Saturday, 19 October 2013

HIGHLIGHT MANIK DIJUBAH EMAK

Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera

Hari ni saya nak share pada readers jubah emak saya yang telah saya highlight (naik seri)  ringkas sahaja di bahagian lengan. 



Emak saya memang simple aje orangnya dan malu nak pakai baju yang bermanik sarat. Maklumlah emak pakai baju2 kurung tu waktu pergi yasinan saban hujung minggu. Rugi bermanik sakan nanti baju tu duduk dalam gobok je..(gobok=almari hehehe.. ) Kalau saya memanik baju emak, saya akan buat design yang  ringkas-ringkas sahaja. 

Saya sendiri pun sebenarnya ada beberapa helai sahaja baju yang bermanik. Tapi tidakla sarat sangat. Suka tengok manik yang cantik dan meletopss pada baju orang lain tapi diri sendiri biasa2 sahaja..biasa tak ayat tu...



Untuk menyiapkan manik di lengan jubah ni hanya mengambil masa  lebih kurang sejam. (Tak termasuk gangguan sikecik..) Cuma jarum yang saya guna  terpatah dua kali dek kerana sulam pada jubah agak tebal juga.. Beaders pun fahamlakan bila tengah menjahit jarum pulak patah. Itu belum lagi jari tercucuk jarum. Banyak dugaan sebenarnya meng'highlights' manik atas sulam ni..


Pada bahagian dada juga terdapat sulaman. Tapi emak tak mahu dimanik sebab ianya akan tersorok di bahagian belakang tudung yang dipakainya. Saya ikutla mana2 kehendak emak dan inilah hasilnya.

Selamat menjamu mata dengan hasil keras tangan saya ni ye..

Jumpa lagi 

Wednesday, 2 October 2013

MANIK SHIMMERING FLORA #4

Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera

Bersiaran lagi. Masih mood berbeading...hrmm..banyak masa rupanya jadi cikgu ni. Boleh bermanik bagai. Opppsss silap ye statement tu cik cik dan puan puan.

Saya masih lagi bergelut dengan tugas hakiki di sekolah dan di rumah. Tapi bermanik ni merupakan salah satu terapi untuk saya mengatasi stress.

Customer saya pun bukan orang lain, kawan2 sekerja juga. So diaorang faham tugas masing2. Memang take time nak siapkan satu2 baju. Dan yang penting saya memang fleksibel bab pembayaran..huhuhu...nak bayar lepas gaji pun ok. Nak bayar masa gaji bulan berikutnya pun ok. Tapi tawaran ini terhad kepada kawan2 sekolah saya sahaja ye..

Jom layan hasil keras tangan saya ni...


Baju-baju customer saya memang cantik2 belaka. Kain batik crepe. So saya selalu layan mata je memanik baju2 ni.


Nak membeli sendiri aduhai....ongkosnya opkos la ratussan...hehehe....


So... ini sahajalah buat tatapan readers kali ini 


Jumpa lagi..






Tuesday, 17 September 2013

ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG EKSPRES

Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera


Dah makan? Nak masak ape ye....kali ini saya nak kongsikan satu resepi yang sinonim dengan orang Johor iaitu asam pedas. Boleh dikatakan masakan wajibla. Seminggu sekali mesti nak makan asam pedas kan..ada orang suka makan asam pedas bersama kicap masin macam en.suami saya. Tapi saya lebih suka kicap lemak manis. 

Bila makan asam pedas mesti nak cari telur masin atau ayam goreng bersama sayur kacang panjang atau kobis. Memang itulah regu untuk hidangan ni...

Saya suka asam pedas ikan pari, ikan parang, ikan tenggiri dan ikan kembung..Ada jugak asam pedas ayam dan asam pedas tetel 

Banyak versi juga cara memasak asam pedas ni. Apa yang penting ialah kuahnya mestilah seimbang dari segi rasa pedas dan masamnya. Pekat atau cair kuahnya tepuk dada tanya selera.  Resepi asam pedas ni memang yang asas tidak seperti asam pedas stail orang Melaka yang ada campuran rempah ratus yang lain.

