Thursday 19 December 2013

KETUPAT GORENG RENCAH ADABI

Assalammualaikum wbt   dan selamat sejahtera

ADABI melazatkan, ADABI menyelerakan, mengandungi pelbagai rempah, melazatkan kari dan kuah...ADABI....... 

Macam best je, macam sedap je. Dalam sedar tak sedar kita membesar dengan produk ADABI ni. Betul tak? Kalau search kat youtube memang banyak iklan ADABI yang pasti menggamit memori waktu kecik2 dulu. Paling saya suka iklan tepung goreng pisang ADABI. 

Entry kali ni bukan nak promote barangan ADABI pun dan yang pasti entry ni tidak berbayar pun oke. Saya saje nak kongsi pelbagai kegunaan paste nasi goreng ADABI yang sangat sedap tu..



Bukan setakat menggoreng nasi sahaja tau. Malahan saya juga menggunakan pes tersebut  sebagai rempah menggoreng ketupat. Dapat juga menambah satu lagi variasi masakan berasaskan ketupat goreng seperti yang pernah saya kongsikan dulu di sini. Tapi kali ini  saya nak share resepi  versi orang malas... hu3.. eh silap2 statement tu. Kalau malas memang tak berasapla dapur  kita kan?

Ini lah rupa perencah nasi goreng ADABI yang boleh dibeli di mana-mana supermarket dan mini market. Sumber : Google Image

Memang senang memasak macam ni. Sesuai dengan anak tekak en.suami akak yang agak mewah seleranya..
Jom semak resepi ketupat goreng ADABI ni..Sambil-sambil masak tu teringat iklan nasi goreng ADABI yang ada tiga orang bujang siap bawa pinggan ke rumah jiran sebelah dek tak tahan bau masakan si isteri..kelakar betul kan iklan zaman oldskool ni..

...:KETUPAT GORENG RENCAH ADABI:..
Oleh: Che'gu Mama

Bahan-bahan: (3-4 orang)
10 ketul ketupat  dipotong kecil-kecil
4 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
5 biji cili padi*
*ditumbuk hingga halus
2 ketul (sebesar kotak mancis) daging batang pinang dihiris nipis2
sedikit lobak merah di hiris nipis panjang2
2 batang kacang panjang dihiris nipis
1/2 sk garam
1 biji telur
sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan sepeket rencah nasi goreng adabi dan kacau rata-rata.
2. Masukkan hirisan daging. Gaul hingga sebati dan daging empuk.
3. Masukkan hirisan sayur-sayuran tadi serta secubit garam. Tak perlu masuk banyak sebab paste nasi goreng tu pun da masin.
4. Masukkan pula ketupat. Gaul hingga sebati dengan ketupat. Api jangan besar sangat nanti berkerak dan hangus pula paste kita.
5. Akhir sekali masukkan telur. Jangan terus dikacau. Tunggu sekejap sebelum dikacau supaya tekstur telur lebih cantik. 
6. Angkat dan sedia untuk dihidang.

Kepada yang sudi selamat menerai...

daa....

 




 

No comments:

Post a Comment