Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera
Dah makan? Nak masak ape ye....kali ini saya nak kongsikan satu resepi yang sinonim dengan orang Johor iaitu asam pedas. Boleh dikatakan masakan wajibla. Seminggu sekali mesti nak makan asam pedas kan..ada orang suka makan asam pedas bersama kicap masin macam en.suami saya. Tapi saya lebih suka kicap lemak manis.
Bila makan asam pedas mesti nak cari telur masin atau ayam goreng bersama sayur kacang panjang atau kobis. Memang itulah regu untuk hidangan ni...
Saya suka asam pedas ikan pari, ikan parang, ikan tenggiri dan ikan kembung..Ada jugak asam pedas ayam dan asam pedas tetel
Banyak versi juga cara memasak asam pedas ni. Apa yang penting ialah kuahnya mestilah seimbang dari segi rasa pedas dan masamnya. Pekat atau cair kuahnya tepuk dada tanya selera. Resepi asam pedas ni memang yang asas tidak seperti asam pedas stail orang Melaka yang ada campuran rempah ratus yang lain.
Saya kongsikan versi ekspres yang selalu saya buat sebagai bekal ke sekolah.
Asam pedas ikan kembung
Oleh: che'gu mama
Bahan-bahan (2-3 orang makan)
- 5 ekor ikan kembung
- *15 tangkai cili kering dipotong serong-serong dan direbus sebentar.
- *1 biji bawang besar
- *3 ulas bawang putih
- *Seinci halia
- *Seinci kunyit hidup
- *Seinci belacan melaka
- (* diblend )
- Dua biji tomato dibelah dua *option lain: sayur bendi / terung / bunga kantan / daun kesum
- Garam secukup rasa
- 1 sk asam jawa extra adabi
Cara-cara
1. Panaskan sesenduk minyak di dalam periuk. Emak pernah berpesan bila nak asam pedas minyaknya biar lebih. Nanti bila dah siap lebihan minyak boleh dibuang.
2. Tumis bahan blend hingga tua. Api sedang dan sentiasa kacau supaya tak berkerak.
3. Bila dah terbit minyak dan telah tua, masukkan sedikit air dari lebihan blender tadi. Tak lah membazir kan.. terpulang pada citarasa kita kalau suka kuah yang pekat letak air lebih begitu juga sebaliknya. Masukkan juga asam jawa ekstra.
4. Bila kuah dah mendidih sekali lagi baru masukkan ikan. Tak perlu beria sangat mengacau kuah ye. Cuma kocak-kocak je. Sebab kalau terlebih kacau nanti isi ikan akan hancur.
5. Masukkan sayuran yang lain. Rasakan masam masinnya. Dah boleh tutup api
Yang ni gambar yang emak saya masak semasa kami balik ke kampung baru-baru ni..
(Sedap sangat air tangan emak...)
No comments:
Post a Comment