Saya kongsikan versi ekspres yang selalu saya buat sebagai bekal ke sekolah. 


Asam pedas ikan kembung 
Oleh: che'gu mama

Bahan-bahan (2-3 orang makan)
  • 5 ekor ikan kembung
  • *15 tangkai cili kering dipotong serong-serong dan direbus sebentar. 
  • *1 biji  bawang besar
  • *3 ulas bawang putih
  • *Seinci halia 
  • *Seinci kunyit hidup
  • *Seinci belacan melaka 
  • (* diblend ) 
  • Dua biji tomato dibelah dua *option lain: sayur bendi / terung / bunga kantan / daun kesum  
  • Garam secukup rasa 
  • 1 sk asam jawa extra adabi



Cara-cara
1. Panaskan sesenduk minyak di dalam periuk. Emak  pernah berpesan bila nak asam pedas minyaknya biar lebih. Nanti bila dah siap lebihan minyak boleh dibuang. 
2. Tumis bahan blend hingga tua. Api sedang dan sentiasa kacau supaya tak berkerak. 
3. Bila dah terbit minyak dan telah tua, masukkan sedikit air dari lebihan blender tadi.  Tak lah membazir kan.. terpulang pada citarasa kita kalau suka kuah yang pekat letak air lebih begitu juga sebaliknya. Masukkan juga asam jawa ekstra.
4. Bila kuah dah mendidih sekali lagi baru masukkan ikan. Tak perlu beria sangat mengacau kuah ye. Cuma kocak-kocak je. Sebab kalau terlebih kacau nanti isi ikan akan hancur. 
5. Masukkan sayuran yang lain. Rasakan masam masinnya. Dah boleh tutup api 

Yang ni gambar yang emak saya masak semasa kami balik ke kampung baru-baru ni..


(Sedap sangat air tangan emak...)



  

Thursday, 12 September 2013

KETUPAT GORENG

Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera

Pernah makan ketupat goreng?.. saya pun agak jakun kali pertama menjamah masakan ni kira-kira 4 tahun lepas.. tapi sekarang selalu masak atas permintaan en.suami...tapi dengan syarat memang waktu tu merebus ketupat la kan. Samada semasa musim raya atau lebihan masak lontong atau soto. Kalau merebus semata-mata untuk masak begini memang kurang kerajinan.. huhuhu 

Rencahnya sama seperti memasak nasi goreng kampung.. mesti pedas-pedas gitu... kalau ada yang tak tahan pedas boleh la kurangkan penggunaan cili padi..


KETUPAT GORENG
oleh: che'gu mama

Bahan - bahan
  • 10 ketul ketupat mini dipotong 6. Saya suka potong kecil sedikit supaya senang nak dimakan 
  • *Segenggam cili padi kampung
  • *5 biji bawang kecil
  • *3 ulas bawang putih
  • *10 ekor ikan bilis siap kopek dan dibasuh
  • (*ditumbuk) 
  • Seketul daging siap direbus dan dihiris nipis ( tak letak sebab tak ada stok) 
  • 2 biji telur  
  • 3 batang kacang panjang ( dihiris nipis-nipis) tak letak sebab tak da stok 

Untuk hiasan
  • Sedikit hirisan daun bawang dan daun sup
  • Sedikit bawang goreng 

Cara - cara
1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.  Tumis bahan tumbuk hingga kekuningan. 
2. Masukkan daging. Kacau rata.  Kemudian masukkan kacang panjang dan telur. 
3. Biarkan sebentar baru dikacau supaya tekstur telur cantik. 
4. Masukkan ketupat yang telah dipotong.  Kacau lagi sampai rencah sekata. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa.  
5. Tutup api dan boleh dihidangkan. Tabur sedikit daun bawang dan daun sup bersama bawang goreng yang dimasak sendiri.  

