Sunday, 30 June 2013

JUADAH UNTUK JIRAN-JIRAN

Assalamualaikum wbt.. dan selamat sejahtera

Seperti yang telah saya  niat sebelum ni sebaik sahaja saya sembuh dari demam denggi saya nak masak-masak sikit untuk diagih-agihkan kepada jiran-jiran sebagai tanda syukur...

Saya ni tak lah pandai sangat masak tapi bolehlah sekadar untuk santapan en.hubby dan anak-anak..huhuhu..so, ni jelah yang dapat saya kongsikan dengan jiran-jiran sebelah-sebelah rumah di sini.



 
ada blended orange cake, roti jala, pulut kuning, kari daging, bubur putih merah, nasi ayam goreng dan kerabu epal hijau..

Seperti biasa saya akan rujuk laman sesawang kegemaran saya iaitu  Myresepi untuk mendapatkan resepi-resepi yang sedap dan dijamin menjadi..

Tapi macam biasa la kan.. saya akan tokok tambah mengikut tekak dan barang-barang yang ada di dapur  ni...


RESEPI (1)

Blended Orange Cake
By: che'gu mama
Sumber rujukan: Kak Fida 


Bahan-bahan ( loyang 9 inc ) 

(saya pakai cup cake saiz sederhana dapat dalam 16pcs)

  • 1 bji buah limau
  • 1 cawan minyak (saya guna minyak jagung)
  • 2 cawan gula halus
  • 3 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum*/ saya guna tepung naik sendiri
  • 1 sb baking powder* ( *diayak bersama ) / saya abaikan sebab guna tepung naik sendiri 
  • mix fruit (saya tambah untuk tabur kat atas kek)

Cara-cara:
1.Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.                

2. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.                                                          
3. Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak. 

Cara saya:
Masukkan 3/4 adunan dalam bekas muffin kemudian taburkan mix fruit. saya  penah jugak tabur kepingan badam yang telah dibakar sikit terlebih dahulu. kadang-kadang saya tabur coklat chips...bakar dalam oven dengan suhu 160 api atas bawah ye adik2.. saya bakar selama 25 minit. apa-apa pun bergantung kepada jenis oven masing-masing jugak ye..walllaa....kompem jadi..
RESEPI (2) 

ROTI JALA

By: che'gu mama

Bahan-bahan 
  • Dua cawan tepung gandum
  • sebiji telur (dikocok sedikit)
  • 1 cawan air 
  • sedikit pewarna kuning
  • 4 sb susu segar/ susu cair / santan
  • secubit garam 

Cara-cara:
  1. Satukan tepung, telur, pewarna kuning, susu dan garam. Kendian tuang air sikit-sikit sambil gaul adunan.
  2.  Agak-agakla masa letak air tu ye..jangan pekat sangat. 
  3. Masukkan adunan dalam blender dan blend sekejap dalam 3 minit. Tuang dalam bekas. Ambil acuan menjala tu dan test adunan yang kita buat tadi. kalau agak pekat, sila tambah air. Nanti tak boleh keluar masa menjala pulak.
  4. Panaskan non stick pan (akak ada kuali leper yang selalu mak-mak kita buat menjala tu, tapi sejak adunan melekat2..memang dah tak pandang lagi kuali tu. pakai non stick pan je. lagi senang)
  5. Lenserkan sedikit minyak menggunakan berus daun pandan (3 helai daun pandan yang di lipat dua kemudian bahagian tengah tu kita ikat dengan getah.Bahagian bawah dia pulak kita siat dua.paham tak?   hehe )
  6. Ambil sedikit adunan dan tuang ke atas kuali tadi. Jangan lama sangat dalam 2-3 minit cukup. Nak tau bahagian tepi dia dah terangkat. oke le tu..
  7. Angkat dan gulung. Ada orang suka buat lipat. Terpulang ..
  8. Dah siap.

