Assalammualaikum w.b.t dan selamat sejahtera
Bersemangat saya berpuasa enam tahun ni sebab tahun lepas tak berpeluang langsung dek dalam pantang..Seksanya tahun lepas nak mengganti puasa sebanyak 27 hari dek cuti bersalin. Amek kaw!!!... Dalam sendu2 jugakla saya menghabiskan baki2 puasa. Empat tahun lepas pun begini juga...hehe salah timing. Lain kali kena plan projek cantik2...;-)
Memandangkn saya bersama anak-anak. Maka berbuka ala kadar jela...janji ada makanan untuk dimakan. Saya memang dari kecik2 memang simple je bab berbuka puasa ni. Tak yah nak berlauk bagai hokkey...
Macam biasa plan apa yang anak2 boleh makan...mula2 blur jugak mau masak ape. Saya bukak fridge tenung lelama...amenda aku nak mkn ni ek..(org johor cakap kengkadang mesti ada ek kt blkg. Kadang2 je tau) Di kampung saya tengah musim dian (durian). Jadi masa balik kampung beraya ari tu dapatla saya merasa buah dian peberet saya dan en.suami. Anak saya yang sulung si kakak tu pun kemain menjilat jari makan buah dian.
Ada belen sikit saya buatla kuah dian yang sedap ni.. nak lawan (makan) dengan roti pun bole. Tapi takda stock roti. Jadi saya bedal aje dengan lempeng..
Resepi kuah durian dan lempeng
Oleh: Che'gu Mama
Bahan-bahan:
- Durian sebiji (Keluarkan isinya)
- 700 ml Santan (saya guna 400ml santan kotak + 300 ml air)
- 2 ketul gula nesan
- 5 sb gula pasir
- 1/2 cawan air
- 2 helai daun pandan disimpul
- Secubit garam
Cara2:
- Masukkan gula nesan, air , gula pasir dan daun pandan dalam satu periuk. Masak sampai gula mencair Ketepikan.
- Dalam periuk yang lain masukkn isi durian ,santan dan air gula yang telah dimasak tadi. Sila pastikan air gula yang kita masak tadi ditapis terlebih dahulu ye..Masak dalam api yang sederhana. Tambah garam untuk bagi rasa lemak pada kuah durian ni. kacau selalu sampai kuah pekat sedikit. Boleh tambah gula kalau kurang manis. Tutup api.
- Dah siap
Resepi lempeng pun nak tepek jugak ke...kot ada yang baru nak turun ke dapur meh la tengok resepi kat bawah ni
Resepi lempeng
Oleh: Che'gu Mama
Bahan-bahan:
- Secawan tepung gandum
- Secawan air
- Secubit garam
Cara2:
- Masukkan tepung gandum dan garam dalam mangkuk. Kemudian tuang air sedikit dulu.
- Kacau menggunakan hand wisk sampai adunan licin. Takda ketul2 lagi. Masukkan air lagi dan kacau hingga sebati. Adunan jangan terlalu cair dan terlalu pekat ye
- Panaskan non stick pan. Api kecil. Tuang setitik dua minyak. Bila pan dah panas baru masukkan sesenduk adunan tadi. Ratakan menggunakan bahagian belakang senduk.
- Ada orang suka makan lempeng garing2. Ada orang pulak suka makan basah2 sikit. Jadi terpulang pada citarasa memasing ye. Ada jugak kadang2 saya taruk oats sikit..
Selamat mencuba kepada yang sudi...
Nota kaki: n3 kali ni saya guna dialek orang muo..sila jangan guna jika anda buat rujukan untuk latihan penulisan..hihihi
No comments:
Post a Comment