Salah satu hidangan sayur yang mudah disediakan. Bila nak masak sayur taugeh ni, kena pastikan semua bahan- bahan dah tersedia bagi memastikan taugeh rangup je bila dimakan. Krup krap krup krap ....
Taugeh goreng dengan udang
Oleh: che gu mama
Bahan-bahan:
- Semangkuk taugeh ( buang akar dan kepala hitamnya kemudian basuh dan toskan)
- 7 ekor udang saiz xl (buang kulit, nak potong dua pun boleh)
- Sebiji tauhu (potong tiga, digoreng sebentar kemudian hiris)
- 4 batang daun kuchai dipotong
- Sebiji lada merah (hiris serong-serong)
- Sebiji lada hijau (hiris serong-serong)
- 2 biji bawang merah (hiris)
- Seulas bawang putih (hiris)
- 1/3 ketul kiub ikan bilis
- Sesudu sos tiram
Cara-cara:
- Tumis bawang, bila dah naik bau masukkan kiub ikan bilis dan tauhu.
- Masukkan udang dan hirisan lada. Jangan masak lama-lama nanti udang keras
- Masukkan taugeh dan sos tiram. Kacau rata.
- Akhir sekali masukkan daun kuchai kacau rata tutup api dan terus angkat dari kuali. Sedia dihidang.
Tak perlu masukkan air sebab memang kita nak taugeh ni kekal rangup. Yang sudi selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment