Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera
Hari ni saya nak share pada readers jubah emak saya yang telah saya highlight (naik seri) ringkas sahaja di bahagian lengan.
Emak saya memang simple aje orangnya dan malu nak pakai baju yang bermanik sarat. Maklumlah emak pakai baju2 kurung tu waktu pergi yasinan saban hujung minggu. Rugi bermanik sakan nanti baju tu duduk dalam gobok je..(gobok=almari hehehe.. ) Kalau saya memanik baju emak, saya akan buat design yang ringkas-ringkas sahaja.
Saya sendiri pun sebenarnya ada beberapa helai sahaja baju yang bermanik. Tapi tidakla sarat sangat. Suka tengok manik yang cantik dan meletopss pada baju orang lain tapi diri sendiri biasa2 sahaja..biasa tak ayat tu...
Untuk menyiapkan manik di lengan jubah ni hanya mengambil masa lebih kurang sejam. (Tak termasuk gangguan sikecik..) Cuma jarum yang saya guna terpatah dua kali dek kerana sulam pada jubah agak tebal juga.. Beaders pun fahamlakan bila tengah menjahit jarum pulak patah. Itu belum lagi jari tercucuk jarum. Banyak dugaan sebenarnya meng'highlights' manik atas sulam ni..
Pada bahagian dada juga terdapat sulaman. Tapi emak tak mahu dimanik sebab ianya akan tersorok di bahagian belakang tudung yang dipakainya. Saya ikutla mana2 kehendak emak dan inilah hasilnya.
Selamat menjamu mata dengan hasil keras tangan saya ni ye..
Jumpa lagi
No comments:
Post a Comment