Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera
Hari ni saya nak kongsi satu lagi resepi yang menjadi kegemaran kami sekeluarga iaitu udang goreng tepung. Kalau makan di kedai maunya RM20-30 jugak harganya.Apatah lagi sekarang ni harga pasaran udang di pasar sudahpun mencecah RM36 per kg.
Waah...gigit jari le nampaknya nak makan kat luar. Tapi hendak seribu daya..
Saya lebih suka membeli udang di pasar basah di Taman U ni. Selain segar, kita boleh pilih sendiri udang-udang yang nak dibeli. Teringat pernah sekali dulu akak beli udang di sebuah mart di Tampoi.. Kalau tak silap waktu tu harga udang RM18 per kg. tu pun da kira saiz L. saya beli 1 kg. "Tak boleh pilih." Kata penjual di kedai tersebut sambil mengaut masuk udang ke dalam plastik. Tapi bila tiba dirumah, memang kecewa sangat. Nak siang pun tak bersemangat. Sebabnya hanya ada 5 ekor je udang bersaiz L. Yang lain-lain saiz kecik-kecik. "owh...tipah tertipu bang.."

Okey jom kita semak resepi yang ringkas dan InsyaAllah menjadi kegemaran ahli keluarga.
Udang Goreng Tepung
Oleh: Che'gu Mama
Bahan perapan udang
300 gm udang saiz L
2 sk serbuk lada hitam
1/2 sk garam
Cara-cara:
- Udang dibersihkan. Buang kulit tinggalkan kulit bahagian ekor sahaja.
- Toskan kering-kering. Perap dengan bahan di atas selama 20 minit.
Bahan tepung :
1 cawan tepung naik sendiri
2sk serbuk lada hitam
1/2 ketul kiub ikan bilis di hancurkan
air secukupnya
cara-cara:
- Panaskan minyak.
- Campurkan semua bahan dalam mangkuk. Masukkan air. Adunan jangan terlalu cair ye. Nanti bila masak dia tak berapa gebas gebus.
- Celup udang ke dalam adunan dan masukkan ke dalam kuali. Masukkan satu persatu ye.
- Goreng hingga kekuningan.
- Sedia diangkat dan toskan minyak di atas kertas tisu dapur.
Hidangkan bersama sos pilihan. Bestkan? Kepada yang sudi selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment