Sunday, 24 November 2013

NASI AYAM SOOO SEDAP SOOO MUDAH

Assalammualaikum wbt...dan selamat sejahtera


Seperti dijanjikan pada n3 yang lepas saya akan memasukkan resepi nasi ayam yang mudah dan sedap (pada tekak kami sekeluarga la kan.. )sebab en. suami memang  penggemar nasi ayam dan agak cerewet bab nasi ayam ni pun cakap sedap..huhuhu...(masuk lif tekan sendiri..) 

Dalam gambar di atas merupakan gambar   nasi ayam yang saya masak bersama ayam goreng berempah. Untuk resepi boleh intai di sini  ye..

Dulu masa dekat kampung memang tak pernah terdedah dengan nasi ayam ni. Emak  memang tak pernah masak nasi ayam. So, saya pun tak berapa pandai nak merasa nasi ayam yang sedap. Berbeza dengan en.suami dari kecil asyik makan nasi ayam. Jadi lidah dia agak peka dengan rasa nasi ayam. 

Oleh itu,  setelah saya  bereksperimen sana sini maka terhasillah nasi ayam yang sedap dan mudah cara penyediaannya. Saya dah buat beberapa kali. Yang penting suami  dan anak-anak  suka.   Banyak kali  GAGAL sebenarnya... Jom kita intai resepinya seperti di bawah ni..

 nasi ayam soo sedap soo mudah
 Ole: Che'gu Mama

Ayam
  • seekor ayam dipotong empat ( saya guna ayam yang dah siap dipotong lebih kurang 6 ketul )
  • 2 inci halia
  • air secukupnya
  • 2 sb serbuk kunyit
  • garam secukupnya

Cara-cara
1. rebus ayam bersama air dan halia dalam periuk. Sukatan air hendaklah melebihi paras ayam. banyak pun tak apa sebab kita perlukan stok ayam untuk masak nasi, sup dan kuah sambal. 
2. Tutup api bila ayam dah empuk. Jangan lama sangat nanti isi ayam tertanggal dari tulang. Dah tak cantik ayamnya..berdasarkan pengalaman la kan
3. Angkat ayam dan toskan. Bila dah agak suam lumur dengan serbuk kunyit dan garam dan goreng seperti biasa. Api kecil dan masak dengan minyak yang banyak. Tak perlu goreng terlalu lama sebab ayam memang dah masak.

 Nasi
  • 3 cawan beras di basuh bersih dan ditoskan.
  • *5 ulas bawang putih 
  • *3 biji bawang kecil 
  • *2 inci halia
  • (* diblend )
  • 4 cawan stok ayam
  • 2 sb marjerin
  • 1 ketul kiub ayam
  • 3 helai daun pandan disimpul 

Cara-cara
1. Cairkan marjerin dalam periuk. kemudian masukkan bahan blend dan tumis sampai naik bau. Kemudian masukkan pula daun pandan.  Pada ketika ini aromanya sangat mengancam ye..sehingga anak sayasyang  sedang bermain dengan tab pun boleh berlari ke dapur dan tanya mama masak apa...sebab harum baunya...keh keh keh
2. Masukkan stok ayam dan kiub ayam. Tutup periuk dan tunggu sehingga  mendidih.  
3. Masukkan pula beras yang dah siap dibasuh tadi serta kacau lebih kurang. 
4. Masak seperti biasa. Kurangkan mengacau nasi nanti berasnya akan patah dan tak cantik.

Sup
  • *4 Ulas bawang  putih 
  • *2 biji bawang kecil 
  • *1 inci halia
  • (*diblend)
  • 1/2 ketul kiub ayam ( tak letak)
  • 1sk rempah sup  ( tak letak)
  • garam secukup rasa
  • sedikit daun bawang dan daun sup yang telah dihiris
  • sedikit bawang goreng 

Cara-cara
1. Tumis bahan blend dengan sedikit minyak hingga naik bau. kemudian masukkan 4 cawan stok ayam. masukkan kiub ayam sekali dan kacau hingga kuah mendidih. tambah garam kalau rasa belum ummphh..
2. Hidangkan dengan hirisan daun bawang dan daun sup bersama bawang goreng yang dibuat sendiri..Aroma bawang goreng yang dimasak sendiri memang mengancam sampaikan en.somi meratah bawang goreng pulak. Saya memang kurang gemar bawang goreng yang ready made tu..

** Sup ni boleh juga dimasukkan kentang dan lobak mengikut citarasa masing-masing. akak tak letak rempah 4 sekawan sebab nakkan rasa sup yang sedang-sedang sahaja..

Sambal 
  • *8 biji lada merah 
  • *5 biji cili padi merah cameron highland (sila abaikan kalau tak suka pedas) tak letak sebab tak ada stok
  • *5 ulas bawang putih
  • *2 ulas bawang kecil 
  • *seinci halia
  • (semua bahan * diblend dengan sedikit air)
  • sesenduk stok ayam
  • 1 sb gula pasir
  • garam secukup rasa
  • 2 sb sos thai

Cara-cara
1. Masak bahan blend dengan stok ayam hingga mendidih. 
2. Masukkan gula dan garam. tutup api dan tuang ke dalam bekas. 
3. Masukkan sos thai dan kacau rata.  Rasakan sedikit. Tambahla mana yang perlu mengikut citarasa masing-masing ye..

Nota kaki: nampak tak banyak bahan bertanda * dan perlu diblend jangan jadi macam saya dulu-dulu blend satu-satu memang la berejam tak siap masak. So saya bagi tips supaya blend sekaligus semua bahan tumis nasi, sup dan sambal. Kemudian barula agak-agak berapa sudu yang perlu digunakan untuk menumis.

Hidangkan dengan hirisan timun dan tomato serta daun salad yang telah dibasuh bersih. Saya pernah juga masak Nasi Ayam Cajun dan Nasi ayam madu. Resepi nasi, sup dan sambal sama. Cuma Bahan perapan ayam sahaja yang berlainan. Nanti kalau ada kesempatan saya akan update pula resepi yang lain-lain tu ye..

kepada yang sudi selamat mencuba saya ucapkan. Kepada rakan-rakan guru di luar sana selamat bercuti sambil menyiapkan tugasan tahun 2014 ye...banyak betul keje kita masa cuti ni kan...huhuhu...

Tahun hadapan johor bercuti jumaat dan sabtu. Alhamdulillah....
Semoga Allah merahmati negeriku...






No comments:

Post a Comment