Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera.
Jumpa lagi. Walaupun teratak ni tak seberapa masih ada pengunjungnya. Jadi selagi termampu saya cuba berkongsi ilmu yang tak seberapa ni. Ecece...
Dah bosan dengan hidangan berlemak, berempah? Nah.. kali ni saya kongsikan resepi tahap pejam mata sahaja. Sesuai untuk dijadikan juadah bersahur. Nak dihidang bersama bubur juga bole..
SAMBAL LADA POTONG
oleh: Che'gu Mama
Bahan - bahan :
4 biji lada hijau - dihiris bulat2
4 biji lada merah - dihiris bulat2
10 biji cili padi kampung - dihiris nipis
1 labu bawang besar - dihiris
3 biji bawang putih - dihiris
Segenggam ikan bilis - digoreng garing
Sebuku lobak merah - dihiris mancis nipis*optional
Sebuku timun - buang biji dihiris mancis * optional
Secubit belacan
1/2 sb sos ikan
Cara - cara :
1. Goreng ikan bilis hingga garing. Ketepikan.
2. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. Masukkan belacan dan hirisan lobak merah. Gaul rata.
3. Masukkan hirisan cili padi dan cili. Kacau rata.
4. Akhir sekali masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi bersama sos ikan. Kacau rata.
5. Tutup api dan sedia untuk dihidang.
Makan dengan nasi panas - panas memang sedap. Saya tak masukkan timun sebab tak ada stok.
Kepada yang sudi selamat mencuba... ♡♡
♥♥Aku bukanlah orang yang hebat, tapi aku mau belajar dari orang yang hebat. Aku adalah orang biasa tapi aku ingin menjadi orang yang luar biasa. Dan aku bukanlah orang yang istimewa, tapi aku ingin membuat seseorang jadi istimewa...♥♥
Wednesday, 16 July 2014
Friday, 11 July 2014
KUIH ABOK ABOK MODEN
Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera...
Sambil-sambil menunggu masuk waktu iftar ni, bolehla saya menghapdet entry yang tak berapa baru ni. Saya masak kuih abok abok ni dua hari lepas. Bila cuti hujung minggu macam ni barulah sempat nak hapdet bagai..
Hari-hari biasa saya akan punch out pukul 5.40 ptg. Sampai di rumah lima minit kemudian. Lepas siap-siap solat dan tukar baju bersilatla di dapur untuk lebih kurang 45 minit.. memangla tak sempat nak berposing-posing. Ekeke.. lepas solat terawih terus ngorok. Aduh.. menjahit pun selepas solat subuh. Tp tahun ni saya memang tak ambil banyak tempahan. Banyak perancangan takut tak sempat nak siapkan semuanya...
Jom kita semak resepi mudah sangat ni..
KUIH ABOK ABOK MODEN
Oleh: che'gu mama
Bahan - bahan :
1 cwn sagu
1/2 cwn kelapa parut putih
1 sk garam
Hirisan gula melaka secukupnya
4 helai daun pandan *optional
Cara - cara :
1. Basuh sagu bersih-bersih. Kemudian direndam selama 15 minit.
2. Angkat dan toskan. Sementara itu didihkan air kukusan.
3. Gaul sagu yang telah ditoskan bersama kelapa dan garam.
4. Oles sedikit minyak pada bahagian dalam bekas tahan panas. Masukkan sesudu sagu kemudian di lenyek2 sedikit. Masukkan hirisan gula melaka. Penuhkan bekas dengan sagu dan di lenyek2 bahagian atasnya supaya padat.
5. Buat hingga habis. Kukus selama 15-20 minit. Saya masukkan beberapa helai daun pandan dalam air kukusan supaya bau harum pandan meresap ke kuih moden ni.. Angkat dan sedia dimakan...
Yang sudi, selamat mencuba .. ♡♡

Tuesday, 1 July 2014
TIPS -TIPS MENJAHIT MANIK LACE
Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera..
Alhamdulillah bertemu lagi ramadhan pada kali ini. Bulan yang mulia dan perlu dipenuhi dengan amalan2 yang mulia..
Tak nak taip panjang - panjang. Nak kongsi gambar-gambar hasil air tangan saya.. puas hati bila perkataan pertama yang keluar dari mulut customer saya......"cantik.."
Saya nak kongsi beberapa tips untuk yang baru-baru nak berjinak dalam menjahit manik ni. Berdasarkan pengalaman saya ye.. untuk makluman saya memang tak pernah belajar memanik ni secara formal.
1) Jika berhajat nak menjahit lace di bahagian lengan baju, beli 3 suku meter sahaja.
2) Saya lebih selesa membeli lace secara terus di kedai. Selain boleh matching terus dengan kain, kita boleh lihat sendiri spesifikasi lace tersebut.
3) Gunalah pearl jenis glass pearl atau abs sahaja. Mahal sikit tak apa daripada pearlnya mencair hingga merosakkan baju bila dibasuh secara dry cleaning. (berdasarkan pengalaman iolls ye.... )
Sampai di sini dulu.. Dalam entry akan datang saya akan kongsikan kedai manik online yang super gojes yang selalu saya serbu. Selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh kesabaran.
Happy beading all... ♡♡
Alhamdulillah bertemu lagi ramadhan pada kali ini. Bulan yang mulia dan perlu dipenuhi dengan amalan2 yang mulia..
Tak nak taip panjang - panjang. Nak kongsi gambar-gambar hasil air tangan saya.. puas hati bila perkataan pertama yang keluar dari mulut customer saya......"cantik.."
Saya nak kongsi beberapa tips untuk yang baru-baru nak berjinak dalam menjahit manik ni. Berdasarkan pengalaman saya ye.. untuk makluman saya memang tak pernah belajar memanik ni secara formal.
1) Jika berhajat nak menjahit lace di bahagian lengan baju, beli 3 suku meter sahaja.
2) Saya lebih selesa membeli lace secara terus di kedai. Selain boleh matching terus dengan kain, kita boleh lihat sendiri spesifikasi lace tersebut.
3) Gunalah pearl jenis glass pearl atau abs sahaja. Mahal sikit tak apa daripada pearlnya mencair hingga merosakkan baju bila dibasuh secara dry cleaning. (berdasarkan pengalaman iolls ye.... )
Happy beading all... ♡♡
Subscribe to:
Posts (Atom)