Saturday, 8 March 2014

NASI MINYAK HUJAN PANAS beras MOGHUL FAIZA BASMATHI

Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera

Bila tiba musim cuti persekolahan, memang banyaklah jemputan walimatul urus yang kita terima. Kadang-kadang dalam sehari sampai 3 hingga 4 jemputan. Aduhai..kenala makan sejemput sahaja di setiap rumah yang kita kunjung supaya dapat menjamah hidangan di rumah berikutnya..

Tapi, bila diluar cuti persekolahan, jarang pula mendapat jemputan. Kadang-kadang tekak ni terasa-rasa nak makan nasi minyak orang kawin kan? kihkihkih..Hari ni saya nak kongsikan satu lagi resepi yang saya tak ingat pula bila masa saya masak. Rasanya dah terlalu lama gambar ni terperam dalam henpon cap ayam saya tu. Bila godek-godek terjumpa pula gambar yang belum di kongsi resepinya. 


Bercakap tentang henpon cap ayam, saya memang sedang terkedu seketika ni kerana henpon yang belum pun setahun saya pakai pemberian encik suami telah selamat di kedai untuk dibaiki. Aduhai anak.. memang tak perasan langsung bila masa si kecil tu mengambil henpon yang ada disebelah akak dan dibawa ke dalam bilik air. Akhirnya henpon akak dijumpai basah kuyup dek kerana terendam dalam baldi. 

Owh..anak, nak marah pun masih belum berakal lagi. Anak saya yang kecik baru berumur 1 tahun 9 bulan. Mungkin pada orang lain, tak mengapalah beli saja yang baru. Tapi saya sangat sentimental value orangnya. Seperti sebelum ini, apabila jam yang dihadiahkan encik suami pecah setelah di campak oleh sikecik ke lantai, saya memang sedaya upaya akan berusaha untuk memperbaikinya terlebih dahulu sebelum bertukar kepada yang baru. 

Berbalik kepada cerita henpon cap ayam saya yang rosak tu, selepas menyedari henpon tu dah basah, saya terus buka baterinya dan masukkan ke dalam tupperware berisi beras, seperti yang saya baca dalam entry ini..hihihi..tapi encik suami telah menghantar ke kedai pada sebelah petangnya. 

Masing-masing seperti tiada mood untuk bercakap, kami mengemas rumah tanpa sebarang kata. Hasilnya, rumah menjadi sangat kemas dan teratur. Maklumlah telah berminggu saya tak sempat nak mengemas rumah. Selama 18 hari bekerja tanpa rehat sehari pun, badan memang seperti di lanyak. Menjelang malam bila sampai sahaja di rumah, memang tak mampu nak mengemas lagi..

Okeyla kita hentikan dulu cerita henpon cap ayam saya tu. Masih belum tahu statusnya lagi..Sekarang ni mari lihat resepi nasi ayam hujan panas yang saya rujuk dari Myresepi. Memang ramai yang telah mencuba resepi yang sedap dan In Syaa Allah menjadi ni.


NASI MINYAK HUJAN PANAS
Sumber: Makyong
Oleh: Che'gu Mama

Bahan-bahan ( 5 orang )

4 cawan beras basmati
5 cawan air
2 kiub ayam
2 helai daun pandan
pewarna merah, kuning dan hijau
[bahan tumis]
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
[bahan hias]
bawang goreng
kismis

Cara-cara
  1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
  2. Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
  3. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
  4. Masukkan beras dan gaul rata.
  5. Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
  6. Masaklah nasi sehingga masak
  7. Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
  8. Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka



Jika kita perhatikan beras moghul ni memang panjang-panjang. Jika cukup sukatan airnya, memang masak elok dan berderai nasinya. Cuma beras ni kurus-kurus kata encik suami saya. Hihihi..Maklumlah selalu makan beras basmathi yang panjang-panjang dan gemuk-gemuk..

Memang mudah sangat penyediannnya.Saya selalu masak nasi ni bagi menjamu tetamu yang berkunjung ke rumah terutama semasa musim perayaan. Hidangkan bersama kari daging dan ayam masak merah serta kerabu epal. Peh!! memang sedap sangat..

Kepada yang sudi selamat mencuba..daaa...

Thursday, 6 March 2014

NASI AYAM PENYET yang YUMMYLICIOUS♡♡

Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera..

 

Selamat bertemu kembali pembaca di alam maya.. agak lama saya menyepi. Keadaan kesihatan saya kurang mengizinkan untuk berceloteh di ruang ini. Dengan ditambah lagi kesihatan anak-anak yang agak terganggu disebabkan perubahan cuaca yang tidak menentu kini. Nasihat saya untuk diri sendiri juga, agar perbanyakkan meminum air masak kosong, kurangkan aktiviti luar dan hindari stress..

Hehehe dalam tiga tips yang saya kongsikan di atas tu cuma satu je yang saya rasa relevan dengan saya, iaitu minum air masak, yang lagi dua tu memang tak dapatlah saya ikut..maklumlah tugas hakiki saya menuntut agar terlibat dengan aktiviti luar setiap hari ditambah dengan bebanan tugasan yang kian mencabar saban hari..
Cuma saya ada cara untuk ubati  diri tatkala stress menghampiri. Saya akan sibukkan diri ke dapur atau berulit dengan manik-manik kesayangan saya tu. Kalau dilayan stress tu nanti ada yang kena stroke pulak..

ok kali ni saya nak share satu hidangan yang sangat enak dan kena dengan anak tekak kami sekeluarga. Saya copy and paste resepi ni daripada blog cik Amie. Tapi seperti biasa memang ada bahan-bahan yang saya tokok tambah mengikut citarasa sendiri. 
Yang pasti memang sedap resepi nasi ayam penyet ni. Anak-anak pun meratah ayam penyetnya begitu sahaja. Mari kita lihat resepi nasi ayam penyet yang thorrrbaikkk!! ni

NASI AYAM PENYET
Oleh: Che'gu Mama

AYAM PENYET 

Bahan:
3 keping daging ayam bahagian peha (saya letak 8 ketul ayam)
4 cawan air kelapa
garam / gula / perasa pilihan

Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis`
1 sudu makan ketumbar biji ( Saya tak letak sebab tak ada stok)
1 batang serai
2cm lengkuas
2cm halia
2cm kunyit hidup



Cara:

1. Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam periuk.
2. Didihkan dengan api sederhana sehingga ayam separuh masak.
3. Toskan daging ayam.
4. Tekan / penyetkan daging ayam - Amie gunakan permukaan parang 
    belitung  sehingga tulang ayam kedengaran patah.(Saya tak buat)
5. Panggang daging ayam sehingga masak. (Saya goreng je ayam yang telah 
    ditos)
 
 

Sambal ulek ni memang sedap sangat. Bila masuk sahaja ke dalam mulut, saya dapat membayangkan saat menikmati ubi mentega rebus panas-panas dicicah dengan sambal yang sedap ni.. walllah... Lain kali saya akan buat sambal ulek ini untuk dimakan dengan ubi rebus. Nampaknya kenalah pergi cari di pasar nanti...
 
SAMBAL ULEK

Bahan:
1 genggam cili padi - kalau takut pedas gunakanlah dalam kuantiti yang sedikit (tengok pada saiz genggaman masing2 ye..)
3cm belacan
7 biji bawang merah - hiris kasar
2 biji tomato - belah 8
minyak
garam / gula / perasa pilihan
2 sudu besar ikan bilis - Saya tambah 
3 biji lada merah - Saya tambah

Cara:
1. Goreng kesemua bahan di atas kecuali garam / gula / perasa pilihan.
2. Untuk hasil yang lebih memuaskan gunakan lesung 'ulek', tapi kalau tak 
    ada memadailah gunakan lesung batu macam Amie gunakan. (saya bedal 
    guna blender je. Tapi tekan kejap-kejap je. Supaya tekstur sambal tak 
    terlalu halus)
3. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.



