Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera
Petang tadi hujan turun agak lebat. Perut mula berkeroncong. Saya buka peti ais cari apa yang ada untuk dijadikan juadah minum petang. Keladi yang emak saya beri masih berbaki sebiji setengah lagi. Saya jerang air dulu, kemudian barulah menyediakan bahan-bahan untuk menggoreng keladi tersebut.
Bila makan keladi goreng begini memang teringat sangat kenangan semasa zaman kanak-kanak dulu. Inilah juadah sarapan pagi kami. Pokok keladi memang abah tanam di sekeliling rumah kami. Belum termasuk yang ditanam di kebun di belakang rumah.
Abah memang pencinta keladi. Bila dah berumur ni, abah memang mengamalkan berpuasa sunat setiap hari Isnin dan Khamis. Antara juadah iftar beliau cukup sekadar keladi rebus, keladi goreng atau pengat keladi. Kadang-kadang saya pernah terfikir tidak jemukah beliau dengan hidangan yang sama?

Dalam keadaan cuaca yang sejuk begini, memang sesuailah hidangan seperti ini sebagai pengalas perut. Dapat pula menghirup kopi panas...aduh terpejam mata seketika. Sebagai anak jati Daerah Muar, memang dah terbiasa dengan kopi 434.
Bermula dengan kopi timbang, kini telah melangkah maju. Kopi 434 boleh didapati di pasaraya-pasaraya besar dalam bentuk paket yang lebih mudah untuk membancuhnya. Tak perlu lagi guna penapis. Hanya masukkan dua uncang kopi-O 434 ke dalam teko, tuangkan air panas mendidih separuh bekas, masukkan 3 sudu besar gula dah sedia untuk dinikmati.

Bila minum air panas-panas, teringat lagi kisah sewaktu kecil dulu, bila bertandang ke rumah saudara mara, apabila dihidangkan dengan air panas, emak akan tuang sedikit ke dalam piring pengalas cawan tersebut. Rasional perbuatan tersebut supaya air panas cepat sejuk. Lebih sopan daripada asyik meniup dibibir cawan..tapi sekarang, hampir tiada lagi budaya tersebut terlihat di mana-mana. saya sendiri tidak pernah mengajar anak akak berbuat demikian.
Asyik teringat sahaja, bila pula nak kongsi resepinya pula? Hehehe..okeylah mari kita semak resepi yang sangat mudah ini.
KELADI GORENG
Oleh: che'gu mama
Bahan-bahan:
Sebuku keladi - dibuang kulit dan dihiris nipis-nipis.
1cawan tepung beras
1biji telur
1sk ketumbar
3 ulas bawang putih
2 sk serbuk kunyit
1 sk garam
Air secukupnya
Cara-cara:
Bahan-bahan:
Sebuku keladi - dibuang kulit dan dihiris nipis-nipis.
1cawan tepung beras
1biji telur
1sk ketumbar
3 ulas bawang putih
2 sk serbuk kunyit
1 sk garam
Air secukupnya
Cara-cara:
- Bersihkan keladi. Hiris dahulu baru dibasuh supaya tak licin.
- Tumbuk ketumbar biji, garam dan bawang putih hingga halus.
- Masukkan bahan tumbuk, serbuk kunyit dan telur yang dikocok sedikit ke dalam adunan tepung.
- Tuang air sedikit-sedikit dan kacau adunan hingga sebati. Adunan tepung tidak terlalu pekat atau cair.
- Panaskan minyak dalam kuali. Celup keladi ke dalam adunan tepung tadi dan digoreng hingga keemasan. Angkat dan toskan atas tisu dapur.
Sedia dihidang. Makan dengan sambal kicap. Memang terangkat la jawabnya. Kepada yang sudi selamat mencuba..
No comments:
Post a Comment