Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera
Agak lama saya nak menyiapkan baju ni dek kerana kekangan masa dan kesihatan yang tak mengizinkan untuk menyiapkan dalam masa yang singkat. Sebenarnya saya lebih suka kalau customer akak letakkan due date daripada .. "alah siapkan bila-bila pun tak pe. Belum nak pakai lagi.."
Jawabnya memang berkurun la saya nak siapkan. Ampun ye customer ku sayang...
Sayasuka dengan material kain dan gabungan warna coraknya. Cantik dan manis sekali. Owh..daku hanya mampu melihat baju-baju customer ku yang sangat vouge gitu..
Selain menjahit manik blooming deena di bahagian lengan saya juga telah diminta untuk meperincikan motif bunga di bahagian hadapan baju. Ada yang bertanya kenapa deena? owh.. sempena nama anak saya yang kedua. Irdina..Masa baby dulu dia sangat comel dan gebu. Jadi terhasillah nama blooming deena tu..huhuhu..
Nasihat saya, menjahitlah dengan ikhlas dan sentiasa rasa seolah kita menjahit atas baju kita sendiri. Oleh itu kita akan hasilkan jahitan yang kemas dan cantik pada pandangan mata....
Jumpa lagi...
No comments:
Post a Comment