TAUHU / TEMPE 
Bahan-bahan:
4 keping tauhu di potong tiga segi
sebungkus tempe FAMA di belah dua kemudian di potong sederhana lebar

cara-cara:
  1. Saya tak ikut cara Amie. Saya cuma rebus tempe dan tauhu ke dalam air rebusan ayam tadi selama lebih kurang 5 minit kemudian  toskan. Sejukkan sebentar sebelum di goreng selama beberapa minit sehingga nampak keperang-perangan.

Saya letak sahaja sayur yang ada dalam peti ais. Biasanya di kedai dihidangkan bersama kobis dan timun sahaja. Juga tak ketinggalan limau kasturi. 


ULAM-ULAMAN
Bahan-bahan
3 batang kacang panjang- dibasuh kemudian dipotong sederhana panjang.
1/2 batang timun - dibasuh, buang bahagian tengah kemudian dipotong mancis
5 biji bendi - dicelur sekejap dengan sedikit garam dan ditoskan.
1/3 buku kobis - dibasuh dan dihiris kasar-kasar. 


Dah siap semuanya bolehlah dihidangkan bersama nasi panas-panas. Kalau diperhatikan nasi saya tu semacam ada biji-biji berwarna coklat. Harap maklum yang itu ialah OATS FOR RICE. Sekarang ni memang dah jadi santapan kami hari-hari. 


Setiap kali beli oats yang biasa tu sampai tarikh luput tak jalan-jalan juga. Jadi untuk kali ni saya tukar strategi pula dengan memasukkan oats ke dalam nasi. Jadi hari-hari kita akan makan oats tanpa culas.....yehooo misi berjaya. 

Hidangan lazat ni memang kena sangat dengan selera saya. Tambahan buat masa ini saya memang tak lalu nak makan masakan yang berlemak. Alhamdulillah terima kasih buat Amie kerana berkongsi resepi nasi ayam penyet ni dan telah selamat menjadi santapan saya dan anak-anak tengah hari tadi..


Eh..tidak bekerjakah saya hari ni? Sebenarnya saya masih dalam cuti sakit. Kali ni menjaga anak-anak pula yang masih belum sihat sepenuhnya. Memang dugaan kan bila menjaga anak-anak kecil yang tidak sihat. Semoga Allah menyembuhkan penyakit kami anak beranak dan kembali sihat seperti sediakala..Walaupun kurang sihat, dapurku tetap berasap....

kepada yang sudi, selamat mencuba.....



Thursday, 20 February 2014

UDANG MASAK LEMAK DENGAN KOBIS

Assalammualaikum wbt Dan selamat sejahtera ;-)


Makan APA malam ni? Saya macam biasa masak yang ringkas-ringkas sahaja. Maklumlah bila balik dari sekolah memang badan letih ya ampun....
Kadang-kadang memang tak lalu dah nak makan.


Sejak akhir-akhir ni tekak saya  asik nak makan udang je. Udang yang saya beli di pasar masih berbaki. Sebab udang ni agak kasar memang sedapla masak begini. Dapat hirup sekali manis kuahnya. Ermm memang enak..

Saya anggap masakan begini masakan ringkas sebab dalam sejam saya dapat masak beberapa jenis lauk sampingan yang lain. Balik dari latihan  sukan, singgah pasar sekejap, kemudian sampai rumah dan mula bersilat di dapur sebelum kembali ke sekolah semula sebelum jam 12.30 tengah hari. Memang inilah rutin kami...

Oke tak nak bebel lagi jom kita tengok resepinya.

