Assalammualaikum Wbt dan selamat sejahtera
Menjahit manik pada lace nampak macam kerja mudah. Tetapi boleh tertusuk jarum ke jari kalau tak berhati-hati. Kadang-kadang kita terpaksa buka semula jahitan yang telah siap bila lihat kejadiannya menyakitkan mata. Belum lagi masuk bab jarum patah sewaktu menjahit. Tambah sakit hati bila benang bersimpul. Tapi itulah cabaran menjahit manik ni. Belum lagi faktor halangan luaran. Contohnya, gangguan anak kecil, kerja - kerja hakiki dan lain-lain.
Sebenarnya kos menjahit lace agak mahal kerana harga lace juga ada
pelbagai. Jika mahukan lace seperti di dalam gambar ni harganya mencapai
RM30 ++ per meter. Untuk menjahit pada kedua belah tangan cukup 3/4
meter lace. Jika perlukan tambahan hingga ke bawah baju seperti ini saya menggunakan hingga 2 meter lace. Harga belum termasuk manik dan upah jahit. Beaders yang memang dah lama dalam bidang ni tahulah berapa harga upahnya.
Bagi adik-adik yang baru nak berjinak-jinak dalam bidang jahitan manik ni, kena rajin buat kira-kira sendiri. Biarlah harga yang diletak berbaloi dengan kudrat kita menjahit, memilih sebiji demi sebiji manik yang kecil-kecil tu dan masa yang diperuntukan untuk menyiapkan satu-satu baju. Jangan ambil hati kalau ada pelanggan yang merungut harga yang diletakkan mahal. Jelaskan SOP kita dalam menyiapkan kerja-kerja manik ni..Paling penting pastikan kualiti jahitan setimpal dengan harga ye..
Saya pun tak berapa pandai, tapi berdasarkan pengalaman yang telah saya kutip sepanjang hampir lapan tahun menjahit manik. Sekarang ni dalam proses memperlahankan aktiviti menjahit ni bagi menumpukan agenda yang lebih penting. Agenda apakah?? biarlah rahsia...hehehe..
Hingga jumpa lagi..
No comments:
Post a Comment