Friday, 13 December 2013

APAM NASI

Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera
 
Selalu makan apam nasi? Pernah terfikir untuk memasak sendiri? Saya selalu makan (kene beli dan bayar sendiri oke) di kantin sekolah sewaktu kami mengeteh pada petang hari. Kadang-kadang saya akan bungkus dan bawa naik ke bilik guru sebagai cemil-cemilan semasa menanda buku. Memang tak puas bila mengadapnya.


Kali ini saya nak share satu lagi resepi yang mudah dan In Syaa Allah menjadi. Resepi ini memang fofular. Kalau buat sendiri memang berbaloi-baloi dan jimatla duit poket. Saya jumpa resepi ni di rumah Kak Yatie . Banyak juga resepi dari blog ini yang menjadi rujukan saya di dapur.
K.yati izinkan saya share resepinya di sini ye. Memang sedap sangat dan Alhamdulillah telah dapat dipanjang-panjangkan resepi ini kepada rakan-rakan di tempat kerja.
Apam Nasi/ Apam Beras
Bahan-bahannya.
Sumber: k.yatie
Oleh: Che'gu Mama


  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 1/2cwn gula pasir
  • 2 1/2 cwn air
  • 2 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam
Cara-cara
  1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
  2. Setelah hancur, campur gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.


Saya masak dengan menggunakan pengukus dari jenama tupperware ni sebab saya  hanya buat separuh adunan. Kes malas nak keluarkan pengukus.. Bukan nak promote barangan tupperware tau. Saya hanya membeli bukan menjual cuma nak berkongsi satu lagi kegunaan hardware kita di dapur..

...:Sharing is caring:...



Thursday, 12 December 2013

BINGKA CEMPEDAK MAGIC PAN

 Assalammulaikum wbt  dan selamat sejahtera


Hari ni saya nak share satu lagi resepi yang menggunakan magic pan jenama ikan ni..dulu saya pernah kongsikan resepi bingka durian di sini .  Minggu lepas emak dan abah saya datang dari kampung dengan hasil dusun.

Eermm memang puas la dapat makan buah-buahan kampung kan.. Ada rambutan merah, rambutan kuning, duku langsat, pulasan dan cempedak. Semuanya memang yang abah saya yang tanam sendiri di dusun di belakang rumah kami di kampung.


Cempedak dah puas saya goreng masih berbaki jadi akak cuba-cubalah membuat bingka pula. Alhamdullilah sedap. Daripada gambar tu memang bingka saya sedikit nipis sebab saya buat separuh adunan sahaja. Maaf ye gambar kurang jelas sebab saya guna kamera henpon cap ayam je...hua3..
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
2 cawan santan
1 cawan air
2 biji telur gred A
Sedikit garam
1 sk pewarna kuning ( saya tak letak lupa )
1 cawan  isi cempedak
sedikit bijan jika suka 
Cara-Cara
  1. Satukan telur dengan gula, kacau hingga gula hancur. Masukkan santan dan air kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Masukkan sedikit garam dan pewarna hijau. Gaul rata dan tapis adunan tadi.
  2. Isi cempedak dilecek hingga halus, masukkan ke dalam bancuhan. [Cara lain ialah dengan blender semua bahan kecuali tepung hingga licin, kemudian tuang bancuhan ke dalam bekas. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau sebati menggunakan hand wisk]. Kacau rata dan tuang dalam kuali ajaib yang telah dipanaskan atas dapur menggunakan api kecil (panaskan dalam 5 minit). Tabur bijan pada permukaan bancuhan tadi. Kemudian tutup pan.( akak lengserkan permukaan pan dengan sedikit marjerin )
  3. Bakar dengan api kecil selama 40 - 45 minit, bergantung pada anda, jika suka kerak lebih tebal, boleh lamakan sikit waktu membakar. Selepas 20 minit, terbalikkan kuali dan bakar lagi. Bila kuih masak, keluarkan dari kuali dan sejukkan sebelum dipotong...
Kepada yang sudi selamat mencuba....



Wednesday, 11 December 2013

NASI GORENG CILIPADI ALA WARUNG

Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera

Pernah makan nasi goreng cili padi? Rasanya ini antara menu ala carte yang selalu kita order bila makan di luar. Betul tak? Kadang-kadang saya dapat hidangan yang sangat kena dengan anak tekak saya. kadang-kadang rasanya biasa-biasa sahaja. 

Jika di JB saya pernah makan nasi goreng cili padi  yang sedap di sebuah Medan Selera di Taman Tun Aminah dan satu lagi di Taman Universiti. Kedua-dua gerai ini menggunakan kombinasi resepi yang hanpir sama. Dan yang paling penting bahan tumisnya ditumbuk dengan lesung batu..=)


Rata-rata masakan di gerai-gerai lain memang tidak menetapi citarasa saya.  Manakan tidak,  kebanyakkan hanya membuat nasi goreng biasa dengan cili padi yang dipotong agak kasar. Jadi saya banyak kali try n error resepi ni supaya kena pada anak tekak saya. 

