Makan APA malam ni? Saya macam biasa masak yang ringkas-ringkas sahaja. Maklumlah bila balik dari sekolah memang badan letih ya ampun....
Kadang-kadang memang tak lalu dah nak makan.
Sejak akhir-akhir ni tekak saya asik nak makan udang je. Udang yang saya beli di pasar masih berbaki. Sebab udang ni agak kasar memang sedapla masak begini. Dapat hirup sekali manis kuahnya. Ermm memang enak..
Saya anggap masakan begini masakan ringkas sebab dalam sejam saya dapat masak beberapa jenis lauk sampingan yang lain. Balik dari latihan sukan, singgah pasar sekejap, kemudian sampai rumah dan mula bersilat di dapur sebelum kembali ke sekolah semula sebelum jam 12.30 tengah hari. Memang inilah rutin kami...
Oke tak nak bebel lagi jom kita tengok resepinya.
UDANG MASAK LEMAK DENGAN KOBIS
Oleh: Che'gu Mama
Bahan-bahan:
- 30 ekor udang saiz l
- 1/3 buku kobis China - dihiris ikut suka
- Sebiji lada merah - dihiris serong-serong
- Sebiji lada hijau - dihiris serong-serong
- 250ml Santan kotak ( saya pakai santan kara)
- 2 helai daun kunyit di simpul
- Sebatang serai di ketuk
- 1 keping asam keping
- Garam secukup rasa
Bahan kisar:
- 10 biji cili padi kampung - boleh lebihkan jika suka pedas.
- 1/2 inci halia
- 1/2 inci kunyit hidup
- 2 ulas bawang putih
- 1 cawan air
Cara-cara:
- Kisar bahan kisar sampai lumat. Masukkan dalam periuk.
- Masukkan kobis, serai dan daun kunyit. Masak hingga mendidih.
- Masukkan pula santan, asam keping, lada merah dan lada hijau. kacau sentiasa kemudian masukkan udang dan akhir sekali perasakan garam.
- Siap dan sedia untuk dihidang.
Memang wangi bau kuahnya dengan aroma daun kunyit. Boleh juga digantikan sayur kobis dengan kacang panjang ataupun nenas. Ermm... Makan dengan nasi panas-panas berlaukkan ikan Masin. Wallah......
Kepada yang sudi selamat mencuba......
Jumpa lagi