Thursday 12 December 2013

BINGKA CEMPEDAK MAGIC PAN

 Assalammulaikum wbt  dan selamat sejahtera


Hari ni saya nak share satu lagi resepi yang menggunakan magic pan jenama ikan ni..dulu saya pernah kongsikan resepi bingka durian di sini .  Minggu lepas emak dan abah saya datang dari kampung dengan hasil dusun.

Eermm memang puas la dapat makan buah-buahan kampung kan.. Ada rambutan merah, rambutan kuning, duku langsat, pulasan dan cempedak. Semuanya memang yang abah saya yang tanam sendiri di dusun di belakang rumah kami di kampung.


Cempedak dah puas saya goreng masih berbaki jadi akak cuba-cubalah membuat bingka pula. Alhamdullilah sedap. Daripada gambar tu memang bingka saya sedikit nipis sebab saya buat separuh adunan sahaja. Maaf ye gambar kurang jelas sebab saya guna kamera henpon cap ayam je...hua3..
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
2 cawan santan
1 cawan air
2 biji telur gred A
Sedikit garam
1 sk pewarna kuning ( saya tak letak lupa )
1 cawan  isi cempedak
sedikit bijan jika suka 
Cara-Cara
  1. Satukan telur dengan gula, kacau hingga gula hancur. Masukkan santan dan air kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Masukkan sedikit garam dan pewarna hijau. Gaul rata dan tapis adunan tadi.
  2. Isi cempedak dilecek hingga halus, masukkan ke dalam bancuhan. [Cara lain ialah dengan blender semua bahan kecuali tepung hingga licin, kemudian tuang bancuhan ke dalam bekas. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau sebati menggunakan hand wisk]. Kacau rata dan tuang dalam kuali ajaib yang telah dipanaskan atas dapur menggunakan api kecil (panaskan dalam 5 minit). Tabur bijan pada permukaan bancuhan tadi. Kemudian tutup pan.( akak lengserkan permukaan pan dengan sedikit marjerin )
  3. Bakar dengan api kecil selama 40 - 45 minit, bergantung pada anda, jika suka kerak lebih tebal, boleh lamakan sikit waktu membakar. Selepas 20 minit, terbalikkan kuali dan bakar lagi. Bila kuih masak, keluarkan dari kuali dan sejukkan sebelum dipotong...
Kepada yang sudi selamat mencuba....



No comments:

Post a Comment