Friday, 6 December 2013

SAMBAL BILIS TAUCU BERAPI

Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera

Makan apa hari ni?. Saya seperti biasa akan kongsikan resepi yang ringkas dan mudah serta sesuai untuk dibawa sebagai bekal ke tempat kerja.

Apapun alasannya..pastikan diri kita rajin dan pandai menguruskan masa..ekeke. Saya pun kadang-kadang ke laut juga...(tutup muka dengan buku)

Meh sini tengok resepi campak-campak yang yummylicious ni...


Sambal bilis bertaucu 
Oleh: che'gu mama

Bahan - bahan
  • Segenggam ikan bilis yang sudah siap dibersihkan dan dibelah dua
  • Sebatang cili merah* 
  • Sebatang cili hijau*
  • 8-10 biji cili padi kampung* 
  • * dihiris serong-serong
  • Sebiji  bawang besar (dipotong bulat-bulat)
  • Seinci halia dihiris nipis 
  • Dua ulas bawang putih dihiris 
  • 3 biji bawang kecil dihiris
  • 3 sb taucu masin 
  • 1sk asam jawa extra
  • 1/2 cawan air 
  • Gula secukup rasa 

Cara - cara
1. Panaskan sesenduk minyak di dalam kuali.  
2. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
4. Tumis bawang kecil, bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan sedikit air. Biar mendidih dan terbit minyak. 
5. Kemudian masukkan pula cili,  bawang besar dan taucu.  Kacau hingga bawang sedikit layu. 
6. Akhir sekali masukkan sedikit gula. Ikan bilis yang telah digoreng tadi. Kacau lebih kurang dan boleh tutup api.

Tak perlu letak garam sebab taucu pun dah masin. Letak gula untuk menyeimbangkan rasa.

Sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas ataupun bubur nasi. Kadang-kadang kami makan dengan ubi rebus..wallah...

Kepada yang sudi selamat mencuba.



Thursday, 5 December 2013

ROTI TELUR BERKEJU ♡♡yummylicious♡♡

Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera

Makan apa petang?.cuaca di bumi JB ni sejuk je kan..tambah lagi cuti sekolah. Perut pun asyik berkeroncong je. 

Stok biskut di rumah saya asyik nak kene refill je. Anak-anak pusing2 rumah kemudian pergi ke dapur ambil sampai 4 keping. Tak kisahla kan..janji diaorang tak mengadu lapar.

Aik...resepi roti telur pun nak tepek jugak ke.. manalah tau kot ada yang kekeringan idea nak masak apa bolehla dapat ilham sikit.. 

Blog saya ni hanya bertujuan untuk berkongsi hasil air tangan saya..mungkin ada sedikit ilmu yang boleh readers gunakan. Sekurang2nya menjadi bekalan bila saya tiada lagi nanti...In Syaa Allah.


Jom kita tengok resepi simple tahap pejam mata ni.


ROTI TELUR BERKEJU
Oleh: che'gu mama

Bahan-bahan
  • 6 keping roti sandwich
  • 3 keping slices cheese
  • 2 biji telur dikocok sedikit bersama :
  • a) 1sk serbuk lada sulah
  • b) Secubit garam 

Cara-cara
1. Panaskan nonstick pan. Letak setitik dua minyak. 
2. Celup roti ke dalam telur kemudian letakkan roti di atas pan. Biarkan roti kekuningan sebelum dibalikkan kebahagian sebelahnya.
3. Apabila roti sudah kekuningan letak cheese pada sekeping roti dan letakkan sekeping lagi roti di atasnya. 
4. Potong serong dan siap dimakan..

Kalau makan panas-panas menang melelehla cheesenya...

Kepada yang sudi selamat mencuba....



Tuesday, 3 December 2013

CUCUR ROTI UDANG

Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera

Selamat pagi semua..pagi ni saya akan kongsikan satu lagi resepi yang memang senang dan sangat sedap. Boleh dibuat santapan sarapan pagi mahupun minum petang..

Resepi ni saya ambil dari mana lagi kalau bukan blogger idola ramai...iaitu Kak Azlita si cantik manis. Saya suka tengok hasil tangan beliau yang meletup tu...Gambar-gambar  dalam blog beliau juga memukau pandangan..ko hado??

Saya banyak kali mencuba resepi beliau dan memang menjadi. Adapun yang tak jadi tu disebabkan saya memang tak pandai la nak mengadun..hik3... Memang banyak ilmu yang telah beliau turunkan dalam blog Masam Manis ni..Sama-samalah kita memanjangkan ilmu yang bermanfaat ini ye.. Kalaupun bukan untuk orang lain tetapi untuk anak-anak kita juga..

Oke tak nak da bebel panjang-panjang..Mari kita semak apa yang patut cara-cara menghasilkan cucur roti yang lembut dan sedap ni..



