Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera
Selamat hari Isnin semua.. Dah sarapan? hehe...dah nak masuk lunch pun kan..bila tinggal bertiga je ni saya lebih suka masak yang simple-simple aje..Masak "branch" terus brakfast + lunch. Senang tak payah masak dua tiga kali... yang sebenarnya dilanda penyakit M la ni..
Pernah guna pemanggang ajaib jenama IKAN ni? sangat fofular okeh..tak kiralah apa jenama pun janji fungsinya sama. Menjadikan kita pandai membuat magik di dapur..huhuhu..
Selalu saya gunakan periuk ajaib ini untuk membakar ikan atau ayam. Tapi kali ni saya gunakan untuk memasak kuih bingka durian pula. Memang magik dan mudah untuk diselenggara. Jom kita tengok resepi kuih bakar yang magik ni...saya juga ada berkongsi resepi BINGKA CEMPEDAK di sini
Terima kasih kepada Che Mat Gebu dengan resepinya yang mabeles ni...memang sedap dan yang paling best semasa membakar tu harum je baunya. tapi saya rasa adunan CMG ni mungkin utk pannya yang besar sedikit daripada periuk ajaib saya sebabnya bila adunan mula mengembang, pan saya terbuka sendiri. so next time saya akak adjust sukatan nya supaya ngam2 dalam pan tu..
Terima kasih kepada Che Mat Gebu dengan resepinya yang mabeles ni...memang sedap dan yang paling best semasa membakar tu harum je baunya. tapi saya rasa adunan CMG ni mungkin utk pannya yang besar sedikit daripada periuk ajaib saya sebabnya bila adunan mula mengembang, pan saya terbuka sendiri. so next time saya akak adjust sukatan nya supaya ngam2 dalam pan tu..
Kuih bakar
Resepi asal : che mat gebu
Diolah dan diubahsuai : Che'gu Mama
Bahan-bahan
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan gula
- 2 cawan santan
- 1 cawan air*
- 6 helai daun pandan, potong kecil*(*kisar dan tapis jusnya) - ini saya skip sebab nak buat yang original je
- 2 biji telur gred A
- Sedikit garam
- 3 - 4 ulas durian, ambil isinya - saya letak 6 ulas
- 2 camca besar mentega, cair dan sejukkan (yang ni mat tambah) - tak letak
- Sedikit pewarna makanan hijau epal - saya letak sedikit pewarna kuning telur
- Sebagai hiasan- sedikit bijan jika suka ( saya tak letak sebab tak ada stok ganti dengan badan hancur..boleh gitew???..)
Cara-Cara
- Satukan telur dengan gula, kacau hingga gula hancur. Masukkan santan dan jus pandan, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Masukkan sedikit garam dan pewarna hijau. Gaul rata dan tapis adunan tadi.
- Isi durian dilecek hingga halus, masukkan ke dalam bancuhan bersama mentega cair. Kacau rata dan tuang dalam kuali ajaib yang telah dipanaskan atas dapur menggunakan api kecil (panaskan dalam 5 minit). Kemudian tutup kuali tadi.( akak lengserkan permukaan pan dengan sedikit marjerin )
- Bakar dengan api kecil selama 40 - 45 minit, bergantung pada anda, jika suka kerak lebih tebal, boleh lamakan sikit waktu membakar. Selepas 20 minit, terbalikkan kuali dan bakar lagi. Bila kuih masak, keluarkan dari kuali dan sejukkan sebelum dipotong...
- KAEDAH LAIN :- Anda boleh bakar dalam tin 8 inci x 8 inci yang dialas dengan aluminium foil dan disapu sedikit mentega. Panaskan tin dalam oven 5 minit, kemudian tuang adunan kuih dan bakar selamat 50 minit hingga 1 jam atau hingga masak degan suhu 200C, kalau suka boleh tabur bijan atasnya. Untuk mendapat permukaan kuih yang perang, tukar setting oven anda pada fungsi "GRILL" dan bakar hingga permukaan kuih perang.....
TIPS:untuk dapatkan potongan kuih yang cantik sila guna pisau plastik..
Kepada yang sudi selamat mencuba....
No comments:
Post a Comment