Memang syok la kan. Lebih-lebih lagi masa musim raya bila dah jemu makan lodeh bagai..

Kepada yang sudi selamat mencuba....



Friday, 16 August 2013

LEMPENG CICAH KUAH DURIAN

Assalammualaikum w.b.t dan selamat sejahtera
Bersemangat saya berpuasa enam tahun ni sebab tahun lepas tak berpeluang langsung dek dalam pantang..Seksanya tahun lepas nak mengganti puasa sebanyak 27 hari dek cuti bersalin. Amek kaw!!!... Dalam sendu2 jugakla saya menghabiskan baki2 puasa. Empat tahun lepas pun begini juga...hehe salah timing. Lain kali kena plan projek cantik2...;-)

Memandangkn saya bersama anak-anak. Maka berbuka ala kadar jela...janji ada makanan untuk dimakan. Saya memang dari kecik2 memang simple je bab berbuka puasa ni. Tak yah nak berlauk bagai hokkey...

Macam biasa plan apa yang anak2 boleh makan...mula2 blur jugak mau masak ape. Saya bukak fridge tenung lelama...amenda aku nak mkn ni ek..(org johor cakap kengkadang mesti ada ek kt blkg. Kadang2 je tau) Di kampung saya tengah musim dian (durian). Jadi masa balik kampung  beraya ari tu dapatla saya merasa buah dian peberet saya dan en.suami. Anak saya yang sulung si kakak tu pun kemain menjilat jari makan buah dian. 

Ada belen sikit saya buatla kuah dian yang sedap ni.. nak lawan (makan) dengan roti pun bole. Tapi takda stock roti. Jadi saya bedal aje dengan lempeng..




Resepi kuah durian dan lempeng
Oleh: Che'gu Mama 

Bahan-bahan:
  • Durian sebiji (Keluarkan isinya)
  • 700 ml Santan (saya guna 400ml santan kotak + 300 ml air)
  • 2 ketul gula nesan
  • 5 sb gula pasir
  • 1/2 cawan air
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • Secubit garam

Cara2:
  1. Masukkan gula nesan, air , gula pasir dan daun pandan dalam satu periuk. Masak sampai gula mencair Ketepikan.
  2. Dalam periuk yang lain masukkn isi durian ,santan dan air gula yang telah dimasak tadi. Sila pastikan air gula yang kita masak tadi ditapis terlebih dahulu ye..Masak dalam api yang sederhana. Tambah garam untuk bagi rasa lemak pada kuah durian ni.  kacau selalu sampai kuah pekat sedikit. Boleh tambah gula kalau kurang manis. Tutup api.
  3. Dah siap


Resepi lempeng pun nak tepek jugak ke...kot ada yang baru nak turun ke dapur meh la tengok resepi kat  bawah ni

Resepi lempeng 
Oleh: Che'gu Mama
Bahan-bahan:
  • Secawan tepung gandum
  • Secawan air
  • Secubit garam

Cara2:
  1. Masukkan tepung gandum dan garam dalam mangkuk. Kemudian tuang air sedikit  dulu. 
  2. Kacau menggunakan hand wisk sampai adunan licin. Takda ketul2 lagi. Masukkan air lagi dan kacau hingga sebati. Adunan jangan terlalu cair dan terlalu pekat ye
  3. Panaskan non stick pan. Api kecil. Tuang setitik dua minyak. Bila pan dah panas baru masukkan sesenduk adunan tadi. Ratakan menggunakan bahagian belakang senduk.
  4. Ada orang suka makan lempeng garing2. Ada orang pulak suka makan basah2 sikit. Jadi terpulang  pada citarasa memasing ye. Ada jugak kadang2 saya taruk oats sikit..

Selamat mencuba kepada yang sudi...


Nota kaki: n3 kali ni saya guna dialek orang muo..sila jangan guna jika anda buat rujukan untuk latihan penulisan..hihihi