dara melompat tak hengat...kuikuikui..) |
En.suami menjadi ketua rombongan cik kiahnya..hahaha. Walaupun saya mempunyai seorang kakak yang tinggal di Damansara, tapi dah sepuluh tahun menetap di ibu kota, jalan-jalan ke Putrajaya pun tak tahu..Dei..apa da... saya pun mengambil kesempatan menitip ke mengetik beberapa keping gambar sebagai kenang-kenangan kami dan anak2...
Kakak yang sulung sudah selamat balik ke rumah di kampung, tinggal kami sekeluarga di rumah kakak di Damansara untuk menghabiskan saki baki percutian di Kuala Lumpur ni.. Lama tak jejak kaki ke sini lepas tamat belajar. dulu saya belajar di UiTM Shah Alam. 7 tahun dek oiii... Cuma en.suami je yang ulang alik ke sini selalu..
So, lepas menggoogle maka kami
Inilah rupenya pakej yang kitaorang ambil tu..kami park kereta di KL Sentral dan beli tiket kat dalam tu..mula2 pegi kat travel agency tu tauke tu bagitahu RM38 per person for 24hrs..
Hoii..ingat kitaorang ni orang asing ke. Selepas kami asik tanya macam-macam tetibe tauke tu tanya..
"abang ni orang Malaysia eh?"
.. hei ...pffttt....??!!!!
So pada hari tu kami telah membeli 2 keping tiket untuk dewasa berharga RM38.00..anak-anak masih F.O.C sebab under age..
Hampir 30 minit menunggu bas di kaunter 11 di KL Sentral, bas pun tiba..wah...double decker gitu. Tapi akak tak naik ke bahagian atas ler..bawak anak kecik.
Destinasi pertama kami ialah Muzium Negara...lama tak masuk..bertepatan la kali ni tema percutian kami academic visit..Wahhh...ko ade Lebih kurang sejam kat dalam muzium kami pun keluar dan tunggu bas berikutnya tiba...
Wah cuacanye panas banget!! Next destination ialah Taman Rama-rama..jauh jugak saya perlu berjalan kaki dari bus stop yang kitaorang turun tadi. berpeluh ketiak.
Panas bukan main waktu tu..saya dan en.suami cepat-cepat menamatkan lawatan ke taman rama-rama. Perut pon dah mula berkeroncong, ape lagi..sempatlah menjamu selera di sebuah warung di tepi jalan dekat-dekat bus stop yg kami turun tadi. Ramai betul en.polis turut sama menjamu selera di situ..oh lupa area Bukit Aman memang le...
Tengah-tengah syok melayan sayur keladi masak asam, sebuah bas pun berlalu di depan mata kami...ah..lantakla... janji saya dapat makan sayur keladi tu..nyum2.. kami perlu menunggu hampir sejam jugaklah untuk bas berikutnya untuk ke destinasi seterusnya...
Sebelum ke KLCC bas sempat berhenti selama hampir 15 minit di hadapan Istana Negara yang baru di Jalan Duta. Saya dan si kakak sempatla berposing sekejap..en.suami yang sudah keletihan sangat tidak mahu ikut serta dan sudah pun terlentok dalam bas beraircond tuh..si adik pun sama..z..z..z

Haa...nampak
seronokkan dua beranak tu..kami travel dengan bus hop on hop off Kuala
Lumpur. En.suami asyik merungut jek.
"kalau tak kerana melayan
mama memang papa tak nak naik bas ni tau.."
Gitulah kiranya ayat power
yang berulang kali keluar dari mulut dia. wahaha..sayang sungguh en.suami pada isteri dia ni kan...
Last destinasi kami ke KLCC...Di sini saya sempat membeli sepasang sandal hush puppies..ngeh..ngeh...untuk anak-anak pula masing-masing dapat toys baru..si kakak dapat le rembat Barbie sekor....en.suami?...puas kami keliling KLCC last-last tak beli apa pun..
Mungkin ini kali pertama dan kali terakhir saya mengambil pakej seperti ini..seronok memang seronok. Tetapi tak tahan sebab penat sangat duduk lama-lama dalam bas. Lebih-lebih lagi masa peak hour time orang balik keje...
Wallaweh...rasa nak termuntah wei...biol kepala..dua jam dalam bas padahal dari KLCC ke KL Sentral je pun..
Jadi kepada sesiapa yang sudi nak mencuba pakej ni, silalah jangan malu-malu..
Subscribe to:
Posts (Atom)
