Alhamdulillah sewaktu saya bawa ke sekolah untuk kudapan, ramai  rakan-rakan yang memuji rasanya sama seperti masakan di warung..

Jom kita tengok resepi yang mudah ni. Manakala pilihan sayur terpulang kepada kita. Disebabkan waktu ni dalam esbok saya ada banyak stok sayur jadi saya telah masukkan beberapa jenis sayur. 

 
Nasi Goreng Cili padi
Oleh: Che'gu Mama 


Bahan-bahan:
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • 6 biji cili padi (boleh tambah jika mahu lebih pedas)
  • sedikit ikan bilis (saya guna ikan bilis halus)
  • 1 inci belacan
  • 2 sb sos ikan
  • 3 batang kacang panjang dipotong pendek-pendek
  • sedikit lobak dipotong dua dan dihiris halus
  • 3 cawan nasi sejuk
  • 2 biji telur 
  • Garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara
1. Tumbuk bawang merah dan bawang putih. ketepikan kemudian, tumbuk pula cilipadi, ikan bilis dan belacan ketepikan.  
2. Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali. Tumiskan bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan pula cilipadi, ikan bilis dan belacan yang telah ditumbuk tadi. kacau hingga agak garing. Masukkan sayuran dan sos ikan. Pecahkan telur dan dibiarkan sebentar sebelum dikacau rata.
3. Masukkan pula nasi dan dikacau. sekiranya kurang masin masukkan secubit garam. Sedia untuk dihidang..
Enak dimakan bersama ayam goreng, telur goreng atau ikan bilis goreng..
Yang sudi selamat mencuba..

 

Monday, 9 December 2013

MANIK CRUMBLE JENTAYU #1

Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera


Selamat bercuti warga Johor sempena hari Hol Sultan Johor. Hari ni saya sempat memasukkan entry  manik crumble jentayu yang telah saya siapkan dalam masa 3 hari..Sebenarnya dah lama saya mengintai tutorial paten manik crumble jentayu di google. Tapi tak ada pulak sehinggalah akak jumpa satu fb ni.. banyak sungguh tutorial yang dikongsikan secara percuma. 

Untuk keterangan lanjut silalah menerjah ke fb Dee Naa ni...banyak betul ilmu manik yang ikhlas dikongsikan bersama...

Oke selamat menjamu mata readers

1. Mula-mula siapkan layer pertama.


2. Kemudian susupkan jarum untuk layer kedua pula 


3. Ini pula layer ketiga untuk layer keempat sila ulang langkah yang sama di bahagian atas layer pertama tadi. Faham ke idak ni... (garu kepala sendiri)


4. Kemudian siapkan finishingnya. Ada pelbagai paten dan terpulang paten mana yang kita suka.


5. Tara....Dah siap dijahit pada kedua-dua belah lengan tangan 


Saya telah menyiapkan jahitan manik crumble jentayu ni di bahagian lengan tangan dan di bahagian leher.


(Bahagian leher dari jarak dekat.)

In Syaa Allah saya akan kongsikan tutorial manik crumble jentayu ni dengan lebih terperinci. (jika ada masa...huhuhu menangis lagi) 

Lain masa jumpa lagi...



  
     










Saturday, 7 December 2013

KACANG PANJANG GORENG BERTELUR

Assalammualaikum  wbt dan selamat sejahtera

Hari ni resepi simple je yang penting sedap. 
(Introduction pun ringkas je..hua3)


Kacang panjang bertelur
Oleh: che'gu mama 

Bahan-bahan (2-3 orang)
  • 5 batang sayur kacang panjang dibasuh bersih dan dipotong ikut suka. Saya patahkan je dengan tangan.
  • *3 biji bawang kecil
  • *2 ulas bawang putih
  • *10 ekor ikan bilis siap kopek dan dibasuh (*ditumbuk)
  • 2sb cili kisar
  • 1 biji telur
  • Garam secukup rasa

Cara-cara
1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali 
2. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau. 
3. Masukkan cili kisar.  Kacau sampai terbit  minyak
4. Pecahkan telur dan biarkan sebentar. Jangan dikacau terus nanti tekstur telur tak cantik. 
5. Akhir sekali masukkan kacang dan gaul rata. Tambah garam secukup rasa.  Tak perlu lama sangat nanti sayur jadi layu. 
Saya suka makan sayur yang masih rangup. Krup krap je masa mengunyah..

Sekejap je tempoh masak sayur macam ni..kurang 15 minit dah siap. sesuai untuk mama-mama bekerja macam saya..jadi tak ada alasan untuk tidak memasak. Huhuhu... peringatan ini untuk diri saya juga..

Kepada yang sudi selamat mencuba....