Assalammualaikum WBT dan selamat sejahtera.
Jumpa lagi..kali ni saya nak berkongsi resepi hidangan sotong yang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Senang memasaknya. Campak-campak sahaja. Dah sedia untuk dihidang dan dinikmati dengan nasi panas-panas.
Kalau tak nak makan dengan nasi, boleh je dicicah dengan roti. Masakan begini memang pilihan sewaktu bulan ramadhan kerana ringkas dan mudah.
Marilah kita semak resepi keluarga jawa yang dah kacuk dengan bugis ni..hikhikhik...
SOTONG MASAK UNGKEP STAIL JAWA.
Oleh : Che'gu Mama
Bahan - bahan :
6 ekor sotong saiz sederhana - bersihkan dan potong ikut suka.
10 biji cili padi*
1 biji lada merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 biji bawang besar*
1 inci halia*
1 sk ketumbar biji*
1 sk jintan halus*
1 sk jintan kasar*
2 batang serai diketuk
1/2 sk serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Cara - cara :
1. Kisar bahan bertanda * hingga lumat.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan blend, serbuk kunyit dan serai hingga terbit minyak dan kering sedikit. Sentiasa kacau supaya tak hangit.
3. Masukkan sotong tadi dan gaul rata. Tak perlu tambah air sebab sotong itu sendiri akan mengeluarkan air.
4. Rasakan dengan garam. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Senang je kan... kepada yang sudi, selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment