Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera
Kalau anda sedang mengawal pemakanan bolehlah mempertimbangkan hidangan ikan kukus ni. Memang resepi yang dikongsi oleh blogger masakan terkenal Che Mat Gebu ni cukup rasanya. Masam, masin dan pedas memang seimbang. Saya juga ada menambah sayuran dalam masakan ni. Senangkan..2 dalam 1. Hehehe...
Sejujurnya saya memang tak suka dan tak akan makan ikan siakap yang dimasak stim atau kukus sebab akan terasa kehanyirannya di tekak saya. Tapi oleh kerana perkongsian resepi yang enak ini, memang akan adalah siaran ulangannya.
Mari lihat resepinya yang akak ambil dari Myresepi...
SIAKAP KUKUS ALA THAI
Sumber: Che Mat Gebu
Oleh: Che'gu Mama
cara-cara:
- 1 ekor ikan siakap (ikan merah/kerapu atau ikan bawal putih pun ok)
- 1/2 camca teh garam
- 1/2 camca teh tepung jagung
- 1/2 camca teh lada sulah
- 3 camca besar jus limau kasturi*
- 1 1/2 camca besar minyak masak*
- 1 1/2 camca teh gula*
- 1/2 camca teh garam*
- 5 - 10 biji cili padi, dihiris*
- 2 batang serai, dihiris halus*
- 1/2 kuntum bunga kantan, dihiris* (saya tak letak)
- 1 helai daun limau purut, dihiris halus*
- 1/2 inci halia muda. dihiris halus*
- 2 ulas bawang putih, dihiris halus*
- 1/2 camca teh tepung jagung*
- 1/2 camca teh serbuk pati ikan bilis atau 1/2 kiub pati ikan bilis maggi*.
- Segenggam cendawan tiram (saya tambah)
- 1/3 batang lobak merah dihiris mancis nipis-nipis (akak tambah)
Cara-cara
- Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya.
- Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos (yang bertanda '*") hingga sebati. Ketepikan.
- Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya. Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih. Lebih kurang 3 minit sebelum api dimatikan, bolehlah di tuang sayuran ke atas ikan. Siap untuk dihidangkan dengan nasi hangat.
- Selok-eloknya dimakan segera selepas proses mengukus.
Pada hari lain, siaran ulangan dengan meletakkan tomato dan lobak bersama ikan yang dikukus..
Yang sudi selamat mencuba. Rugi tak cuba resepi yang sangat enak ini....
No comments:
Post a Comment