Pagi ni saya bersarapan dengan nasi ayam goreng. Haa..jangan terperanjat pulak. Hehe bila dah makan hidangan berat ni jawabnya lambatlah sikit nak ambil nasi untuk slot seterusnya. Memandangkan si kecil meragam sejak malam tadi jadi saya masak siap-siap awal pagi tadi merangkap bekal ke sekolah. Untuk en.suami juga dapatlah bawa bekal nasi goreng ke opis pagi ni.
Untuk memasak nasi ayam goreng mudah ini hanya mengambil masa sekejap sahaja. Saya menggunakan baki nasi ayam yang telah saya masak semalam. Dapatlah lebih kurang 3 cawan. Kalau tak ada nasi ayam kenalah pergi beli dulu nasinya..
Mari semak resepi nasi ayam goreng yang ringkas sahaja penyediaanya ini.
NASI AYAM GORENG MUDAH
Oleh : Che'gu Mama
Bahan - bahan :
3 cawan nasi ayam
3 ulas bawang putih *
3 biji cili padi merah *
1 biji bawang besar didadu
4 sb cili kisar
1 sb sos tiram
1 keping isi ayam goreng yang dihiris nipis
Garam secukup rasa
Cara - cara :
1. Tumbuk bahan * hingga lumat.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang besar dan bahan tumbuk hingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar. Kacau sampai terbit minyak. Masukkan pula sos tiram dan garam. Gaul rata.
4. Masukkan isi ayam. Kacau lagi hingga sebati.
5. Akhir sekali masukkan nasi ayam. Kacau rata dan sedia untuk dihidang kan.
Hidangkan bersama daun salad, hirisan tomato dan timun serta ayam goreng yang telah dipotong-potong. Curahkan sambal lada ke atas ayam goreng tadi.. selamat mencuba....
No comments:
Post a Comment