Bersiaran lagi hari ni..bila cuti sekolah dapatla saya menulis beberapa n3. Kalau tak, harapan tinggal harapan jela.. Hari ni saya masak very the simple...(sila baca stail abby fana)keh..keh keh..maklumla en.suami outstation lagi..masak ape yang anak-anak dan mak budak boleh makan..kalau en.suami ada kenalah ikut selera dia.
Apa-apapun terima kasih untuk bonda tercinta sbb buatkan tempoyak untuk saya sempena cuti raya ni..dalam keluarga saya cuma tiga orang je yang berselera mengadap tempoyak ni..yang lain2 stok tutup hidung punyalah..
Saya pun mula2 belajar makan tempoyak semasa belajar di shah alam dulu. Makan kat seksyen 2. Amik nasi , ikan keli bakar dengan sambal tempoyak dan sedikit ulam..wallahh!!!!..dulu amik lauk macam ni baru RM3. Sekarang saya tak taula berapa ke reganya..rindu pulak zaman belajar di shah alam..kalau poket tengah kering gamaknya makan jela nasi lemak pagi sampai ke malam. Punyala banyak nasinya tapi baru rm1.20 nyum..nyum...
Dapat pulak nasi panas2kan..memang mantop..tapi hari ni saya makan tengah hari berlaukkan ayam goreng dan sayur sup kentang. Betul tak saya tulis tadi simple je. Bak kata orang tempat saya masak cemplong2 aje..Anak-anak pun boleh makan skali. Meh tengok resepi sambal tempoyak dan sup kentang ni.
Nota kaki: (Sila ambil perhatian ye saya masak ni untuk sorang makan. Boleh didouble atau ditriple kan kalau nak makan seisi keluarga).
Resepi sambal tempoyak (mentah)
Oleh: Che'gu Mama
Bahan-bahan:
- 10 biji cili padi kampung (campur merah/hijau)
- 20 ekor ikan bilis ( buang kepala dan perut) rendam sekejap
- 3 sb tempoyak
- Garam / gula secukupnya
Cara2:
1) Tumbuk cili padi dan ikan bilis. Masukkan bahan tumbuk dalam bekas kemudian campurkan tempoyak. Gaul sampai sebati. Tambah garam / gula ikut citarasa tekak memasing ye..dah siap. Senang je kan..
Sekarang tengok pula resepi sup kentang yang cemplong-cemplong je ni..
Resepi sup kentang
Oleh :Che'gu Mama
Bahan-bahan:
- 2 biji kentang saiz sederhana (potong lapan)
- Sebiji bawang kecik -hiris nipis
- Seulas bawang putih -hiris nipis
- Sedikit soon, tauhu kering -direndam sekejap
- 1/2 buku kiub ayam/ikan bilis
- Semangkuk air
- Sesudu minyak
Cara2:
1) Tumis bebawang sampai naik bau. Masukkan air dan kiub ikan bilis.
2) Masukkan kentang. Renehkan sup sampai kentang agak empuk. Boleh tambah air kalau kuah tinggal sedikit.
3) Akhir sekali masukkan soon dan tauhu kering. Kacau2 kebih kurang dan terus tutup api.
4) Masakan ni saya tak letak garam sbb kiub ikan bilis pun da masin.
Nota kaki : boleh juga diletakkan kincam yang telah direndam dulu . Jangan masukkan air kincam nanti dikhuatiri akan menyebabkan kuah sup agak pahit. Nak tambah fish ball pun boleh. Nak campur telur pun boleh. Campak2 jek..
Yang sudi selamat mencuba....
Inche somi makan ke tempyak tu....? he hee...santek pinggan hidang...
ReplyDelete