CUCUR ROTI UDANG

Resepi asal : Merpati66
Sumber rujukan: Azlita masam manis
Diubahsuai oleh : Che'gu Mama

Bahan-bahan:
  • 3-4 keping roti (bahagian atas /bawah yang keras tu pun oke)
  • 10 ekor udang yang dibersihkan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 labu bawang besar dipotong dadu
  • 1 biji lada merah belah tengah dibuang biji dan dihiris nipis
  • 1 pokok daun kuchai dipotong pendek-pendek - saya tambah
  • 1 sk serbuk kari ikan
  • 1 biji telur dikocok terlebih dahulu
  • secubit garam
  • minyak untuk menggoreng


Cara-cara:

1. Carik-carikkan roti kepada bahagian yang kecil dan rendam seketika hingga kembang.
2. Toskan roti tersebut dan campurkan bersama bahan-bahan lain dalam bekas
3. Gaul sebati seperti adunan cekodok
4. Panaskan minyak. Dengan menggunakan senduk leper, rendam sekejap senduk tersebut di dalam minyak panas.
5. Kaut sedikit adunan ke dalam senduk dan rendamkan semula senduk ke dalam kuali.
6. Biarkan adunan tertanggal sendiri sebelum mengulang proses yang sama.
7. Balik-balikkan cucur dan angkat apabila ianya kekuningan.
8. Sedap dimakan panas-panas bersama sos pilihan masing-masing.

NOTA KAKI: sekiranya mahu membuat dalam kuantiti yang banyak dan menjimatkan penggunaan udang, boleh ikut cara saya. Potong udang kecil-kecil. Adunan dijemput dengan tangan yang telah dibasahkan terlebih dahulu dan goreng seperti biasa.. Jangan tercebur tangan ke dalam minyak panas tu sudahlah ye... 

Sekian dulu..untuk yang sudi selamat mencuba...








Monday, 2 December 2013

BERBUDI PADA TANAH DAPAT TUAI HASILNYA

Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera
Sudah tiga hari bumi Johor Bahru dibasahi hujan..sejuk!!!!!..Tapi saya memanjatkan kesyukuran di waktu pagi tadi sebab benih pokok bendi yang saya semai (ke campak je).. sudah pun bercambah..rasanya saya semai hari Sabtu yang lepas..




Sejak berpindah ke rumah sendiri ni saya agak aktif menanam pelbagai jenis pokok sayuran yang biasa kita guna dalam masakan harian..

Bukan ape pengalaman saya tiga tahun lepas sewaktu baru berpindah ke JB pernah membayar RM0.10 per sehelai daun pandan..tak ke cekik darah namanya tu...ni kes beli sayur di mini marketla kan..

(Pelbagai jenis pokok yang telah saya tanam sejak awal tahun 2013 )

Oleh itu saya berazam untuk bercucuk tanam seberapa banyak sayuran yang boleh..ada juga yang yang emak  tolong tanam sewaktu beliau datang ke sini..

Teringat kata pepatah berbudi kepada tanah akan dapat hasilnya...sekarang ni nak guna daun pandan, daun kari, daun kucai potong je dari pokok di luar tu..saya ada juga menanam pokok serai, lengkuas, lumau purut, limau kasturi a.k.a limau sambal, cili padi kampung. Semuanya dalam pasu. Tak ada alasan untuk tidak bercucuk tanam selagi penyakit M tidak diatasi..

(Terkini: Sebahagian daripada pokok yang akak tanam)

Lagipun ini juga sebahagian daripada sumbangan kita terhadap alam sekitar dalam usaha melestarikan suasana bumi hijau... (tau tak apa maksud lestari tu pelajar?..... buka kamus sekarang...)

Wah...macam tengah mengajar dalam kelas pulak..
Oklah lain hari saya akan kongsikan resepi dan hasil keras tangan saya ni ye...

Sunday, 1 December 2013

MANIK BLOOMING DEENA #1

Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera

Selamat bercuti rakan-rakan guru dan para pelajar. Saya ni nama je cuti tapi seminggu sekurang-kurang 3 hari pergi ke sekolah. Ada aje perkara yang nak dibuat.

Ekceli saya dah mula ada perasaan sayang dan seronok di sekolah baru ni sama seperti sekolah lama  dulu..tapi feeling ni datang selepas tiga tahun saya servis di sini. 

Kalau kita ikhlas dengan tugasan kita. Insyaa Allah apa yang kita buat seronok dan yang penting berkat apa yang kita dapat tiap-tiap bulan tu.

Sekadar peringatan untuk diri sendiri...

Ok layan mata dengan manik blooming deena yang simple je ni..


Yang ini juga


Juga yang ini 


Akhirnya....


Ini sahaja entry saya kali ini. Lain kali jumpa lagi...


Nota Kaki: Perasan tak kalau entry manik saya tak membebel panjang-panjang pun kan...=)