Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera.
Cara berlauk. Siapa yang tak suka. Kuih pilihan en.suami saya. Kalau ke pasar pasti kuih ni menjadi pilihan beliau. Tapi tau-tau jela bila beli memang tak sempat nak kenyang. RM1 untuk 3 keping kuih yang comel ni rasanya memang tak berbaloi. Bila buat sendiri, boleh dengar en.suami sendawa kekenyangan. Alhamdulillah...
Untuk adunan satu cawan tepung ni dapat menghasilkan lebih kurang 30 keping. Kalau beli di kedai sudah berapa RM?..... hehehe...bila buat sendiri ikut sukala nak letak inti dagingnya banyak mana. Macam kuih saya kat atas tu.
Mari semak resepi mudah yang akak telah sediakan untuk juadah di petang hari buat kami suami isteri je. Anak-anak tak makan kuih yang berlada macam ni.
KUIH CARA BERLAUK
Oleh : che'gu mama
Bahan - bahan inti:
1/2 cawan daging kisar - saya guna daging cincang jenama Ramlee
3 biji bawang kecil *
2 ulas bawang putih *
Seinci halia *
1 1/2 sb serbuk kari daging - saya guna rempah kari Babas
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukupnya
2 sb air masak
Bahan - bahan adunan tepung:
1 cawan tepung gandum
Sebiji telur
2 titik pewarna kuning
4 sb santan kotak
2 sb minyak jagung
Air secukupnya
Cara - cara:
1. Tumbuk bahan bertanda * hingga lumat. Panaskan sedikit minyak dalam kuali tak lekat. Masukkan bahan tumbuk dan tumis hingga naik bau.
2. Masukkan pula serbuk kari. Tambah 2 sudu air jika rempah. Kecilkan api. Kacau hingga terbit minyak.
3. Masukkan daging dan kacau lagi hingga masak sempurna.
4. Angkat dan sejukkan sebentar. Sementara itu kita satukan tepung, telur, pewarna kuning, minyak jagung dan santan dalam mangkuk.
5. Tuang air kedalam adunan sedikit-sedikit. Kacau hingga sebati. Adunan biarlah cair sedikit. Boleh juga dikisar sebentar menggunakan blender.
6. Masukkan bancuhan adunan tadi ke dalam teko atau bekas bermuncung supaya senang untuk kita menuangnya ke dalam acuan nanti.
7. Panaskan acuan dengan api yang kecil. Oleskan sedikit minyak ke dalam acuan dengan menggunakan daun pandan yang diikat pada bahagian atasnya dan digunting sedikit bahagian bawahnya.
8. Tuang 1/3 bancuhan tepung ke dalam acuan. Letak 1/3 inti daging. Terpulang nak letak banyak mana. Taburkan daun sup. Akhir sekali letak sekeping hirisan lada merah ke atasnya. Tekan sedikit supaya tidak tertanggal. Tutup acuan dengan tutup periuk.
9. Angkat kuih dengan menggunakan lidi. Dengan lidi yang sama kita boleh periksa kuih sedia masak dengan mencucuk di bahagian tengahnya. Sekiranya lidi keluar bersih dan licin, dah masakla tu.
Sedia dihidang..
Saya selalu bertanya kepada mak kenapa mesti nak letak hirisan cili merah di atasnya? Jawapan mak supaya kuih kita kelihatan lebih menarik. Tak percaya cuba tengok gambar di bawah ini. Sebahagian dengan hirisan lada merah dan sebahagian lagi dengan hirisan lada hijau sahaja.. Sebelum itu, kepada yang sudi selamat mencuba......♡♡
No comments:
Post a Comment