RESEPI (3)

PULUT KUNING
By : che'gu mama
Sumber : Cik Mat Gebu 


 Bahan-Bahannya :-)
  • 850 g beras pulut
  • 3 inci kunyit hidup, atau 2 camca teh serbuk kunyit
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 cawan santan + 1 1/2 camca teh garam, kacau rata
  • 1 helai daun pandan, disimpul

Cara membuatnya :-)

  1. Kupas kunyit hidup (jika menggunakan kunyit hidup), cuci dan tumbuk, campur 1 camca teh air dan perah jusnya. Cuci beras pulut dan rendam, campur asam gelugor dan jus kunyit @ serbuk kunyit tadi. Gaul rata dan biar terendam 8 - 9 jam.
  2. Kemudian toskan pulat tadi, keluarkan asam gelugor, letak daun pandan dan kukus 10 minit. Kemudian alihkan pulut yang 1/2 masak tadi ke dalam bekas lain. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil digaul hingga santan habis. Gaul hingga sebati bersama pulut dan kukus balik 15 - 20 minit.
  3. Bila masak, balik2kan pulut dan jika tiada lagi pulut yang mentah, boleh dialihkan ke dalam bekas lain. Hidangkan bersama rendang ayam, kari atau lauk2 kegemaran 
RESEPI (4)

BUBUR PUTIH MERAH (BERAS)
By: che'gu Mama
Bahan-bahan:
  • 11/2 cawan beras
  • 1/2 kotak santan segera
  • 2 ketul gula nesan
  • dua helai daun pandan dibasuh dan simpul
  • satu liter air 
  • 1 senduk gula pasir   
  • Garam secukup rasa

Cara-cara
  1. Masak beras dan air sampai kembang. 
  2. Sementara itu. masak gula nesan dengan sedikit air dan masukkan daun pandan yang telah disimpul. Kendian bila gula dah mencair, angkat dan tapis. 
  3. Bila beras yang dimasak tadi dah kembang, masukkan santan kacau2 lagi. Ambil sedikit bubur yang dah siap tadi dan letak dalam mangkuk. masukkan garam. Ikut citarasa. Jangan banyak sangat..kang masin sangat pulak.
  4. Dalam periuk tadi masukkan air gula. Tambah gula kalau belum terasa kemanisan yang dikehendaki. yang penting jangan sampai manis potong kaki tau...masukkan sedikit garam. biar rasa dia lemak-lemak manis gitu...kacau lagi sampai bubur pekat. 
  5. Dah siap boleh hidang. ikut suka nak makan masa panas-panas atau disejukkan terlebih dahulu. 
  6. Cara hidang: ambil 2 senduk bubur merah, tuang dalam bekas, kemudian letak satu sudu bubur putih di tengah-tengahnya...Walllaa.....

RESEPI  (5)
 
KARI DAGING
Sumber : Lynn  
Oleh : Che'gu Mama
 

Bahan-bahan ( Anggaran 10-15 orang. )

  • 1 ½ kg daging
  • 125 ml minyak
  • 5 labu bawang – di cincang halus
  • 12 ulas bawang putih – di cincang halus
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2.5 cm kulit kayu manis
  • 4 biji buah pelaga ( ambil bijinya )
  • 4 tangkai daun kari
  • 70 g rempah kari daging – di campur dgn 125 ml air – jadikan pes
  • 1liter santan cair
  • 500 ml santan pekat
  • 3 biji ubi kentang besar ( di kupas dan di hiris kasar )
  • garam secukupnya              

Cara-cara

  1. Potong daging setebal 1 cm dan selebar 5 cm.
  2. Panaskan minyak di dalam periuk.
  3. Tumis bawang, bawang putih dan rempah yang lain hingga keperangan.
  4. Bubuh daun kari dan pes kari. Masak atas api perlahan sehingga wangi.
  5. Tuangkan sedikit santan cair ke dalamnya jika rempah melekat pada periuk.
  6. Campurkan daging dan kacau sampai airnya agak kering.
  7. Masukkan pula santan cair dan biar menggelegak. Kemudian tutup periuk dan renehkan selama ½ jam atau hingga daging empuk.
  8. Bubuh pula kentang dan masak sampai empuk.
  9. Akhir sekali masukkan garam dan santan pekat , gaul sehingga sebati. Apabila kari menggelegak semula angkat dari api.
Walla...semua sedap-sedap.  Haa amek kau berderet resepi yang sedap-sedap dalam satu entry ni. Untuk resepi nasi ayam goreng dan kerabu epal saya akan masukkan dalam entry akan datang ye...


Kepada yang sudi selamat mencuba....


No comments:

Post a Comment