UDANG MASAK LEMAK DENGAN KOBIS
Oleh: Che'gu Mama


Bahan-bahan:
  • 30 ekor udang saiz l
  • 1/3 buku kobis China - dihiris ikut suka
  • Sebiji lada merah - dihiris serong-serong
  • Sebiji lada hijau - dihiris serong-serong 
  • 250ml Santan kotak ( saya pakai santan kara)
  • 2 helai daun kunyit di simpul
  • Sebatang serai di ketuk
  • 1 keping asam keping
  • Garam secukup rasa

Bahan kisar:
  • 10 biji cili padi kampung - boleh lebihkan jika suka pedas.
  • 1/2 inci halia 
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cawan air

Cara-cara:
  1. Kisar bahan kisar sampai lumat. Masukkan dalam periuk. 
  2. Masukkan kobis, serai dan daun kunyit. Masak hingga mendidih.
  3. Masukkan pula santan, asam keping, lada merah dan lada hijau. kacau sentiasa kemudian masukkan udang  dan  akhir sekali perasakan garam.
  4. Siap dan sedia untuk dihidang. 

Memang wangi bau kuahnya dengan aroma daun kunyit. Boleh juga digantikan sayur kobis dengan kacang panjang ataupun nenas. Ermm... Makan dengan nasi panas-panas berlaukkan ikan Masin. Wallah...... 



Kepada yang sudi selamat mencuba......
Jumpa lagi

Sunday, 16 February 2014

MANIK BLOOMING DEENA #3

Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera 

 

Lihat jela hasil keras tangan saya kali ni..tak sempat  nak berceloteh panjang-panjang. Banyak tugasan hakiki yang perlu didahulukan.

 

Saya siapkan baju ni semasa cuti sekolah yang lalu, jadi ini bukanlah hasil keras tangan yang terbaru ye.. banyak entry tertunggak yang saya peram dalam draft box.

 

Tak kisahla kan... Gambar tak busuk dan basi. huhuhu.. Ayat orang tak berapa nak rajin mengupdate entry.  Yang penting ada sesuatu yang saya nak kongsikan dengan pembaca di alam maya ni..


Sebenarnya saya kurang gemar dengan penggunaan sequin berkilat macam tu, tapi bila saya guna sequin yang jenis milky, nampak tak naik pula warnya. Harap customer saya okey je..

Hingga jumpa lagi semua...

Friday, 14 February 2014

MANIK CRUMBLE JENTAYU #3 di b.a.w.a.l Aidijuma

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera..

Kegilaan saya terhadap tudung bawal aidijuma ni makin menjadi-jadi pulak. Memang best kan bila pakai tudung bawal. Senang diurus dan yang penting tak habis musim... 

Tudung b.a.w.a.l aidijuma - cetusan idea Datin Norjuma ni memang terbaek!!. Cuma keluhan saya ialah sejak akhir-akhir ni kualiti kain dah kurang sikit berbanding koleksi sebelumnya..


Memang target utama pemakai tudung ni dalam kalangan pelajar IPT. Tapi macam saya yang memang bawal lover ni, nak juga menyelit-nyelit. Harga memanglah tersangat berbaloi.  Untuk yang dah berduit poket sendiri memang mampu sangat tapi dinasihati jangan sampai membazir pulak ye..Berpada-padalah dalam berbelanja.


Antara koleksi bawal aidijuma yang ada dalam simpanan saya ialah bawal plain. Harganya memang berbaloi2. Rm7 sahaja oke..tapi saya ni memang tergatal tangan..akhirnya jadilah projek crumble jentayu di tudung bawal ni..


Bila mula pakai ke tempat kerja ramaila yang bertanya..maafla ye.. yang ni tak ada di pasaran. Saya buat sendiri.. huhuhu.. Andai ada yang sudi untuk turut mencrumblekan tudung bawal plain, jangan ragu- ragu ye untuk cuba menDIY mana-mana yang patut. Semuanya tak mustahil selagi kita nak berusaha. Kalau tepek-tepek batu kristal yang sew on pun dah cantik..


Tengok model tudung saya ni..memang macam retis oke. Hahaha..Lain kali jumpa lagi..

Daaa....